Penjagaan Diri

Tolong Hati-hati Bab Pakai Skincare, Pastikan Cuci Dengan Betul Bila Melibatkan Ibadah

Share

Tolong hati-hati bab pakai skincare, pastikan cuci dengan betul bila melibatkan ibadah. Semua kosmetik kena remove guna cleanser? Adakah anda pasti?

Haaaa… nak tahu lebih jauh berkenaan isu ini, jemput baca tulisan Prof Siti Hamidah, PhD dalam Chemical Engineering (berkaitan nano emulsion) di Loughborough University UK.

Tolong Hati-hati Bab Pakai Skincare

Setelah pos mengenai produk yang tak boleh basuh muka hanya dengan air, ramai yang mesej tanya soalan. Hari ni saya nak baeritahu dengan ayat paling mudah agar semua faham. Baca baik-baik.

Semua orang mesti tahu beza “skin care” dan “kosmetik”. Lelaki pun kena tahu jadi boleh korang beritahu isteri. Kalau semua orang kisah hal ini (termasuk lelaki) tak ada lah telekung di surau comot dengan kesan bedak dan foundation.

Skincare adalah produk penjagaan kulit TANPA WARNA seperti cleanser, toner, serum, krim muka, krim mata. Ini adalah “oil-in-water”. Maaf perlu ada technical term sikit.

Manakala kosmetik adalah selalunya DENGAN WARNA dan digunakan untuk mekap wajah. Contoh, foundation, segala jenis bedak, lipstik, blusher, celak, dan sebagainya.

Sunscreen adalah kategori kosmetik walaupun hanya putih takde warna. Kerana sunscreen adalah produk paling kompleks dan menggunakan hampir 30 bahan. Dan kebanyakannya sintetik dan tidak larut dalam air.

Pastikan Cuci Dengan Betul Bila Melibatkan Ibadah

Kosmetik adalah “water-in-oil”. Segala produk “water-in-oil” iaitu kosmetik mesti dicuci dengan cleanser atau makeup remover. Produk “oil-in-water” iaitu skin care tak perlu cuci dengan cleanser, dengan air banyak sudah cukup.

Katakan korang pakai serum sebelum tidur, tengah malam nak solat tahajud, tak payah cuci dengan cleanser. Basuh-basuh dengan air dan terus ambil wuduk.

Foundation/bedak/cushion/sunscreen/lipstik korang tengok cantik tu, masa proses pembuatan dia, guna satu bahan iaitu pewarna (colorant) yang sangat likat pekat melekat. Macam cat minyak anak-anak buat melukis tu.

“Celah mana senang nak cuci dengan air. Colorant tu wajib digunakan dalam produk kosmetik korang nak jadikan ada warna fair lah, beige lah dan sebagainya.”

Founder yang kata foundation dia tak perlu cuci dengan cleanser, boleh masuk kelas formulation akak. Tolong hati-hati dengan hal ini kerana melibatkan ibadah.

 

Published by
Nadia