Impian seorang wanita untuk kembali berumah tangga musnah sekelip mata apabila pengantin lelaki tidak hadir pada saat majlis akad nikah berlangsung, Jumaat lalu.
Nor Syafiqah Mohd Sharif, 28, yang masih trauma dengan peristiwa itu berkata, majlis yang dirancang dengan penuh teliti di Kampung Padang Luar, Mukim Pelubang, bertukar menjadi kenangan paling menyedihkan dalam hidupnya.
Persiapan Lengkap, Tetapi Pengantin Lelaki Tidak Hadir
Menurut Nor Syafiqah, lelaki berusia 36 tahun itu dikenalinya kira-kira lapan bulan lalu dan bekerja di kedai makan miliknya. Sepanjang perkenalan, hubungan mereka berjalan lancar meskipun mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki.
“Dia beritahu bapanya tidak merestui hubungan kami, tetapi tetap mahu teruskan perkahwinan. Malah, dia menemani saya mencuba pakaian pengantin dan datang ke rumah sehari sebelum majlis untuk menyatakan kesungguhan meneruskan akad nikah,” katanya.
Segala persiapan, termasuk kad jemputan, dekorasi pelamin serta kelengkapan majlis resepsi yang dijadualkan pada 13 Disember ini, telah pun disiapkan. Namun semua itu terpaksa dibatalkan selepas pengantin lelaki tidak hadir pada hari kejadian.
Ads
Kerugian Dan Kekecewaan Yang Tidak Terbayar
Nor Syafiqah mengalami kerugian hampir RM12,000 bagi semua persediaan perkahwinan yang dibuat daripada simpanannya sendiri. “Saya tiada ibu dan ayah, hanya bergantung pada kasih sayang abang dan kakak kerana saya anak bongsu daripada lima beradik,” katanya sebak.
Pada pagi kejadian, mesej WhatsApp yang dihantar hanya ditandai dengan blue tick tanpa sebarang jawapan. Imam Kariah Lubuk Batu yang ditugaskan untuk menikahkan pasangan itu juga telah pun hadir, namun pengantin lelaki tidak hadir langsung ke majlis tersebut.
Tetamu Menunggu, Hati Seorang Wanita Hancur
Lebih 1,000 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan sudah memenuhi majlis lengkap dengan khemah, pelamin, busana pengantin serta hidangan katering. Dalam keadaan hiba, Nor Syafiqah terpaksa memaklumkan bahawa akad nikah tidak dapat diteruskan.
Ads
“Saya malu dan hanya berkurung dalam bilik. Petang itu barulah saya tukar pakaian dan keluar bertemu tetamu. Saya dimaklumkan dia tidak hadir kerana takut dimarahi bapanya, tetapi saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” ujarnya.
Tindakan Undang-Undang Selepas Ditinggalkan
Nor Syafiqah, yang pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun, tidak menyangka akan diuji sebegitu sekali lagi. Demi mendapatkan keadilan, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kerana merasakan dirinya ditipu.
Selain itu, dia juga telah mendapatkan khidmat peguam untuk tindakan lanjut. Kisah pengantin lelaki tidak hadir ini menjadi pengajaran kepada orang ramai tentang pentingnya kejujuran dan tanggungjawab dalam hubungan.
“Saya reda dengan takdir, tetapi berharap kejadian ini membuka mata banyak pihak agar tidak mempermainkan perasaan orang lain,” katanya mengakhiri perbualan.
Penyakit kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal peringkat usia. Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak tidak terkecuali boleh menghidapi penyakit ini.
Besar dugaan yang dihadapi oleh pelakon cilik berbasar besar, Puteri Balqis Azizi, 11, atau lebih dikenali dengan nama Aqish apabila disahkan mempunyai penyakit kanser. Sebelum ini, bermula dari awal tahun lagi kesihatan Aqish sering tidak menentu. Selalu demam berterusan, pengsan dan muntah berdarah hampir setiap hari, sehingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.
#fightcancer
Baru-baru ini, pelakon drama Dipinggir Neraka ini ada memuatnaik gambar memakai topeng mulut dalam keadaan ceria beserta kapsyen sedang menjalani rawatan dan kesihatannya semakin pulih. Namun perkara yang menimbulkan tanda tanya buat para pengikutnya, kapsyen tersebut turut mempunyai hashtag #fightcancer. Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai penyakit sebenar yang dihidapi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) ini, walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.
Sementara itu, memetik laporan Bharian berkaitan perkara tersebut, ibunya Norashikin Mohd Aziz, mengesahkan Aqish disahkan menghidap kanser, namun enggan mengulas lanjut dan terperinci jenis kanser yang dihidapi oleh anaknya.Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.
“Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya ringkas.
Didalam posting yang berbeza sebelum ini, tanpa menyatakan penyakit dihidapi Aqish, Norashikim menyarankan mereka yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat besar ini. Semoga selamat menjalani segala rawatan serta diberikan kesembuhan kesihatan seperti sedia kala hendaknya.
Fasha & Aidil tak gemar tayang kebahagiaan berlebihan, terima kekurangan pasangan. Pasangan selebriti popular Fasha Sandha dan suami Aidil Aziz kelihatan begitu bahagia apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata tercinta.
Apatah lagi dengan kehadiran si comel Aisha Amaira ditambah kemeriahan dengan dua anak bersama perkahwinan terdahulu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha & Aidil Tak Gemar Tayang Kebahagiaan Berlebihan
Mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan menerangkan dirinya tidak mempunyai sebarang resipi kebahagiaan.
Malah dia dan suami bagaimanapun lebih selesa menjalani rutin hidup secara sederhana.
“Tiada apa-apa rahsia kehidupan harmoni yang kami jalani. Sama sahaja seperti pasangan lain. Cuma mungkin kami memilih untuk menerima kekurangan masing-masing selain hidup dalam serba sederhana saja. Bagi saya hidup bersederhana itu penting kerana mampu membibitkan rasa bahagia,” terang Fasha yang bersyukur dengan kehidupan yang dilalui hari ini.
Amalkan Kehidupan Yang Serba Sederhana
Difahamkan Fasha juga tidak gemar menayang kebahagiaan rumah tangga secara berlebihan di media sosial.
“Kita boleh berkongsi tetapi sebaiknya tidak keterlaluan, sederhana saja. Dalam apa yang kita buat jangan berlebihan. Sebab saya percaya bila berlebihan itu, ada ketikanya ia boleh datangkan masalah semula kepada kita. Saya dan suami sangat bersederhana,” terang Fasha.
“Selebriti Juga Punya Hak Terhadap Sosial Media Masing-Masing”
Fasha juga menerangkan sebagai selebriti dia punya hak jika mahu memilih untuk lebih privasi.
“Bagi saya, itu adalah sosial media yang kita punya. Jadi sudah tentu kita ada hak untuk mencorakkannya.
“Sebagai contoh, kalau memilih untuk lebih privasi, kita boleh lakukan dan begitulah sebaliknya. Selebriti juga mempunyai hak terhadap sosial media masing-masing,” terangnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Mingguan Wanita: Seronok tengok kebahagiaan Fasha dan Aidil. Sememangnya cukup manis. Malah Fasha juga kelihatan begitu seronok bergelar ibu kepada tiga cahaya mata.
Air asam kerisik kenduri kendara ini ‘special’ sebab resepi orang lama, air tangan Pak Long Samsuri. Hidangan sebegini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk kenduri kendara. Jika mak-mak mahu mencuba, boleh kurangkan sukatannya ikut kesesuaian.
Perkongsian resepi air asam kerisik oleh Mohd Hairulnizam Hj Johan ini semata-mata tak mahu tradisi makanan lama ini dilupakan oleh generasi baru.
“Alhamdulillah, hari ini belajar dengan orang lama. Cara untuk menyediakan air asam kerisik kenduri kendara super sedap. Cacapan bak kata orang Banjar.
“Bukan mudah nak dapat ilmu dari orang lama kalau kita sendiri tak mahu belajar. Jika tidak pasti generasi akan datang tak akan dapat merasa lagi masakan kenduri orang Melayu zaman dahulu.
Dalam majlis kenduri kendara terutama bagi masyarakat kampung, menu air asam kerisik ini satu kemestian. “Kata orang kalau makan nasi kenduri tak ada air asam kerisik memang tak ngam la menu kenduri.
“Air asam ini sebagai pelengkap menu kenduri orang kampung. Sememangnya bila kenduri air asam kerisik ini jadi pemikat selera.”
“Terima kasih Pak Long Samsuri sebab sudi turunkan rahsia menyediakan air asam kerisik super mables.”
16 Bahan-bahan Dan Penyediaan Air Asam Kerisik Kenduri Kendara Sedap
Bawang besar 5 kg ( potong nipis dan tercerai satu-satu, basuh dengan garam ramas supaya hilang getah bawang, tapis dan tos ) Cili merah 2 kg ( potong nipis ) Kerisik 2 kg ( bergantung pada kesukaan ) Cili padi setengah kilo ( potong halus ) Tomato 3 kg( potong nipis ) Belacan bakar 400 gram ambil pati airnya hampas buang. Asam jawa jenis yang kurang biji dalam 300 gram ( Ambil airnya dan hampas dan biji buang ) Sos tomato 1 botol. Sos cili sebotol setengah Kicap cair Susu cair 2 tin Tomato pure 1 tin Garam sesedap rasa. Gula ikut suka korang nak manis sikit atau kurang. Pak aji nomoto sikit sebagai penyedap perisa.
Penambahan – kalau ada perut lembu yang dah direbus potong halus lagi best masukan sekali.
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...