Berita Sosial

Realiti Infak Di Masjidil Haram, Timbunan Kerusi Roda Seluas 10 Padang Bola Sepak Di Hudaibiyah

Share

Realiti infak di Masjidil Haram, timbunan kerusi roda seluas 10 padang bola sepak di Hudaibiyah.

Ramai memilih mewakafkan kerusi roda dan kerusi solat di Masjidil Haram dengan harapan ia dapat digunakan oleh jemaah dalam tempoh yang panjang sekali gus menjadi amal jariah yang berterusan.

Realiti Infak Di Masjidil Haram

Perkongsian seorang jemaah haji, Haji Faizan Dasuki  usahawan katering @ Rasa Catering Putrajaya yang berkongsi catatan hajinya mendedahkan satu realiti yang jarang diketahui ramai apabila beliau melihat longgokan kerusi roda dan kerusi solat wakaf di sebuah kawasan lapang berhampiran Muzium Haramain di Hudaibiyah  ketika program ziarah disertainya.

Haji Faizan berkongsi kisah longgokan kerusi roda masih baru dan kerusi solat yang ditemui berhampiran Muzium Haramain di Hudaibiyah
“Di sinilah lebihan kerusi roda dan kerusi solat wakaf Masjdil Haram dilonggokkan!

Kelmarin semasa jemaah kami melawat Muzium Haramain di Hudaibiyah, bas kami berhenti betul² di hadapan kawasan lapang ni.

“Dalam kawasan seluas hampir 10 padang bola sepak ni ada longgokan kerusi roda dan kerusi solat yang tinggi membukit. Saya tengok kerusi solat dan kerusi roda ni masih baru dan berkilat. Bukannya barang rosak,”kongsinya.

Masih baru dan berkilat barangan yang dilonggokkan di sini infak dari orang ramai ke Masjidil Haram

Kongsinya lagi, semasa saya meninjau tempat ni, ada 1 lori dan 2 orang pekerja yang tengah menurunkan kerusi roda dan kerusi lipat solat ini dari lori yang sarat.

Seluas 10 padang bola sepak dan longgokan ini diletakkan di sini

Kongsinya lagi, jemaah turut diingatkan agar berinfak makanan kerana penerima akan terus menikmatinya berbanding infak lain.

Menurut founder JayIbrahim Al Islam AbangAji, beliau selalu ingatkan kepada jemaah yang nak infaq, buatlah infaq makanan.

“Supaya terus dimakan dan dapat manfaatnya kepada penerima. Sebab infaq wakaf kerusi roda dan kerusi lipat solat ni dah terlalu banyak berlebihan, sehingga akhirnya hanya jadi longgokan disini dan manfaatnya tidak diterima oleh golongan sasar.

“Pahala waqaf ni hanya akan mengalir bila apa yang kita waqafkan dapat dinikmati manfaatnya oleh penerima. Tapi jika terbuang dan terbiar begini, saya pun tak pastilah macamana.

“Sekarang saya faham, kenapa founder suka infaq makanan jenis aiskrim. Sebab semua orang yang ambil aiskrim tu akan terus dimakan serta merta. Jadi manfaat tu dapat dinikmati segera.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros