Tiada Lagi Tweet Manis, Lucu Dari Akaun Che Minah Sayang #AmpunTuanku

Share

Rata-rata warga Twitter hari ini merayu agar Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali mengaktifkan akaun twitter Che Minah Sayang yang sudahpun dinyahaktifkan di laman sosial.

Akaun twitter peribadi Tunku Azizah ini begitu dekat di hati rakyat. Di ruangan sosial media itulah baginda berkongsi pandangan peribadi, aktiviti malah kerja-kerja kebajikan yang mendekatkannya dengan rakyat yang begitu kasih dan mengikuti setiap perkembangan baginda.

Banyak kenangan manis dan lucu dirakamkan dalam twitter Raja Permaisuri Agong, @cheminahsayang.

Bagaimana pun, hari ini akaun itu telah dipadamkan.

Carian hashtag #AmpunTuanku dan #Permaisuri Agong menjadi trending di laman twitter. Yang rata-rata mahukan Raja Permaisuri Agong kembali aktif berkongsi aktiviti baginda.

 

 

Perkongsian Manis Di Akaun Twitter Che Minah Sayang

Tentunya kita semua akan merindui perkongsian fesyen busana Tunku Azizah yang indah-indah, cerita kucing comel Ku Comel dan Ku Jeling malah rindukan tweet-tweet baginda yang ramah bergurau dengan rakyat yang mengikuti twitternya itu.

Menerusi perkongsian di twitter itulah rakyat mengenali sisi baik dan manis Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Malah, momen romantis suami isteri memikat hati rakyat, menjadikan baginda raja yang disayangi rakyat.

 

Antara perkongsian manis Tunku Azizah yang menjadi tular.
Antara perkongsian manis Tunku Azizah yang menjadi tular.

 

Komen Negatif Ini Dikatakan Jadi Punca

Sehingga hari ini, masih menjadi tanda tanya mengapa akaun twitter Raja Permaisuri Agong dinyakaktifkan. Bagaimana pun daripada cakap-cakap warga twitter, segalanya bermula apabila ada segelintir pemilik akaun twitter yang kurang senang dengan posting Tunku Azizah.

Sehinggakan mereka mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.

 

 

 

Antara warganet yang menyokong Raja Permaisuri Agong dan berpendapat betapa perlu dihormati kedudukannya.

 

MW : Kami rindukan tweet dari Raja Permaisuri Agong. Semoga Tunku Azizah terbuka hati untuk kembali mengaktifkan semula akaun @cheminahsayang yang begitu dirindui rakyat jelata ketika ini. #AmpunTuanku

Sumber/Foto : twitter

IKLAN