
Tok Ti support beli beg RM29, reaksi spontan Ammar tanya “siapa Dato’ Siti tu” buat ramai tergelak. Nampaknya gaya slay Ammar Ahyan terus menghiburkan penonton yang sering mengikuti siaran langsung Tik Tok ayahnya, Dato’ Aliff Shukri.
Reaksi spontan dan gaya bersahaja Ammar berjaya mencuit hati ramai pengikut bahkan jawapan seakan “tiada perasaan” membuatkan ramai terhibur. Rata-rata netizen memuji keyakinannya walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia jualan secara langsung.
Terkini, gaya slaynya terus menarik perhatian apabila dia dengan spontan bertanyakan kepada ayahnya, “Siapa Dato’ Siti tu” ketika penyanyi tersohor nombor satu negara itu membuat pembelian satu sling bag ketika dirinya sedang membuat siaran langsung.
Ya, Tok Ti sendiri ‘turun padang’ menyokong bisnes kecil Ammar Ahyan dengan membeli sling beg tersebut. Namun yang lebih mencuit hati, adalah reaksi jujur si Ammar yang kelihatan blur sebelum bertanya dengan polosnya, “Siapa Dato’ Siti tu?”
Reaksi spontan itu bukan sahaja membuat para penonton ternganga bahkan Dato’ Aliff sendiri pun terkejut kerana pada awalnya dia juga tak perasan siapa pembeli bertuah itu.
Setelah disedari bahawa yang membuat pembelian itu adalah penyanyi tersohor dan sangat terkenal, humble bahkan biasa memakai beg yang harganya ratusan ribu, secara spontan Dato’ Aliff mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan pembelian tersebut.
Dalam pada itu, Aliff juga menghargai sokongan Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana dia memilih untuk membeli beg tangan yang dijual walaupun lebih daripada mampu untuk membeli jenama lain.
Betul ke Datuk Siti beli?Terima kasih Datuk Siti sebab beri sokongan terhadap perniagaan saya. Alhamdulillah gembira sebab beli dengan saya.
Apa yang membuat momen ini lebih manis ialah tindakan Tok Ti yang dikenali dengan gaya mewah dan beg tangan eksklusif berjenama puluhan ribu ringgit namun tetap memilih untuk menyokong perniagaan kecil dengan membeli sesuatu yang sangat sederhana.
Netizen menyifatkan sokongan Tok Ti sebagai satu bentuk ‘kelas sebenar’, tidak perlu menunjuk, cukup hadir dan membantu dengan ikhlas.

Ammar, Kejujuranmu Hiburkan Malaysia
Walaupun reaksi Ammar mungkin tampak ‘blur’, ia sebenarnya satu bentuk kejujuran yang tulen. Di zaman media sosial yang serba direka, momen seperti ini menjadi sangat segar raw, real and relatable.
Ammar yang masih remaja, mungkin tidak membesar dalam era kemuncak Tok Ti namun pasti, selepas ini dirinya tak akan lupa siapa Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Dari momen kecil ini, walau ia sekecil perkara boleh menjadi paling berkesan. Dan bila yang “support” itu seorang legenda, nilai sebuah beg RM29 bertukar menjadi cerita RM390,000 yang penuh makna.
Terima kasih Tok Ti. Dan Ammar Ahyan, jangan risau. Sekarang satu Malaysia dah tahu anak muda ini “membeli hati” netizen tanpa sengaja.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI