Nak hargai isteri bukan susah tetapi ramai lelaki yang susah nak buat dek kerana terselit sikap ego. Apa lagi kalau isterinya tak bekerja, sedap saja mengarah dan kritik bab pengurusan rumah tangga, masakan malah ada yang jenis siap naik tangan sesuka hati bila bertikam lidah. Eh, masa bercinta lain, dah kahwin lain!
Haaa… tetapi tak semua… hanya segelintir yang jenis berlakon baik! Kalau ikutkan pandangan Mizan Dzai ini pun, memang tepat dan rasanya kaum lelaki yang bergelar suami patut baca untuk peringatan.
Aku jarang mengulas isu-isu semasa, nak pula pasal artis Malaysia tapi bila institusi kekeluargaan dipermainkan aku cukup tak suka. Seolah-olah taklik perkahwinan yang kau lafaz sebelum ni bagai angin yang berlalu pergi.
Sepertinya kita yang lelaki dan suami ini lupa janji pada mertua, lupa janji pada isteri dulu dan paling mengecewakan, lupa janji pada orang tua kita sendiri yang siang malam mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kita sebagai anak.
Aku ni lelaki, kau orang pun lelaki. Kita ni memang Tuhan ciptakan fitrahnya tertarik pada benda yang cantik, wanita yang cantik, juga pada rumah dan kereta yang cantik. Nafsu kita besar, kau orang pun faham.
Kalau nak lawan fitrah, kita akan jadi geng kunyit yang dilaknat oleh Allah. Nak buat macam mana? Cuma, kita ni dikurniakan akal dan tanggungjawab sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.
Sebelum kahwin kau memang akan menilai bakal pasangan dari segi luaran, penampilan, paras rupa dll. Tapi bila dah sebantal esok, kau akan lalui fasa dimana pasangan tahu busuk mana mulut kau bila bangun pagi, hebat mana bunyi dan haruman kentut kau.
Tak ada benda yang kekal kat dunia ni, Allah dah beritahu. Takkan ada, lebih-lebih lagi kesenangan, kesusahan dan paras rupa. Tak campur kecing atau berak lupa nak flush. Belum cerita spender dan stokin campak merata.
Kau ada cara kau enjoy, aku ada cara aku enjoy. Takat karaoke, tak salah, tak berdosa pun. Yang salahnya bila kau usung perempuan ke hulu hilir masa bini kau tengah berpantang, masa sedang membaik pulih tenaga dan luka meneran keluarkan zuriat benih cinta demi perkahwinan kau.
Isteri dalam pantang sepatutnya kau jaga 24 jam. Emosi, keperluan dan semangat untuknya. Tak tengok isteri bersalin dalam labour room ke? Tak rasa bertambah sayang pada isteri ke, lepas anak kau keluar?
Janganlah sampai sanggup cederakan isteri sendiri demi perempuan lain yang belum gelebeh perutnya bawa zuriat kau. Bacul kau pukul isteri sebab perempuan lain. Kalau jadi depan mata aku, aku mesti join. Mesti.
Perempuan bawa perut ni penat bang. Sangat penat, dengan alahannya lagi. Macam Eleena, aku baru keluar toilet lepas mandi dikatanya aku bau ikan kering, belum sakit pinggang lagi, itu belum asik keluar masuk toilet.
Sampai ada perempuan yang terkencing dalam seluar sebab baby dok tekan-tekan pundi dia orang, tak boleh control langsung. Kekadang sampai menangis sebab letih. Kita yang lelaki ni paling letih, paling kuat pun tertidur.
Tolonglah kita lelaki ni jangan jadi jantan keparat yang sebelum kahwin hari-hari panggil sayang, lepas kahwin penumbuk yang melayang. Kau tengok Ayah Rani Kulup, muka punyalah ganas tapi sayang kat bini dia kau tahu?
Sebab tu suka aku pesan, kurangkan melepak kurangkan enjoy, apa kau dapat kalau asik nak enjoy je? Member cabar, member hasut, macam-macam jadi nanti. Kalau tak ada urusan penting, luangkan masa dengan anak isteri.
Dah kahwin buat cara dah kahwin. Hargailah isteri kita yang bertarung nyawa melahirkan anak-anak, cuba tenung wajah isteri di saat isteri sedang tidur, tak rasa sayang dan kesian ke? Bila kau curang tak rasa serba salah ke?
Jaga-jaga bang, bila kau rasa dah bosan dengan isteri, beratus lagi lelaki lain yang teringin atau nak menggantikan tempat kau. Sentiasa akan ada yang sanggup. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.
Isteri yang dalam berpantang ni, sakitnya tak hilang lagi. Eleena sampai sekarang tak boleh genggam tangan sekuat dulu. Sekali isteri kau jadi seorang ibu, berakhirlah masa tidur dia yang sempurna. Dunia, impian dan cita-cita dia hanya untuk kau dan anak-anak.
Takkan kau sanggup keluar karaoke dengan perempuan lain sambil berpegangan tangan? Habis semua lelaki handsome macam aku kena cop Playboy, aku kalau nak pergi karaoke lepas ni pun line dah tak clear. Kah kah.
Tolonglah ingat, ingat, ingat. Lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang, bukan asik mengangkang. Kalau tak bersedia, tak puas lagi enjoy, yang kau kahwin tu pasal apa?
Perkahwinan ni saling melengkapi, bukannya mementingkan diri sendiri.
Kita yang jantan ni asik nak mengikut Sunnah atau perbuatan Nabi kalau bab kahwin lagi atau bab perempuan, tapi ada tak ikut perbuatan Nabi Muhammad sendiri yang tak pernah memukul kaum wanita? (HR Ibnu Majah)
Isteri itu dijadikan dari tulang rusuk dari bahagian tepi. Dekat di lengan untuk dilindungi, dekat di dada untuk disayangi dan dekat di hati untuk dicintai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila hari raya, biasanya seluruh ahli keluarga dan sanak saudara yang jauh datang berkumpul dan pastinya anak kecil akan jadi tumpuan ramai untuk didukung, cium dan digomol.
Maklumlah, siapa yang tak geram tengok pipi gebu dan badan montel si kecil. Anak-anak yang tak tahu apa, hanya mampu tersenyum atau menangis jika mereka rasa tak selesa.
Haa… jangan nak kata, “biarlah” sangat sebab sebenarnya tindakan ini boleh mengundang bahaya pada si kecil dan mendedahkan bayi dengan jangkitan kuman dan penyakit. Itu baru bab gomol bayi, ada lagi yang perangai pelik siap suap anak orang tanpa mak ayahnya tahu. Tolong ya, kalau geram pada si bayi pun, jemput baca pesanan Doktor Taufiq Razif ini dulu. In shaa Allah kita mampu berubah dan menghormati hak orang lain…
Bahaya Bila Berkumpul Ramai-ramai
Pernah sekali tu saya nampak tuan rumah duk suap suap anak tetamu dia. Ya Allah. Bahaya betul!
Ni ada 5 benda yang kita tak boleh buat kat anak orang terutama sekali bila ziarah ataupun beraya kat rumah orang nanti.
1. Jangan Suap Anak Orang
▪ Kita tak tahu penyakit dan background anak orang. Entah-entah anak orang tu ada alergik teruk ke, eczema ke, G6PD deficiency ke
▪ Tahu tak kalau tersalah suap kacang parang kat anak yang ada G6PD deficiency ni anak tu boleh tiba-tiba jadi lemah, kencing jadi pekat, pernafasan jadi laju dan sampai tahap kena admit ward tau
2. Jangan Bandingkan Result Peperiksaan Anak-anak
▪ Tanya result sambil puji dan bagi semangat ok lagi tapi kalau kita banding bandingkan tu memang boleh membuatkan tuan rumah ataupun tetamu berkecil hati
▪ Ada anak tu memang jenis Late Boomers. Banyak je anak-anak yang UPSR, PMR/PT3 dan SPM cukup cukup makan je pun tapi bila masuk Universiti dia lah yang jadi top student.
3. Jangan Perlekehkan Tetamu Kecil
▪ Walaupun anak-anak ni mungkin datang beraya hanya untuk dapat duit raya jangan sekali kali kita rendah rendahkan mereka
▪ Anak kecil juga ada harga diri dan maruah yang perlu kita jaga. Inilah nanti yang membentuk ‘self confidence’ dan ‘self esteem’ mereka suatu hari nanti
4. Jangan Marah Anak Orang Secara Berlebihan
▪ Kadang kala tu memang ada anak yang hyperactive meloncat ke sana ke sini sampai tahap pecahkan dan rosakkan barang tuan rumah
▪ Kita minta secara berhikmah kepada mak ayahnya untuk kawal anak anaknya sendiri kerana memang adab bertetamu adalah mak ayah kena kawal anak-anaknya sendiri daripada membuat tuan rumah gelisah dan marah
5. Jangan Cium Anak Orang Terutamanya Bayi Baru Lahir
▪ Sistem imun bayi baru lahir ni tak macam orang dewasa. Bayi cuma ada sistem imun yang sangat basic je
▪ Banyak kuman seperti herpes simplex virus pada orang dewasa yang boleh mengancam nyawa si bayi.
▪ Banyak je kes bayi dicium orang dewasa sampai kena mouth sore, masalah pernafasan hinggalah kepada jangkitan otak!
Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah dan orang luar sana yang belum tahu ye.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai suami yang takut hilang rezeki tetapi suka buat pasangan kecil hati dan layan tak elok pada anak-anak. Malah ada yang jenis bergaduh siap naik tangan. Lepas itu, mengeluh cakap duit tak cukup!
Allah… berubahlah sebelum terlambat dan untuk ‘tampar’ diri sendiri, bacalah perkongsian Ustaz Ebit Lew ini.
Semalam lalu pasar malam ramai orang, tengah berjalan ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang marah-marah isterinya. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri. Anak-anak semuanya di marah depan ramai orang. Sedih saya…
Saya cuma doa, ya Allah berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia jahil. Beri dia sifat lemah lembut, tak sanggup tengok orang maki hamun dan malukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu.
Cara Murahkan Rezeki Suami
Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya. Ustaz ebit lew ke? Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik berapa hari. Sapa lak yer, puas pikir.. rasa macam tak sebaya. Dia lebih tua dari saya, dalam hati saya kata. Terima kasih ya Allah kabulkan doa saya.
Ustaz pernah ceramah tempat saya di kl. Saya balik sekejap jer katanya..
Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup..kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit…muka dia berubah. Dah lama buntu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..
Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?
Dah tak ada ustaz…
Selalu tak doakan mereka. Ziarah kubur mereka. Sedekah amalan buat mereka..
Abang ada berapa orang anak. Ada 3 ustaz. Sayangi isteri. Masuk rumah beri salam. Peluk keluarga. Itulah kuncinya. Doa isteri dan anak-anak abang penting. Allah yang bagi rezeki. Dia punya semuanya.
Dia terus kata. Tulah ustaz. Saya baran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.
Betul abang. Penyakit kita tetapi kenapa nak sakitkan isteri dan anak-anak. Itulah sebab utamanya abang. Walau isteri dan anak kita tak balas panas baran kita. Mereka sabar. Tapi Allah maha melihat. Dia bagi rezeki pun sentiasa sayang kita. Allah bagi amanah isteri anak anak. Supaya kita jaga mereka. Jangan sakiti mereka. Jangan jadikan mereka orang dizalimi. Doa mereka makbul. Doa ahli keluarga kita. Mungkin dia tak bantu berniaga. Tak bagi duit pada kita. Tak bagi idea. Tetapi doa mereka ajaib. Doa isteri dan anak-anak kita.
Jangan Sakitkan Hati Isteri
Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bodoh, tak guna, degil. Akhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur… jika rumahtangga jadi tempat marah, maki hamun, menyakiti… apa lagi yang tinggal.
Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perempuan cukup takut lelaki curang, sampai ada yang sanggup jaga badan sebab nak ”ikat suami”.
Tak cukup dengan itu, ada pula yang jenis tambah nasi dengan niat nak jual produk dia. Katanya kalau tak jaga badan nanti suami lari! Hey, bak kata saudara Firdaus Shakirin, kalau lelaki nak curang, dia curang juga. Bukan sebab isteri dah tak cantik atau tak berduit tau.
Tahu Tak Bila Masa Suami Nak Curang?
Bila lelaki akan cari lain atau curang? Adakah bila badan isteri dia dah berubah? Atau dah tak berharta? Atau dah makin tua? Atau dah makin tak cantik?
Susah nak jawab soalan ni…
Sebab lelaki akan cari lain TANPA SEBAB… baik isterinya kurus atau gemuk, berharta atau tak berharta, muda atau tua, cantik atau dah tak cantik lagi.
Dia akan “cipta” alasan untuk membenarkan atau menghalalkan tujuannya. Jadi tak perlulah risau akan bentuk badan, umur, kemewahan, rupa paras diri sendiri sebab jaga macam mana pun, tetap tak menjamin bahawa dia tak kan cari lain.
Kalau Hati Dah Niat Nak Curang
Ada isteri berpangkat, tetap ditinggalkan. Ada isteri kurus, tetap ditinggalkan. Ada isteri cantik, pun ditinggalkan. Ada isteri yang muda lagi, juga ditinggalkan.
Lelaki seperti ini, dia sentiasa mencari yang lebih lagi, lebih dari apa yang dia dah miliki. Dia rasa tak cukup, dia rasa tak puas. Ada ‘something’ dalam diri dia yang missing iaitu kefahaman agama. Pencarian dia sampai bila- bila takkan berhenti selagi dia tak menghargai, tak memahami, tak melengkapi apa yang dia dah miliki.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI