Tragedi bas UPSI. Keluarga Fatin Nasrien diuji, akaun derma ditukar ke akaun peribadi scammer. Keluarga arwah Fatin Nasrien yang sedang bergelut menerima hakikat kehilangan anak sulung, satu-satunya harapan untuk mengubah nasib keluarga sekali lagi diuji apabila wujud individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menukar akaun derma keluarga kepada akaun peribadi milik scammer.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Rasa Tidak Sedap Hati Itu Rupanya Petanda, Mangsa Nahas UPSI Hilang 15 Rakan Termasuk Sahabat Karib
Tragedi Bas UPSI, Nurly Shahirah Meninggal Dengan Al-Quran Erat Dalam Pelukannya
Saksi Terawal Nahas Penuntut UPSI – “Hanya Sempat Ajar Mengucap Sebelum Dia Senyap…”
Kisah anak sulung dari keluarga susah ini meraih simpati masyarakat apabila bapanya, Fadli Abdul Rahman, 50 dari Kampung Kerandang, Besut dikatakan meminjam kereta ketua kampung untuk pergi melihat jenazah anak mereka di Ipoh selepas bas dinaiki oleh pelajar Universiti Pendididikan Sultan Idris terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan 15 nyawa tak berdosa.
Kelicikan scammer yang cuba mengambil kesempatan atas bantuan orang ramai ini dilihat agak menjijikan kerana tidak prihatin di atas kesusahan dan kesedihan orang lain dan hanya senang-senang memakan duit haram.
Hal ini dikongsikan oleh Ahmad Nazrul, individu yang banyak terlibat membantu tragedi melibatkan pelajar UPSI dari awal hingga akhir telah berkongsi maklumat ini dan meminta orang ramai agar menyalurkan bantuan kepada akaun yang tertera nama ibu bapa arwah sahaja.
Sejak semalam, sumbangan orang ramai terhadap keluarga ini meningkat secara mendadak, menyebabkan pihak bank mula menghadkan jumlah kemasukan dana ke akaun berkenaan. Oleh itu, setiap transaksi baharu perlu disemak dan disahkan lebih lanjut. Masa yang sama, Ahmad Nazrul meminta agar sumbangan dimasukkan ke akaun keluarga ini sahaja.
“Akaun bank ibu Allayarham Fatin telah dibekukan. Pihak keluarga akan ke bank untuk menyelesaikan isu ini dengan segera. Mohon bersabar ye semua. Terima kasih.
Dalam pada itu dirinya meminta agar sumbangan disalurkan ke ayah arwah namun malangnya ada scammer telah mengambil kesempatan kesusahan orang lain.
Fatin Nasrien bukan pelajar biasa. Dia ialah anak sulung daripada lima beradik, seorang pelajar cemerlang dan penuh tanggungjawab. Keluarganya hidup dalam kesederhanaan di kampung dan Fatin sering berkata dia ingin bekerja cepat untuk membantu ibu bapanya.
Bagi orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan buat keluarga ini, berhati-hati sebelum scan QR dan pastikan adalah akaun ibu ayah arwah yang tepat.
Kisah Fatin Nasrien bukan hanya tentang kehilangan. Ia tentang pengorbanan, harapan, dan kini tentang kepercayaan yang dikhianati.
Keluarga ini sudah cukup menderita. Jangan biar mereka terus dizalimi oleh tangan-tangan rakus yang menjadikan duka sebagai peluang.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.