Kekeluargaan

Tokti Kongsi Berita Gembira, Izara Aishah Selamat Melahirkan Anak Ketiga

Share

Tahniah buat pelakon wanita, Izara Aishah yang selamat melahirkan cahaya mata ketiganya dalam suasana penuh kegembiraan.

Tokti Kongsi Berita Gembira

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh penyanyi tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga merupakan ibu mentua kepada Izara.

“Alhamdulillah, bertambah lagi puteri dalam keluarga kami,” katanya ringkas.

@izaraaishahofficialI’m wearing LINE CHIFFRON INSTANT HIJAB IN BURGUNDY RM75 only♬ original sound – ⁱᵃᵐ|ⴽᵋ𝙺ԩ𝐚𝔟𝕚𝔟𝐔𝐹𝒞𒆜👑

Izara Aishah Selamat Melahirkan Anak Ketiga

Namun Biduanita Negara itu tidak berkongsi secara terperinci butiran bayi yang baru dilahirkan itu.

Untuk rekod, Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.

Pasangan itu turut dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.

Apa pun, didoakan Izara Aishah cepat sembuh dan selamat berpantang! Makin meriah lah keluarga besar ini, alhamdulillah.

Gambar: Izara Aishah

Video: Izara Aishah

Bawa Bayi Lebih Mudah Dengan Carrier Ini

Published by
Nadia