vape

Ngeri kalau dengar kes vape meletup dalam poket seluar. Tetapi berbeza semalam viral di media sosial sekeping gambar kesan meletup yang dimuat naikkan oleh Puan Hidayah Razak, apabila bateri simpanan meletup di dalam poket seluar suaminya.

Akibat dari kejadian itu, mangsa telah mengalami melecur tahap dua dan tiga. Tulisnya bukan vape yang jadi punca meletup tetapi benda lain yang ada dalam poket seluar suaminya. Ikuti perkongsiannya…

Bajet Vape Tapi Tak Sangka Rupanya…

Menurutnya dia sendiri tak bajet bateri vape itu boleh meletup secara tiba-tiba di sebuah klinik, tetapi apabila tahu puncanya dia mengingatkan agar orang ramai boleh berhati-hati letak barang dalam poket seluar.

“Dugaan Allah buat kami suami isteri.

Belum sampai seminggu discharge, semalam Allah uji lagi. Terpaksa berkampung kat Hospital Ipoh pula sebab suami burn stage 2 and stage 3.

Kejadian berlaku semalam dalam pukul 2.30pm masa kami tengah tunggu turn follow up appointment di klinik O&G Hospital Taiping. Tiba-tiba ada benda meletup dari poket kanan dia.

IKLAN

Mula-mula memang kami dah suspect tu vape yang meletup. Tapi tengok-tengok vape duk elok lagi tak terjejas.

Rupa-rupanya yang meletup tu bateri spare vape (duduk di luar vape) bukan vape yg meletup mcm yg kami sangka.

1 klinik terkejut sebab bunyi meletup tu agak kuat. Suami cepat-cepat buka seluar dan padamkan api kat situ. 2 jari tangan kanan burn stage 2, peha dan punggung kanan ada beberapa bahagian stage 2 dan stage 3.

Nurse terus call ambulance bawa ke emergency. Yelah, takkan nak pegi emergency jalan kaki kan walaupun dekat. Dalam 15min tunggu, ambulance pun sampai.

IKLAN

Ingatkan warded hospital taiping je lah, rupa-rupanya doc pakar bahagian kebakaran ada kat hospital ipoh sahaja. Berhuhu la kami laki bini naik ambulance ke hospital ipoh pulak.”

Terus Trauma, Mohon Beringat

Walaupun vape itu bukan puncanya, namun pasangan ini agak trauma dengan apa kejadian ini. Sebenarnya nak guna tak salah tetapi pastikan anda tahu cara nak simpan dengan betul.

“Natijahnya dari kejadian, walaupun vape masih dalam keadaan elok kami tak berani nak pegang vape tu sebab trauma.

IKLAN

Semalam masa nak kutip barang-barang pun jenuh berlapik tebal-tebal nak kutip vape, terus masuk dalam plastik sampah. Trauma oii walaupun bateri sahaja yg meletup.

Kawan-kawan, doakan kami kuat dan tabah hadapi ujian ni.

Lesson learned. Jangan letak apa-apa bateri bersama apa-apa kunci pun. Power bank ke apa ke, sama je. Inilah natijahnya. Vape tak salah. Bateri tak salah. Tapi cara penyimpanan/ penjagaan yang salah.”

Nota:

Vape suami saya masih dalam keadaan elok, bateri spare sahaja yang meletup sebab spark yang terhasil dari bateri + kunci kereta yang ada dalam poket seluar.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI