Tragedi Sungai Korok, “Semalam Qisya pakai baju arwah Uminya, mungkin dia rindu…” – enek Qisya. Pemergian serentak kedua ibu bapa dan empat adik beradik dalam tragedi lemas di Sungai Korok nyata memberi kesan mendalam kepada Putri Qisya Nur Izzat, 12, yang kini bergelar yatim piatu.

Tragedi Sungai Korok, “Semalam Qisya Pakai Baju Arwah Uminya, Mungkin Dia Rindu…” – Nenek Qisya

Menurut neneknya, Nazirah Ismail, 67, cucunya itu menunjukkan tanda rindu kepada arwah ibunya apabila mengenakan pakaian peninggalan wanita tersebut, walaupun tidak menitiskan air mata di hadapan mereka.

“Semalam Qisya pakai baju arwah uminya. Mungkin dia teringatkan umi, walaupun dia tak menangis depan kami,” ujar Nazirah ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Aman, Jitra.

Nazirah memberitahu, walaupun cucunya kelihatan tenang dan kuat, dia dapat merasakan anak kecil itu sedang menyimpan kesedihan dalam diam.

Tragedi Sungai Korok, “Semalam Qisya Pakai Baju Arwah Uminya, Mungkin Dia Rindu…” – Nenek Qisya

“Dia pernah luah rasa sedih, teringatkan umi dan walid serta adik-adiknya. Kami banyak beri kata-kata semangat dan ajar dia doa supaya hatinya tenang dan kuat. Bila bersama kawan-kawan, nampak dia kembali ceria,” katanya lagi.

Nazirah berkata, Qisya sesekali meluahkan rasa rindu kepada keluarganya yang telah pergi.

“Dia tanya macam mana nanti, kakak rindu umi, rindu walid. Saya pujuk dia, kata kalau rindu boleh tengok gambar arwah dan kita boleh lawat kubur mereka bila-bila,” katanya sebak.

Ads

Tragedi Sungai Korok, “Semalam Qisya Pakai Baju Arwah Uminya, Mungkin Dia Rindu…” – Nenek Qisya

Tambah Nazirah, cucunya kini tidur bersama ibu saudara dan dia sendiri sentiasa berada dekat bagi memberi sokongan emosi kepada Qisya.

Mengenai penjagaan cucunya, Nazirah menjelaskan bahawa mereka memberi kebebasan kepada Qisya untuk membuat keputusan berkenaan tempat tinggalnya.

“Dia ada dua keluarga yang sayangkan dia, sini pun ada tok, sana pun ada tok. Tapi kalau dia duduk sini lebih mudah untuk urusan sekolah. Tapi walau di mana pun dia berada, kami tetap akan jaga bersama-sama,” katanya.

Nazirah juga memaklumkan bahawa cucunya tidak akan berpindah sekolah dalam masa terdekat kerana sesi persekolahan hanya berbaki beberapa bulan lagi untuk tamat.

Ads

Bercerita mengenai masa depan cucunya, beliau memberitahu bahawa Qisya menunjukkan minat untuk menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Tragedi Sungai Korok, “Semalam Qisya Pakai Baju Arwah Uminya, Mungkin Dia Rindu…” – Nenek Qisya

“Arwah ibunya memang ada menyuarakan hasrat nak hantar Qisya ke MRSM Ulul Albab. Kebetulan pula semalam Qisya dapat tawaran ke sana. Tapi belum buat keputusan lagi,” katanya penuh harapan.

Ads

Putri Qisya kini satu-satunya waris yang terselamat dalam tragedi menyayat hati yang meragut nyawa enam ahli keluarganya, termasuk kedua ibu bapa dan empat adiknya dalam kejadian kereta terbabas ke dalam sungai baru-baru ini.

Sumber: Kosmo online

Baca artikel lain juga: Tragedi Sungai Korok, Keluarga Teruskan Perniagaan Roti Canai Arwah Suami, Isteri

Tragedi Sungai Korok, 10 Nyawa Terkorban Sejak 2018 Termasuk Enam Sekeluarga

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI