Tragedi jejambat lebuh raya Dash, pelajar kolej maut, terjatuh dari ketinggian 21 meter. Seorang pelajar kolej swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dia terjatuh dari jejambat Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, insiden berlaku sekitar jam 10.40 pagi apabila mangsa terjatuh ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa dari ketinggian kira-kira 21 meter.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa dari Persiaran Mokhtar Dahari melalui susur 1/B 0.5 Dash dipercayai telah hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar pembahagi jejambat.
“Impak dari kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal tersebut terjatuh ke bawah daripada jejambat berkenaan pada ketinggian lebih kurang 21 meter ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa.
“Akibat dari kemalangan berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.
Menurut Mohd Iqbal, pihak polis kini sedang melengkapkan siasatan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Untuk rekod, pada 26 Julai lalu, lokasi yang sama turut mencatatkan kemalangan tragis apabila seorang lelaki berusia 23 tahun maut selepas motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terjatuh dari jejambat setinggi 21 meter di susur tersebut.
Sumber: Sinar Harian Harian Metro Kosmo online Al Hijrah Online
Artikel berkaitan: Hantaran Terakhir Jururawat Macam Petanda Nak Pergi,Terpisah 30 Meter Dengan Suami Ketika Konvoi RXZ
Eyna Bukan Minah Rempit Sejak Remaja Adik Memang Minat Motosikal Abang Jururawat Maut Konvoi RXZ
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE