
Musim panas ni, nak parking kereta pun asyik mengeluh! Kena pula parking kereta tempat tak berbumbung dan masuk-masuk rasa bahang lain macam. Nak pegang stereng kereta pun takut-takut. Lepas itu, pasang air-cond tak rasa apa. Terus buka cermin kereta belakang depan.
Ini biasa tetapi tahu tak sebenarnya ada cara lain nak elak kereta bahang ketika anda parking di tempat yang panas.
Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Sewaktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Bila anda nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, anda kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas.
Menarik bukan? Lepas ini kalau nak parking kereta tempat panas, mak-mak tak perlulah turunkan cermin kereta sikit. Itu boleh mengundang kes pecah kereta!
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Walau Dah Kahwin Mohon Jangan HILANG Kawan Kawan Perempuan, Ini Sebabnya..

Orang perempuan ni masa bujang, bukan main mesra sampai tidur bermalam di rumah kawan-kawan perempuan. Bila bercinta, kawan-kawan perempuan ini jugalah yang akan mendengar cerita suka dukanya bersama kekasih. Tapi kenapa bila dah berumah tangga hubungan kian longgar dan jauh.
Kawan-kawan perempuan yang dulu jadi tempat kau menadah rasa tak lagi berkepentingan dalam hidup. Persahabatan seharusnya ikhlas, berpanjangan dan ada semangat mahu mengekalkan perhubungan.
Kawan yang baik takkan mengkhianati kawannya, tapi menyatakan kebenaran pada kawannya. Biar pahit merekalah nanti yang akan menyokong bila sesuatu terjadi dalam kehidupan.
Sekarang ini kan makin pelik-pelik kisah rumah tangga. Yang dicerai suami sebab dah tak ada hati, yang suami tiba-tiba hilang bertahun rupa-rupanya berumah tangga baru.
Isk! Boleh hanyut hati perempuan kalau tak ada sokongan kawan-kawan perempuan yang rapat.
Sebab itu, banyak benarnya luahan hati Hanis Hafizah ini. Fikir-fikirkanlah wahai mak-mak. Jika suami kurang memahami, pujuklah dan terangkanlah baik-baik agar dia tak salah faham.

Penting Untuk Seorang Perempuan Rapat Dengan Kawan-Kawan Perempuannya
Aku merasakan betapa pentingnya untuk seorang perempuan itu untuk kekal berhubungan rapat dengan kawan-kawan perempuannya yang lain walaupun dia telah berkahwin.
Walaupun sesibuk mana pun, cuba luangkan masa untuk tanyakan khabar, takpun tukar gosip sesama member kau yang dulu. Bridesmaids kau yang dulu tu apa khabar entah semuanya?
Entah-entah dah berbulan tak tahu khabar berita. Okaylah berbulan. Kalau bertahun? It’s never too late, babe. Kau gi tanya khabar dia sekarang.
Point aku, we don’t know what will happen in the future. Kalau sesuatu jadi, perempuan sangat perlukan emotionally/spiritually support. Ini gunanya kalau kau maintain kekalkan hubungan friendship dengan kawan-kawan perempuan.
I have seen few people who had problem in marriages. Having girlfriends through those hard times really helped them lot. Seriously lot. At least in term of moral support.
Aku impress gila tengok ada a few women I have known, walaupun anak-anak dah besar panjang, and they have their own family and life, but their friendship with their girlfriends is very close. It’s like they go through thick and thin together. Kau susah aku tolong, aku susah kau pulak tolong. That kind of friendship.
Aku kurang sikit nak percaya dengan manusia macam ni.
Sesetengah perempuan, dekat gambar-gambar fb/ig bff bukan main komen rindu. Bila reply tak berbalas. Hurmm.
Dekat FB/IG Bukan Main Komen Rindu..
Kawan, kalau kau betul rindu kawan kau, mohon jangan setakat berbasa-basi di alam maya tontonan awam. Mesej dia terus. Personal. Makanya kau akan terus berborak panjang. Dan mungkin akan membawa kepada perjumpaan di luar. Ini baru betul rindu.
Because I have this notion; social medias are full with fake people. Jadinya, jangan termasuk golongan fake.
Small effort is all what we needed.
“Don’t ever lose touch with your girlfriends, sweetheart. The older you get, the more you’ll need them.” – Why women need their girlfriends; Huffpost. (To read the article see in comments)
It’s okay if people change. Just find new people. Make new friends. People come and go.
Yang penting you have your own circle of reliable friends.
You are lucky if you already have one. Because you know who you can rely on to if you have a problem.
Cherish them, please. 🙂
Take care, ladies.
Only women understand women.
Memang betullah kata Hanis, ‘hanya perempuan faham hati perempuan.’ Dah tak yah fikir-fikir contactlah semula kawan-kawan perempuan yang pernah rapat dengan kita dulu.
Sumber/Foto : Hanis Hafizah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini 9 Keputusan Mesyuarat Pertama Kabinet, Antaranya Jemaah Menteri Setuju Gaji Dipotong 10 Peratus!

Ramai yang ternanti-nanti apakah perubahan dalam pentadbiran negara yang akan dilakukan oleh kerajaan pakatan harapan yang baru dibentuk ini. Adakah manifesto 100 hari yang dijanjikan dapat ditunaikan.
Dalam masa 14 hari membentuk kerajaan, angin perubahan positif dalam pentadbiran negara kian dapat dirasakan. Pagi tadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Kabinet Persekutuan di Perdana Putra. Ia merupakan mesyuarat pertama kali Kabinet selepas 14 hari kerajaan baru ditubuhkan.Pelbagai perkara telah diperbincangkan dalam mesyuarat kabinet ini.
Berikut adalah antara intipati 9 keputusan yang dicapai yang diumumkan didalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet tersebut.
1. Mengenal pasti langkah bagi menangani hutang negara yang sudah mencecah RM1 trilion.
2. Memotong gaji jemaah Menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta.
3. Mengkaji semula Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam yang dijanjikan kerajaan terdahulu.
4. Mengkaji semula beberapa projek mega.
5. Membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
6. Menamatkan kontrak pegawai lantikan politik.
7.Membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tanggungjawab dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.
8. Mengekalkan harga bahan api untuk masa ini.
9.Menyatakan tiada hasrat untuk membeli balik PROTON.
Menerusi sidang media ini juga Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) akan mengadakan sidang media setiap kali selepas mesyuarat kabinet diadakan.Ia bertujuan berhubung rapat dengan pihak media supaya semua dapat maklum jelas mengenai apa yang akan kerajaan sampaikan. Dr Mahathir juga berkata mesyuarat kabinet kali pertama itu lancar termasuk komunikasi bersama jemaah menteri lain.
Mingguan Wanita mengharapkan semoga perubahan pentadbiran negara kearah lebih positif, efisyen, amanah dan ditadbir urus dengan lebih baik oleh kerajaan baru ini.
Sumber:Bharian & Chedet Official
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Kami Sudah Menerima Bahagian Masing-Masing..’ Izreen Azminda Mohon Netizen Hormati Kehidupannya

Hebat sungguh dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Izreen Azminda,33 apabila memilih hidup sebagai isteri kedua, tahun lalu. Ketika kontroversi memuncak, sana-sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukum. Hakikatnya, tiada kata yang dapat didustakan, jodohnya sudah ditakdirkan bersama suami orang yang juga pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude. Walaupun tidak lagi hidup bermadu selepas Ude menceraikan isteri pertama, Intan Liana Saleh, Mac lalu, namun api kebencian netizen masih tidak mampu dipadamkan sepenuhnya.
Memetik laporan dari Berita Harian, Izreen berkata perkara itu adalah ujian yang paling berat diterimanya selama lebih 12 tahun bergelar sebagai anak seni yang hampir membuatkan dirinya menyembah bumi.
Anggap Ujian Hidup
Akui Izreen atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam, 33, apa yang dilaluinya dianggap ujian hidup.
“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup.”
“Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.
“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.
“Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.
“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,” katanya.
Berfikiran Positif
Berfikiran positif, Izreen berkata, Allah mungkin menarik rezekinya, tetapi dirinya dianugerahkan dengan suami.
“Begitu juga pihak di sana… Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah.Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing… Allah Maha Adil,” katanya.
Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, bohonglah jika dia mengatakan rezekinya tidak terjejas akibat kontroversi yang melandanya itu, tetapi Allah menyelamatkannya.
“Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.
“Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.
“Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini,” katanya.

Mengambil keberkatan hari baik dan bulan baik pada Ramadan al-Mubarak ini, Izreen berkata, dia sudah mengosongkan hatinya untuk memaafkan netizen yang pernah menjatuhkan hukum serta melemparkan fitnah terhadapnya dan keluarga.
“Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?
“Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan saya dan Ude,” katanya.
Izreen berkata, banyak perkara tidak didedahkan demi menjaga maruah dan aib.
“Bagi saya dan suami, kami tidak perlu berkongsi kisah luar atau dalam kain, siapa betul dan salah, biarlah waktu yang menentukannya.
“Menghukum orang tanpa tahu kebenarannya adalah berdosa. Jadi, tidak perlulah terlalu taasub dan emosi terhadap kehidupan orang lain. Tolong hormati kehidupan kami,” katanya.
Tambah Izreen, ibunya selalu berpesan supaya memaafkan sesiapa saja, biarpun dalam keadaan yang cukup sulit.
“Ibu berpesan, apabila memaafkan orang ketika hati sedang marah dan memberontak, insya-Allah, saya beroleh ketenangan dan kesabaran.
“Ya, saya melakukannya, saya kosongkan hati, maafkan semua orang. Saya rasa puas dan tenang selepas itu. Katalah apa saja, saya tidak mahu ambil kisah lagi.
“Saya juga akan menutup ruangan komen dalam laman Instagram buat selama-lamanya. Saya tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen ‘sampah’ lagi. Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan saya lihat mereka adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak,” katanya.
Mahu Jadi Isteri Terbaik
Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Isabella dan Juvana itu berkata, dia bahagia menjalani kehidupan bersama suaminya, biarpun sudah hampir enam bulan hidup dalam kecaman.
“Saya mahu menjadi isteri yang terbaik buatnya. Keruntuhan rumah tangga sebelum ini menjadi pengajaran terbesar buat saya dan Ude. Kami bukan saja mahu memperbaiki kekurangan, malah ingin menjadi insan lebih baik untuk kehidupan baharu ini.
“Saya akui, dulu saya dan bekas suami terlalu sibuk bekerja. Bayangkan, saya terbang ke Korea Selatan sehari selepas bernikah. Kami tidak banyak masa bersama.Saya percaya, masa itu emas dan ia amat berharga bagi setiap perkahwinan. Dulu, kami sentiasa sibuk dan berjauhan,” katanya.
Pada bulan puasa ini juga, Izreen berkata, dirinya tidak terlalu sibuk dan mahu mengambil peluang menjalani tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan juadah berbuka dan bersahur.
“Saya lihat suami suka makan di rumah. Dia pula tidak cerewet dalam soal makanan, asalkan pedas.
“Ude suka lauk kering, saya pula berkuah. Jadi, saya kena menyiapkan beberapa jenis masakan. Ude paling suka asam pedas ayam. Saya sendiri masih belajar masak asam pedas orang Johor.
“Saya memang suka memasak jika tiada kerja. Saya mahu ambil kesempatan ketika tidak sibuk bekerja dengan mencuba pelbagai resipi pada Ramadan ini,” katanya.
Sempena Bulan Ramadan ini, Mingguan Wanita doakan yang terbaik buat kehidupan pasangan ini. Banyakkan bersabar dan semoga terus cekal menghadapi segala ujian yang melanda.
Sumber: bharian
Foto Owee Ah Chun
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!






