Nekad sungguh, dek kerana tidak suka pink, suami ini nekad roboh dapur warna kegemaran isteri. Tindakan terburu-buru mengikut perasaan ini diambil kerana dirinya tidak suka merah jambu.
Video yang tular ini dikatakan berlaku di Jakarta, Indonesia. Marah sekalipun, apa salahnya suami ini cat sahaja dapur dengan warna lain. Ini tidak, habis musnah dapur.
Suami Nekad Roboh Dapur
Seorang isteri terpaksa berputih mata apabila dapur rumahnya yang dicat serba merah jambu dirobohkan suaminya sendiri yang tidak menyukai warna tersebut, lapor laman berita Suara.com.
Tidak Suka Pink
Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @olinn21 itu, suami wanita berkenaan dilihat merobohkan dapur rumah mereka kerana tidak menyukai warna kegemaran isterinya itu.
“Dia tidak suka kerana saya sukakan warna merah jambu,” demikian kenyataan ditulis si isteri pada video tersebut.
Dapur Warna Kegemaran Isteri
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Nampaknya suaminya rajin ke dapur dan tidak mahu melihat warna merah jambu supaya dia ada ‘mood’ untuk memasak,” komen seorang netizen.
“Suami saya pula tidak kisah dapur berwarna apa pun kerana saya merupakan ratu di rumah,” komen netizen lain.
Video tersebut sudah ditonton lebih 570,000 kali dengan lebih 21,000 tanda suka. – AGENSI
Ads
Mingguan Wanita : Nampak kecil saja isu ini, namun ada cerita lain di sebalik video yang tidak semua ketahui. Bayangkan dapur yang sedia cantik dirobohkan begitu saja oleh sang suami. Semoga dapur pasangan ini kembaIi berasap.
Nur Aminah Aishah cinta hati Fauziah Ahmad Daud, begitulah luahan hati seorang ibu kepada anak kesayangannya.
Sempena sambutan hari lahir Nur Aminah Aishah aktres dan pengacara popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy melahirkan ucapan yang amat bermakna buat permata hati yang juga cinta hatinya.
Diam tak diam rupa-rupanya pada 9 November genap usia Nur Aishah Aminah 14 tahun.
Berkongsi peribadi permata hati kesayangan menerusi akaun Facebooknya, Ogy yang menyapa Nur Aishah Aminah dengan panggilan Aminah menyatakan perangai Aminah saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajjah Saadiah Baharom yang begitu lemah lembut orangnya.
“Lahirnya 9hb nov 2007, Nur Aminah Aishah cinta hatiku. Saya panggil Aminah, dia bahasakan diri dia Aishah.
“Beza sungguh dgn ummi dia ni opposites attract. Maka itu Allah berikan Aminah pada ummi tau,” ungkap Fauziah yang juga cukup bersyukur dengan kehadiran Aminah yang dianggap merupakan satu anugerah yang terindah.
Bukan itu saja malah Ogy juga memberi pesanan yang amat bermakna buat gadis manis ini.
“Selalu saya berkata pada Aminah, “Aminah tak perlu jadi genius tapi Aminah perlu menjadi manusia yang beradab”.
“Ummi loves you so much Aminah. Terima kasih Allah berikan Nur Aminah Aishah pada ku, hingga ke akhir hayat ummi akan
menyayangi dan memelihara Aminah.
“Alhamdulillah..dah 14tahun. Anak ummi ya,” tulisnya.
Menerusi status yang dimuat naik ramai peminat yang mendoakan agar Aminah menjadi anak yang solehah.
Izan Soffea Nmn – Alhamdulillah Syukur Tahniah Happy Birthday Aminah Aishah Semoga Dipermudahkan Semua Dan Jd Anak Yg Solehah Dan Berjaya
Khadijah – Sanah helwah buat ankanda Nur Aminah Aisyah..semoga mnjadik insan cemerlang..sukses dunia akhirat…Aamiin.. Makin besar makin cntik awk kn.. amiin2
Bsry Brahim – Selamat hari lahir @ sanah helwa aminah semoga anak solehah buat ummi Fauziah Ahmad Daud.. Alhamdulillah dah makin remaja.. cpt masa berlalu 2007 tahun p umrah bersama akak ogy blik dpt Aminah Alhamdulillah.
Nor AzizahAzie Azizah Azie – Smoga Nur Aminah Aishah mnjdi ank solehah buat umi dunia akhirat.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Fauziah Ahmad Daud
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Apabila berlaku perceraian, perkara pertama yang difikirkan adalah tentang kebajikan anak-anak. Sampaikan suami isteri dan ahli keluarga terlibat sama dalam perebutan ini. Masing-masing menegakkan hak untuk mendapat jagaan anak.
Bagi mentua yang sayang pada cucu-cucunya tentu sekali akan terbabit dalam perebutan. Malah, rasa yakin dapat memberi kebajikan pada cucunya kelak.
Tapi bagaimana ibu yang lahirkan anak itu. Walaupun perpisahan berlaku antara suami isteri, jangan pula masing-masing berebut hak jagaan anak. Kononnya masing-masing mampu memberi kebajikan buat anak itu.
Tak perlu bergaduh sebab negara kita ada undang-undang. Inilah yang diterangkan oleh peguam Syarie, Tuan Khairul Fahmi Ramli tentang hak jagaan anak dan siapa selayaknya.
“Puan, saya tak puas hati lah. Saya dah bercerai dengan bekas suami tapi, mak mertua saya yang nak sangat ambik anak-anak saya sebab dia kata saya ni tak mampu nak jaga anak-anak.
Saya pernah dengar tentang hak jagaan akan dapat pada ibu. Tapi, mak mentua saya pulak yang lebih-lebih nak ambil jagaan anak saya walhal ex saya tak macam tu pon. Jadi, siapa yang lebih layak sebenarnya ni puan?”
Biasa dengar kan cerita macam ini. Lepas je suami isteri bercerai atau lepas je suami meninggal dunia, isu Hak Jagaan Anak ni mesti timbul.
Mulalah masa tu masing-masing nak berebut hak jagaan anak. Yang geramnya bukan si bapa yang berebut tapi bekas Mak Mertua pulak yang lebih-lebih.
Bukan nak cakap apa, mungkin lah Mak Mentua ni ada isu dia sendiri TETAPI selalu yang kita nampak di Mahkamah Syariah ni,
Mak Mertua yang lebih-lebih cucuk-cucuk untuk dapatkan cucu dia tu.
Kononnya sebab Mak Mentua tu hanya ada sorang tu je cucu dia. Takde cucu lain jadi Mak Mertua tu takut kehilangan cucu dia.
Habis tu ibu kandung anak tu macam mana? Kenapa Mak Mentua yang lebih-lebih sangat?
Siapa yang lahirkan siapa?
Jadi sebenarnya antara semua pihak ni siapa yang selayaknya dapat hak jagaan anak?
Betul ke mentua ada hak terhadap anak berbanding ibu kandung anak tu? Siapa sebenarnya Top Ranking dalam undang-undang untuk Hak Jagaan Anak ni?
Ada satu hadis menceritakan bahawa ada seorang wanita datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnua dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah”. Riwayat Abu Daud.
Jadi, daripada hadis ni Islam menekankan tentang jagaan anak ni harus diberikan kepada ibu kandung sebagai keutamaan.
Maka daripada hadis ni jugaklah menekankan kepada perincian undang-undang untuk mendahulukan ibu dalam hak penjagaan anak.
Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam kebanyakan negeri menyatakn susunan Hak Jagaan Anak adalah seperti berikut:-
1. Ibu
2. Nenek (sebelah ibu)
3. Bapa
4. Nenek (sebelah bapa)
5. Kakak atau adik perempuan (seibu sebapa)
6. Kakak atau adik (perempuan seibu)
7. Kakak atau adik perempuan (sebapa)
8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan (seibu sebapa)
9. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan (seibu)
10. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan (sebapa)
11. Emak saudara (sebelah ibu)
12. Emak saudara (sebelah bapa)
13. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari
Walaupun nampak senarai ranking ni tapi kena ingat, untuk pertimbangan yang paling diutamakan oleh Mahkamah adalah “KEBAJIKAN” anak tu.
Jadi berdasarkan sususan di atas, jelas sangat kan? Mak Mentua memang boleh dapat hak jagaan cucu dia TAPI itu pun selepas ibu, nenek (sebelah ibu) dan bapa hilang kelayakan barulah Mak Mentua itu layak.
Selagi ibu tu tak hilang kelayakan atau tidak dibuktikan telah melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan kelayakan sebagai penjaga, maka hak jagaan anak tu akan kekal lagi diberikan kepada ibu tu.
Nampak tak? Bukan senang tau nak dapat hak jagaan ni. Dan tak semestinya ibu je yang akan dapat hak jagaan anak.
Tapi tak kisahlah sama ada menantu mahupun mentua tu masih berhubungan baik ataupun tidak, perkara yang perlu diutamakan adalah “KEBAJIKAN” anak tu.
Jadi, perlu diingat tak kira siapa pun yang mendapat Hak Jagaan Anak tersebut, kebajikan anak tersebut perlulah diutamakan.
Jangan sesekali memutuskan silaturrahim antara anak itu dengan neneknya mahupun ibunya.
Anak perlu dibesarkan dengan kasih sayang bukan dengan perebutan.
Mingguan Wanita : Apa yang boleh dikatakan, selagi ibu tak hilang kelayakan, dia berhak untuk dapat hak jagaan anak itu. Kena faham betul-betul.
Selepas sehari berkahwin, lelaki ini terkejut lihat rupa sebenar isteri tanpa solekan, berang ditipu jadi dia terus failkan penceraian.
Benarlah dari mata turun ke hati. Barangkali lelaki ini merasakan rupa paras yang cantik adalah penentu kebahagiaannya bersama isteri tersayang.
Jadi bila isteri yang dinikahi tidak mencapai standard kecantikan yang dia mahu, lalu dia terfikir untuk bercerai sebagai jalan penyelesaian. Mudah sungguh!
Berang ditipu isterinya, seorang lelaki di Kaherah, Mesir memfailkan penceraian di mahkamah selepas terkejut melihat rupa sebenar isterinya tanpa solekan sehari selepas perkahwinan mereka.
Gulf News melaporkan, lelaki itu mengakui pada pagi selepas perkahwinan mereka dia terkejut melihat wajah sebenar isterinya tanpa solekan.
“Saya rasa ditipu kerana sebelum berkahwin dia hanya mengenakan solekan tebal, dia kelihatan hodoh tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.
Lelaki itu memfailkan penceraian selepas sebulan perkahwinan mereka.
Katanya, dia mengenali isterinya menerusi Facebook di mana dia memuatnaik banyak gambar cantik memakai solekan penuh.
Menurutnya, selepas itu dia bertemu dengan isterinya beberapa kali dan memutuskan untuk berkahwin dengannya.
“Tetapi selepas perkahwinan saya melihat wajah sebenar dia tanpa solekan.
“Saya terkejut kerana dia tidak kelihatan seperti orang yang saya temui beberapa kali sebelum kahwin,” kata pengadu kepada mahkamah.
Dia berkata, dia menfailkan penceraian kerana rasa tertipu dengan wajah isterinya. – Agensi
Mingguan Wanita : Dalam berumahtangga, paras rupa bukanlah keutamaan, paling penting baik budi dan akhlak pasangan. Rupa yang cantik lama-kelamaan bila dimamah usia akan pudar juga. Semoga lelaki ini mendapat pasangan yang secocok!
Cara elak isteri meroyan lepas bersalin, suami kena jadi 'pil'. Ini penyembuh emosi Utama paling murah yang golongan mak-mak perlukan daripada orang yang dia sayang.