Tip Diraja Makan Durian, Cara Ini Buat Tangan Tak Berbau

Share

Raja segala buah, durian ini memang ditunggu-tunggu ketibaan musimnya. Paling seronok bila berkumpul makan durian ramai-ramai. Dia punya feel, lain macam. Lagi-lagi time berebut nak makan tiap ulas buah tu.

Sama macam peminat durian yang lain, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pun teruja menikmati buah durian ini

.

Baginda berkongsi di twitter miliknya tentang cara makan durian yang diajar sejak kecil. Rupanya cara itu, boleh jadi satu lagi tip untuk makan durian.

Sebab dapat elakkan tangan daripada berbau.

Tulis baginda, “Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya, makan durian pakai camca (sudu) garfu supaya tangan tak berbau.”

Begitu juga dengan rambutan, siap dikupas dan dihiris. Manggis juga begitu!”

Rata-rata netizen menyambut baik saranan baginda. Antaranya komen Ben Baik, “Bagus tuanku makan pakai sudu, sebab kadang nak bersalaman dengan orang, kalau tangan berbau durian, takut orang tidak selesa nanti ataupun takut orang tanya ‘tak ajak pun makan durian, dah satu kerja nak cari durian bagi kat dia nanti.”

Begitu juga Fazri Hassan, “Tips yang bagus Tuanku!”

 

Tuanku Azizah Penggemar Raja Buah, Durian

Dua tahun lalu, Tuanku Azizah pernah tular di media sosial ketika mana baginda berborak dengan peniaga durian yang awalnya tidak mengenali dirinya.

Isteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini juga sempat menikmati buah durian di gerai tepi jalan tanpa sebarang protokol. Malah memanggil peniaga bernama, Rafi itu sebagai kawan barunya.

Sumber/Foto : Twitter Azizah Iskandar, Mstar

IKLAN