Tip Rahsia Ayam Goreng Kekal Lembut, ‘Juicy’ Walaupun Dah Sejuk, Guna Satu Bahan Ini

Share

Selalunya, ayam goreng menjadi kesukaan anak-anak. Masakan paling simple dengan hanya letak kunyit dan garam sahaja. Lembut dan juicy. Itu pun dah cukup menyelerakan buat anak dan ahli keluarga untuk menikmatinya.

Ayam goreng ni makan panas-panas memang sedap, masih lagi juicy dan lembut. Peliknya, kalau dah sejuk terus jadi keras dan membantutkan selera untuk makan.

Macam mana nak pastikan ayam goreng kekal juicy dan tidak keras walaupun dah sejuk? Ada caranya nak pastikan ayam kekal lembut, seperti perkongsian daripada Julyanapakarpes di video tiktoknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tabur Bawang Putih, AYAM GORENG Sedap Bau Wangi, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Cara Buat Ayam Goreng Crispy, Guna 2 Bahan Saja, Ranggup Macam Ala KFC

Ayam Goreng Juicy, Kekal Lembut Walaupun Dah Sejuk, Ini Rahsianya!

Mak-mak kalau goreng ayam akan jadi keras bila sejuk. Ada tip rahsia untuk pastikan ayam goreng kekal juicy walaupun dah sejuk.

Caranya:
1. Bersihkan ayam dan masukkan garam serta kunyit. Gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan 2 sudu makan cuka makan. (Ini sesuai untuk seekor ayam- bagi yang biasa goreng sedikit, boleh anggarkan satu sudu saja).

3. Selepas itu, gaul dan perap ayam antara 15-30 minit.

4. Goreng ayam seperti biasa.


.5. Hasilnya, ayam kekal lembut dan juicy walaupun dah sejuk.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Nanti lepas ni kalau nak goreng ayam, masukkan sedikit cuka makan ye. Boleh cuba.

Sumber: Julyanapakarpes (tiktok)

@julyanapakarpes Siapa selalu goreng ayam jadi keras bila dah sejuk? Tips ini untuk korang. Jangan save video ini sebelum hilang. #tipsmasakan
#tipsmasakanviral #tipsmasakan101 #tipsdidapur #tipsdapur #tipsgorengayam #tipsayamgorenglembut #tipsayamgorengjuicy #tipsmasakayam #masakayamsimple #ayamgoreng #CapCut ♬ original sound – Julyana | Masak & Makan – Julyana | Pakar Pes Masakan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN