Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah, Juru di sini pada Sabtu disahkan meninggal dunia akibat luka parah pada bahagian leher dipercayai akibat senjata tajam.
Pakar Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Zahari Noor berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang leher yang dipercayai menjadi punca utama kematian mereka.
“Saya percaya kedua-dua mangsa meninggal dunia dalam tempoh yang hampir sama.
“Luka yang dialami sangat teruk dan berpunca daripada senjata tajam seperti pisau pemotong daging,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini pada Ahad.
Dr. Zahari berkata, hasil bedah siasat turut mendapati terdapat kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa yang menunjukkan kemungkinan berlaku pergelutan sebelum kejadian.
Menurutnya, kesan luka menunjukkan mereka seperti cuba menangkis serangan, menandakan terdapat usaha mempertahankan diri sebelum maut dalam kes bunuh dua beranak tersebut.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian awal, mangsa pertama telah diserang terlebih dahulu sebelum suspek naik ke tingkat atas dan menyerang anaknya yang juga menjadi korban dalam kejadian tragis itu.
“Kedua-dua serangan berlaku dalam tempoh singkat, dipercayai dilakukan oleh individu yang sama menggunakan senjata tajam,” katanya.
Polis terus siasat motif kes bunuh dua beranak
Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru.
Menurut beliau, setakat ini seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga suami mangsa telah ditahan reman selama seminggu hingga 25 Oktober ini bagi membantu siasatan kes bunuh dua beranak berkenaan.
“Walaupun lelaki itu ditahan, namun siasatan tetap diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian dan pelaku sebenar yang terlibat.
“Kita tahan suami mangsa hingga 25 Oktober ini untuk membantu siasatan dan mengenal pasti motif serta pelaku yang terlibat,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan agar keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa tragedi kes bunuh dua beranak ini.
Sumber: Sinar Harian dan Berita Harian
Artikel berkaitan: Kes Bunuh Dua Beranak: Mayat Adik Tersandar Dekat Peti Ais, Berlumuran Darah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE