Berita Sosial

Tragis di LPT2, Wanita Cedera Parah Sampai Putus Kakinya Bila SUV Terbabas

Share
Berlaku secara tiba-tiba, seorang wanita cedera parah sampai putus kaki selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka.

Tragis di LPT2

Apa yang cukup menyedihkan, wanita yang berusia 57 tahun itu mengalami putus kaki kiri apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaikinya terbabas.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nor Hazamullah Abdullah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang sebelum tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian,”
katanya.

Beliau berkata, nahas berlaku ketika kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan empat wanita itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang.
“Wanita terlibat dan empat lagi mangsa yang turut cedera dalam kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan,” katanya.
Buat anda yang dalam perjalanan ke destinasi, berhati-hati memandu dan pastikan kereta okay sepanjang perjalanan. Biar lambat asalkan selamat sampai dan ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu kepulangan anda.
Sumber: Sinar Harian
Published by
Nadia Mohamad