
Tip hilangkan simen melekat pada lantai dan jubin, boleh cuba cara tukang rumah ini kongsi. Kebiasaannya apabila rumah baru siap dibina, masalah kesan simen yang melekat pada lantai kerap berlaku.
Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat. Hendak pijak pun rasa ‘tak sanggup.’ Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.
Ini kesan simen yang melekat pada lantai.
Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’
Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.
Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.
Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.
Berikut video penuh seperti yang dikongsikan TikTok Zulacu (Abang Zul)
@zulacu Membalas kepada @saifulhafizam5 ilmu kita kena kongsi bersama. kalau bermafaat tolong like,share, komen #fyptukangbatu #tiktokmalaysia #kecam #fypシ #fyp #mozek #ilmu #ilmubermanfaat ♬ bunyi asal – Alang Zul
Kredit: TikTok Zulacu (Abang Zul)
Artikel ini diolah dari artikel asal IMPIANA
Sebaik Ubah Niat Cari Rezeki, Doanya Makbul Bawa 19 Ahli Keluarga Tunai Umrah

Allah itu Maha Adil. Biar pun seseorang itu dilahirkan cacat, pasti Allah berkehendakkan sesuatu daripadanya. Jika seseorang itu memiliki kecacatan pada penglihatan, pasti Allah anugerahkan dia kelebihan pada sesuatu yang tidak kita jangkakan.
Penulis buku motivasi islamik, Nora Yusof, 32 tahun, membuktikan kekurangan diri yang ada pada dirinya tidak langsung mematahkan semangatnya untuk menempa nama dalam bidang penulisan.
Dirinya mengalami cacat pendengaran sejak berusia sembilan tahun akibat demam panas, anak kelahiran Terengganu akui diuji hebat sebelum berada di puncak karier.
Bermula dengan penjualan buku melalui eBook, ibu kepada seorang puteri ini turut berkongsi pernah dalam situasi berselisih faham dengan rakan, buku tidak terjual dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan.
Namun, semangatnya yang tidak pernah kenal erti putus asa dan dikelilingi orang yang memberikan sokongan mendorongnya meniti dari satu tangga ke satu tangga.

“Saya berasal dari Terengganu, anak ketujuh dari lapan beradik. Ayah saya penoreh getah dan ibu saya suri rumah. Saya dilahirkan normal, ketika darjah tiga saya demam panas dan kesempitan hidup menyebabkan saya tidak menerima rawatan sewajarnya.
“Kesan daripada demam panas itu saya hilang pendengaran di kedua belah telinga, rosak buah pinggang dan hampir bisu. Sejak daripada itu, kehidupan saya terus berubah, tipulah kalau saya kata tak sedih.
“Dari fasa lahir normal kemudian menjadi orang kurang upaya (OKU) saya rasa kehidupan saya gelap, perlukan masa untuk bangkit. Saya dipulaukan kawan-kawan, diejek dan prestasi pelajaran saya merudum, dari cemerlang akedemik dengan duduk di kelas pertama, ditukarkan ke kelas hujung. Pernah juga dibuang sekolah,” ungkap isteri kepada Muhammad Syairazi Jaafar Sidik, 33.
Memilih Untuk Berubah
Menurut Nora, dirinya mengambil masa dua tahun untuk memperbaiki diri, memotivasi diri sendiri semata-mata untuk berjaya dalam hidup. Bayangkan dalam usia yang muda, ketika berusia 11 tahun, Nora cuba cekalkan diri untuk belajar bersungguh-sungguh dalam keadaan tanpa bantuan alat pendengaran, terpaksa usaha berganda berbanding rakan-rakan sebayanya.
Nora adalah wanita cekal yang perlu dijadikan inspirasi. Berkat usahanya yang tidak berbelah bahagi, akhirnya dia mampu membuktikan kemampuan diri. Jelas anak kelahiran Terengganu ini, bagi memohon bantuan kerajaan negeri Terengganu untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran berharga RM6, 000, dirinya perlu buktikan kemampuan diri terlebih dahulu.
“Saya berjaya masuk kelas pertama masa darjah enam dan permohonan itu diluluskan, saya gunakan alat bantuan pendengaran selama enam tahun. Meniti sekolah menengah, saya diuji pula kemalangan dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ayah saya yang bawa motosikal untuk hantar saya pulang ke asrama tak sempat mengelak kambing melintas, ayah jatuh dijalan, saya pula masuk parit. Sudahnya saya tak boleh berjalan, terpaksa menjawab kertas peperiksaan selama sepuluh hari saya ditahan di wad.
“Mungkin disebabkan ‘ujian’ itu, saya tidak cemerlang dalam SPM, keputusan saya tidak melayakkan saya masuk ke universiti. Saya ambil keputusan untuk menyambung persekolahan di Tingkatan 6 kerana mahu masuk universiti seperti kakak saya, dan alhamdulillah saya berjaya menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia peringkat Ijazah dan Sarjana,” luahnya yang memiliki Sarjana Bahasa, Penulisan dan Terjemahan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terlibat Dalam Bidang Penulisan
Pada peringkat permulaan, Nora cuba menggilap bakat menulis dengan harapan dapat meringankan dan menampung kos pembelajaran ketika di universiti, memandangkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kurang mencukupi kala itu.
Sebagai anak, dirinya tidak mahu membebankan keperluannyadan bergantung harap kepada bapanya kerana dia sedar keluarganya memang susah. Oleh itu, dirinya cuba kuatkan semangat dan tak pernah lupa tujuan asalnya menyambung pengajian adalah bagi membuktikan OKU sepertinya juga mampu berjaya.
“Bertitik tolak dengan perlu menyiapkan sebuah buku, task yang diberikan oleh pensyarah, saya berjaya menyiapkan buku bertajuk Platform Pemasaran Berganda pada 2009 tapi saya tak pernah siarkannya.
“Sehinggalah pada 2013, saya melihat seorang rakan berjaya menjual bahan bacaannya di eBook dengan pendapatan cecah enam angka menyuntik saya mencuba berbuat benda sama dengan niat mahu ‘survive’.
“Malangnya, buku saya tak mendapat sambutan seperti diharapkan, saya tambah baik kandungan dan juga tajuknya juga tidak berjaya. Namun, situasi itu berbeza dengan reaksi diterima melalui Facebook, ramai yang suka baca kisah saya namun untuk membelinya menerusi eBook tiada yang berminat.
“Sehinggalah ada beberapa individu tampil membuat ‘review’, hatinya tersentuh dan mengakui buku saya sebagai luar biasa. Selepas mendapat bimbingan daripada pensyarah yang mahu membantu menerbitkan buku itu barulah saya nampak jalan karier penulisan saya,”terang ibu kepada Nur Adelia Marissa Muhammad Syairazi, dua tahun.
Paling mengharukan, apabila bukan hanya orang Islam sahaja membaca bukunya, malah bukan Islam juga berminat. Ada yang sanggup membelinya dengan harga lebih mahal dari sepatutnya sebagai menghargai penulisan Nora.
Setelah kariernya makin berkembang, Nora mula mengubah niat asal daripada menampung kehidupan kepada berdakwah melalui penulisan. Kenangan paling indah apabila dia berjaya membawa ahli keluarganya seramai 19 orang menunaikan umrah hasil penjualan buku.
Terbitan buku :
1. 111 FORMULA TARIK REZEKI
2. 15 RAHSIA ASAS REZEKI
3. 17 FORMULA TARIK REZEKI
4. JURNAL IMPIAN FTR
Terima kasih Sinar Harian
Webinar Bangkit Wanita PERCUMA
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
WEBINAR BANGKIT WANITA: SENANG-SENANG BUAT DUIT BISNES BAKERI DARI RUMAH - https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-senang-senang-buat-duit-bisnes-bakeri-dari-rumah/
WEBINAR BANGKIT WANITA: BUAT PART RIME BISNES AISKRIM JANA INCOME RM5K! – https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-buat-part-rime-bisnes-aiskrim-jana-income-rm5k/
WEBINAR BANGKIT WANITA: PADU… JANA INCOME BISNES TUDUNG TANPA KEDAI - http://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-padu-jana-income-bisnes-tudung-tanpa-kedai/
WEBINAR BANGKIT WANITA: CAPAI 4 ANGKA BISNES MOBILE SPA – https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE – https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/
Jangan Jadi Seorang Perempuan Yang Lemah Selepas Berpisah Dengan Suami – Nor Ain

Tiada perempuan manapun yang meminta dirinya bergelar ibu tunggal. Setiap dari mereka yang mendirikan rumahtangga pastinya mahu kekal hidup bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan.
Pada kebiasaanya apabila terjadinya perpisahan sudah pasti wanita yang lebih terasa kesannya. Malah ada yang tidak mahu keluar rumah dan air mata menjadi teman setia.
Kesannya anak-anak yang menyaksikan kesedihan, apatah lagi apabila suami sudah ada pengganti wanita lain dalam hidupnya.
Jadilah Perempuan Yang Tabah
Sebagai seorang wanita yang tabah, Nor Ain Osman, 32 yang pernah kami siarkan kisahnya sebelum ini di Majalah Mingguan Wanita, pada awalnya seperti wanita-wanita yang alami nasib yang sama, namun dia tersedar awal dan tidak membiarkan diri terus berkelana.
“Sebenarnya bila membuat keputusan untuk berpisah, golongan wanita perlu bersiap sedia dari segi mental, emosi dan juga fizikal. Jangan biarkan diri terus murung dan bangkitlah. Saya pada awalnya memang bersedih dengan apa yang berlaku.
“Syukurlah saya dapat hilangkan rasa sedih ini, saya bangkit demi anak. Cuma ada seketika masa untuk saya muhasabah diri. Tapi bila berada di tempat kerja, perasaan sedih itu hilang perlahan-lahan. Sehingga satu masa, saya bagai sudah terbiasa hidup berdua bersama anak kesayangan,” ujar Nor Ain membuka bicara.
Fikirkan Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri
Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang tetapi membesar di Kuala Lumpur ini mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 7 tahun.
“Saya mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 7 tahun dan telah menjadi ibu tunggal selama tiga tahun lebih. Saya berkahwin di usia 23 tahun ,mempunyai anak pada usia 25 tahun.
“Saya berpisah dengan suami ketika berusia 30 tahun. Keputusan berpisah dengan suami di ambil setelah berfikir panjang mengenai hubungan kami sebagai suami isteri dan memikirkan apa yang terbaik untuk diri saya,” kata anak ketiga dari tujuh adik beradik.
Nor Ain turut menjelaskan sepanjang bergelar ibu tunggal dia berasa sangat beruntung kerana keluarga terutamanya ibu paling banyak memberi bantuan kepada dirinya.
“Syukur kerana ibu saya banyak membantu. Saya juga sangat menghargai segala nasihat dan juga bantuan dari orang yang saya sayangi ini. Bukan itu saja, malah adik beradik juga banyak memberi sokongan agar saya terus kuat dan membesarkan anak dengan baik,” tambah Nor Ain.
Anak Sudah Terbiasa Dengan Keadaan Hidup
Ditanya tentang penerimaan anaknya terhadap perpisahan yang dialami, Nor Ain menerangkan dia dan bekas suami berpisah sewaktu anaknya masih kecil. Oleh itu, anaknya sudah terbiasa dengan kehidupan mereka.
“Dari kecil anak sudah biasa ditinggalkan bersama saya, berdua. Jadi penerimaan tu jadi biasa, bila bersekolah rendah dia akan bertanya juga, tapi saya kena pandai jawab setiap persoalan berkaitan ayahnya.
“Lagipun kami sudah biasa berdua, jadi anak memang jarang bertanya tentang ayahnya. Saya bersyukur, walaupun tidak bersama suami namun anak dapat menerima dengan baik,” terang Nor Ain yang berasa bersyukur kerana dapat mengharungi dugaan ini dengan penuh tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Punya kerjaya sendiri, Nor Ain juga rasa sangat bertuah kerana mempunyai pendapatan tetap. Memagang jawatan sebagai Pengurus di sebuah syarikat, dia sudah bertugas selama 11 tahun di syarikat yang sama.
“Alhamdulillah bila kita reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan, Allah sentiasa berikan rezeki yang baik kepada umatnya. Syukur kerana saya masih bekerja dan mampu menyara keluarga. Saya pun bekerja dengan syarikat dan setia bekerja selama 11 tahun.
“Dalam kerjaya, bos saya banyak memberi nasihat berkaitan kerjaya dan saya juga beruntung kerana rakan sekerja banyak memberi nasihat positif. Saya juga turut bersyukur kerana dikelilingi dengan mereka yang positif dan membuatkan saya tidak mudah putus asa bila berhadapan dengan masalah,” ujarnya.
“Saya juga percaya pada rezeki Allah. Di mana saya berpegang pada kata-kata “setiap kerja saya buat, berusaha bersungguh sungguh., tak kesemua mudah dan senang untuk kita nak capai.”
“Pada saya juga tanpa usaha dan tawakal memang payah nak datangnya rezeki itu. Dari segi sumber kewangan, sejujurnya kadang-kadang ada sangkut juga. Tetapi percaya pada rezeki Allah mesti ada penyelesaiannya,” luah Nor Ain.
Dugaan Yang Tersendiri
Nor Ain turut memberitahu walaupun dia tidak menghadapi banyak rintangan seperti ibu tunggal lain, namun sebagai seorang ibu yang membesarkan anak sendirian dia turut menghadapi dugaan yang tersendiri.
“Cabaran membesarkan anak sendiri, tapi bagi saya pada zaman sekarang membesarkan anak sendiri bukan perkara mustahil selagi kita bekerja, mempunyai kudrat, mempunyai akal dan fikiran mengambil alih tugas seorang ayah bukan satu perkara yang mustahil.
Tetapi satu perkara kena ingat selagi anak berbintikan atau berbin akan nama ayahnya, sampai mati tak boleh dipisahkan hubungan antara mereka.
“Bagi wanita di luar sana, jika anda sudah mengambil jalan untuk berpisah dan tidak mahu hidup bersama pasangan masing-masing buatlah persediaan awal dari segi mental dan fizikal.
“Jangan menjadi seorang perempuan yang terus lemah bila berpisah dengan suami di mana tanpa suami kita masih boleh meneruskan kehidupan dengan anak anak. Mana yang lepas jadikan pengajaran, ambik sebagai iktibar untuk perbaiki mana yang kurang. Muhasabah diri dengan ketentuan yang Allah sudah tetapkan,” akhiri Nor Ain.
Sumber Foto: Koleksi Nor Ain
Baca Disini Juga:
“Wanita Tak Lemah, Lebih HEBAT Dari Lelaki. Cekalkan Hatimu Ibu-Ibu Tunggal Sekalian!” Lufya
“Saya Kesempitan Wang’, Ibu Tunggal Sanggup Larikan Motosikal Untuk Membayar Kos Perubatan Anak
Wany Rai 1 Syawal Bersama Ibu “Pandemik Atau Tidak, Saban Tahun Memang Berdua Sahaja”
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
Tart Telur Kulit Paratha Resipi Paling Mudah, Telurnya Lembut Tak Cukup 2,3 Biji Bila Makan!

Mak-mak penggemar tart telur tak perlu susah-susah dah nak buat kulit tart ni.Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai. Rasa kulitnya rangup dan paling penting intinya atau filling telurnya lemak manis dan lembut je. Memang puas hati bila makan dan buat sendiri.
Boleh cuba perkongsian resipi daripada Puan Siti Mariam sebagai panduan mak-mak yang nak buat sendiri tart telur ni.
“Tart telur kulit paratha, resepi paling mudah.telurnya aalahai lembut..tak cukup 2,3 biji bila makan”
Bahan-Bahan:
6 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar esen vanila
1 susu kecil garam
Kulit Paratha (dipotong empat)
Cara Membuat:
- Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam satu bekas dan kacau sebati.
2. Ambil 1 keping kulit paratha yang telah dipotong 4, masukkan ke dalam acuan. Kalau ada kulit yang terlebih lipatkan ke dalam loyang.
3. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi, diatas kulit paratha.
4. Bakar pada suhu 170c masa 40 minit.
Siap!
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
MW:Mudah sangat nak buat tart telur ni, sesuai dimakan ketika minum petang.Anak-anak pun boleh buat sendiri.
Sumber: Siti Mariam