Berita Sosial

Tragedi Menyayat Hati, Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah

Share

Tragedi menyayat hati, seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, Kuala Kangsar.

Tragedi Menyayat Hati

Mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.

Wanita Ditemukan Berlumuran Darah Dalam Rumah

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke rumah mangsa kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, setibanya di lokasi, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak, selain terdapat kesan kecederaan serta pendarahan pada bahagian betis.

“Saya dimaklumkan suami mangsa meminta pertolongan penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran sebelum individu berkenaan menghubungi saya.

“Saya kemudian datang ke rumah dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri. Suaminya memberitahu, isterinya sempat mengatakan kakinya dicucuk dengan benda tajam dari bahagian bawah rumah melalui celahan papan,” katanya.

Seorang daripada tiga anak mangsa pada ketika itu tiada di rumah dan penduduk kampung kemudiannya membantu mencarinya sebelum berjaya menemui remaja berusia 15 tahun itu di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sekolah.

“Penduduk memujuk anak mangsa untuk pulang ke rumah sebelum dia dibawa berjumpa ibunya. Polis yang tiba kemudian turut menjalankan pemeriksaan dan soal siasat.

“Polis turut menemui sebilah pisau di kawasan kebun kelapa sawit selepas anak mangsa menunjukkan lokasi berkenaan,” katanya.

Menurut Nur Halim, mangsa dan keluarganya sudah lama menetap di rumah berkenaan yang merupakan kediaman keluarga sebelah suaminya.

Selain mangsa, suami serta ketiga-tiga anak mereka juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala ketiga-tiga anak mangsa mempunyai kategori OKU berbeza.

Sumber: Sinar Harian

Published by
Nadia Mohamad