Tip Luruskan Karpet ‘TERKEPAK’ Bahagian Hujung, Gosok Dengan Tuala Lembap

Share

Tip luruskan karpet. Perasan tak, karpet rumah yang selalu kita letak di ruang tamu, lama-lama akan terkepak atau tergulung sedikit bahagian tepinya. Salah jalan, mahunya boleh tersepak dan tersandong kaki.

Mungkin sesetengah mak-mak ada cara tersendiri untuk luruskan karpet yang terkepak ini. Tapi berapa lama bertahan dan lepas tu jadi balik. Kalau ikutkan hati mahu saja gantikan dengan karpet baru.

Jangan membazir dan jangan dibuang, Ada cara nak luruskan karpet yang terkepak ini. Ikuti perkongsian video tiktok oleh Julespitch ini, moga ia membantu mak-mak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Hilangkan Kesan Lekukan Perabot Pada Karpet Dengan Kiub Ais, Memang Menjadi!

Tip Karpet Lebih Bersih & Nampak Baru, Mop Dengan Air Panas!

Luruskan Karpet, Gosok Dengan Tuala Lembap

Cara nak luruskan karpet terkepak di bahagian hujung. Kalau tekan dengan tangan tidak membantu. Nanti lama-lama akan terkepak lagi.

Jadi, cara mudah nak luruskan dengan cara:

Bahan:
Kain basah atau lembap
Seterika

Caranya:


.

1. Ambil kain basah dan letakkan di bahagian atas karpet yang terkepak tadi.

2. Panaskan seterika dan gosok di bahagioan atas kain lembap tadi.

3. Setelah beberapa minit, karpet yang terkepak tadi lurus kembali.

Tip:
Jangan gosok direct atas karpet yang terkepak sebab ia boleh merosakkan karpet dan melekat pada seterika.

Mingguan Wanita : Ok, dah tahu caranya, bolehlah buat kat karpet rumah kita ye. Mudah-mudahan ia membantu.

Sumber: Julespitch (tiktok)

@julespitch Tiada lagi yang ada tersadung punca bucu carpet terkepak 😂 Selamat mencuba! #tipsdapur
#tipskemasrumah #tipsrumahbersih #petua ♬ SWIPE – ALYPH

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN