Siapa tak sayang anak. Ketika seronok dan gembira melihat dia membesar, tiba-tiba ditakdirkan sakit dan meninggal. Terlalu sayang macam mana pun, jika DIA hanya beri pinjam seketika, terimalah dengan redha.
Siapa sangka, kerana terlalu sayang pada anaknya, si ayah sanggup mengawet anaknya, dengan harapan anak itu kekal hidup walaupun terbujur kaku di dalam keranda.
Inilah yang terjadi pada Rosalia Lombarda yang terkenal dengan mumia kanak-kanak dan dipanggil ‘The Sleeping Beauty’.
Kisah ini sudah lama berlaku tapi mumia kanak-kanak ini masih elok tersimpan di dalam keranda.
.
Gambar yang dipaparkan ini adalah kanak-kanak ini bernama Rosalia Lombardo yang tinggal di Palermo, Itali. Dia meninggal dunia akibat radang paru-paru iaitu seminggu sebelum ulangtahun kelahirannya yang kedua pada 6 Disember 1920.
Kematiannya akibat jangkitan pneumonia (radang paru-paru). Keadaan ini tentulah amat menyedihkan ayahnya sehingga dia mendekati pembalsam terkenal, Alfredo Salafia dan memintanya untuk memelihara mayat Rosalia.
Ads
Alfredo Salafia, seorang embalmer dan ahli teksidermis yang mahir telah melakukan pembedahan yang sangat baik terhadap Rosalia sehingga hampir 100 tahun selepas kematiannya, gadis kecil itu kelihatan seperti tertidur di bawah bekas kaca di Capuchin Catacombs Palermo, Itali, tempat dia berehat.
.
Dalam keranda itu, pipi kecilnya bengkak kaku. Gumpalan rambut perang tersimpul di atas kepala dan diikat dengan busur sutera. Malah organ dalamannya masih utuh, seperti yang didedahkan oleh imbasan X-ray.
.
Kanak-kanak ini juga digelar sebagai “sleeping beauty”, Rosalia Lombardo telah mendapat reputasi sebagai salah satu mumia terpelihara terbaik di dunia.
Mata Berkelip
Tubuh Rosalia yang dipelihara dengan sempurna hanyalah sebahagian daripada tarikan. Pengunjung yang datang untuk melihatnya turut terkejut melihat mata gadis kecil ini berkelip. Mata birunya utuh, seperti seluruh badan,dan boleh dilihat berkilauan dalam cahaya malap di dalam keranda.
Ads
.
Menurut Piombino-Mascali percaya bahawa mata Rosalia yang berkelip adalah ilusi optik yang disebabkan oleh sudut di mana cahaya dari tingkap menyerangnya. Apabila hari berlalu dan arah cahaya berubah, Rosalia kelihatan membuka dan menutup matanya beberapa kali sepanjang hari.
Piombino-Mascali membuat penemuan ini pada tahun 2009 apabila dia menyedari bahawa pekerja di muzium telah memindahkan kerandanya menyebabkan badannya beralih sedikit, yang membolehkannya melihat kelopak matanya dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Piombino-Mascali menyedari bahawa mata Rosalia tidak tertutup sepenuhnya.
.
Tetapi penemuan sebenar beliau ialah formula rahsia yang Alfredo Salafia telah gunakan untuk memastikan tubuh Rosalia dalam keadaan sempurna. Pada tahun 2009, Piombino-Mascali menjejaki saudara-mara Alfredo Salafia yang masih hidup dan menemui dokumen milik Salafia, di mana dia telah merekodkan prosedur rahsianya.
Ads
Tidak seperti pembalseman biasa, di mana organ dalaman dikeluarkan dan rongga kosong diisi dengan garam natron untuk mengeringkan badan sepenuhnya, Salafia membuat tusukan kecil pada badan dan menyuntik campuran formalin, garam zink, alkohol, asid salisilik dan gliserin.
Setiap ramuan itu mempunyai fungsinya tersendiri. Formalin membunuh semua bakteria, gliserin memastikan badannya tidak mengering dan asid salisilik menghapuskan sebarang kulat dalam daging. Bahan ajaibnya ialah garam zink yang membantu tubuh Rosalia memberikannya ketegaran dan menghalang pipi dan rongga hidungnya daripada jatuh.
“The Sleeping Beauty” adalah salah satu daripada lapan ribu mumia di Capuchin Catacombs of Sicily.
Mingguan Wanita : Kalau dia masih ada umurnya dah cecah 102 tahun.
Hadiahkan kereta mewah buat cikgu, benarlah wanita akan bahagia jika jatuh ke tangan lelaki yang baik. Usia bukan penghalang bahagia. Pernah viral melamar cikgu sendiri, ternyata perjalanan rumahtangga Akmal Yusof, 24 dan isteri, Suhana Esa, 49 berjalan lancar dan kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka.
Jika ramai yang bertanya mampukah “anak muda” boleh mencatur rumahtangga pada usia muda ternyata perbezaan usia 25 tahun di antara pasangan suami isteri ini bukan halangan untuk bahagia dan berjaya.
Hadiahkan Kereta Mewah Buat Cikgu
Berkongsi detik menghadiahkan “cikgu” yang juga isteri dikasihinya kereta mewah Jaguar, dalam video yang dimuat naik di platfrom rasmi mereka, Samballana Café, Akmal berjaya membuat surprise untuk wanita dikasihinya.
Jelas Cikgu Suhana amat terharu dengan kejutan dibuat suaminya dan pastinya tidak menyangka akan menerima hadiah mewah bernilai hampir setengah juta itu.
Dalam video di mana dirinya menghadiahkan “cikgu” kereta mewah itu, Akmal berkata drinya pernah merancang membuat kejutan tetapi tidak berjaya sebelum ini. Dan ternyata, hari itu dirinya berjaya mengejutkan isterinya.
Benarlah Wanita Akan Bahagia Jika Jatuh Ke Tangan Lelaki Baik
Kisah pasangan ini pernah mendapat liputan media beberapa tahun sebelum ini. Suhana merupakan guru kepada Akmal dan sering menjadi guru pengiring dan jurulatih bagi pasukan Softball di mana Akmal mengakui cikgu Suhana antara guru kegemarannya.
Kisah mereka pernah viral di media sosial suatu ketika dahulu.Gambar terkini pasangan bahagia ini
Keduanya bernikah pada November 2020 dan menjalani kehidupan bahagia di mana Akmal kini mengusahakan kedai makan Samballana Café di Bandar Dato Onn selain kerepek. Apa yang pasti, wanita akan bahagia jika jatuh ke tangan lelaki baik.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi” itulah luahan Sherry Ibrahim sewaktu ditemubual ketika di majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 23 & Raya 2023 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Akui dirinya kurang selesa menjawab soalan berkaitan peribadi dan jika mahu ke arah perkahwinan dia akan berkongsi dengan umum.
“Bukan Tidak Mahu Berkahwin”
Sherry yang sudah menginjak usia 40 tahun sentiasa diajaukan soal bila dia akan mengakhiri zaman bujang.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya yang turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.
Berjaya Turun Berat Badan
Kekal langsing namun Sherry akui dia teruja kerana berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” kongsi Sherry.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bijak berbelanja Fasha Sandha bersyukur rezeki murah. Pelakon popular yang juga bergelar ibu kepada tiga orang anak, Fasha Sandha berasa sangat bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni sentiasa murah.
Menyentuh tentang dirinya menghadapi era pandemik yang serba mencabar, Fasha mengakui bernasib baik kerana mempunyai wang simpanan sendiri. Amalan menyimpan itu telah dipraktikkan sejak beliau berusia 18 tahun, sekali gus mengelakkan dirinya boros berbelanja.
“Saya memang suka menyimpan dan perkara itu telah saya praktikkan sejak mula bekerja. Saya tidak akan berbelanja secara berlebih-lebihan untuk perkara yang tidak penting seperti membeli beg tangan dan sebagainya.
“Selalunya saya hanya mengunakan 30 peratus daripada pendapatan saya untuk perbelanjaan dan selebihnya untuk simpanan. Perkara itu menjadi kebiasaan saya sehingga ke hari ini.
“Alhamdulillah amalan itu banyak membantu saya ketika keadaan memerlukan termasuk pada era pandemik melanda,” ungkapnya.
Mahu Bantu Ibu Tunggal
Ketika bertemu dengan Fasha pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta yang juga pengguna setia produk kesihatan Gebu Glow yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini. Fasha menjelaskan penglibatan dengan jenama tersebut.
“Saya bersyukur apabila mereka memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan saya dan anggap ia sebagai rezeki buat keluarga.
“Lebih penting daripada itu, saya sebenarnya tersentuh apabila pengasas produk ini mengajak saya berkongsi misi membantu ibu-ibu tunggal dan mereka yang terputus rezeki untuk menjana pendapatan selepas melalui fasa panjang pandemik Covid-19.
“Saya mahu berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan dengan cara saya sendiri,” sambungnya lagi.
Resipi Kekal Bertahan, Titik Berat Soal Disiplin Diri
Sudah hampir 16 tahun membina nama dan pengaruh dalam indusri seni, Fasha mempunyai resipi sendiri untuk terus kekal bertahan sehingga ke hari ini.
“Alhamdulillah selama lebih 16 tahun bergelar pelakon, tidak pernah sekali pun saya lambat tiba di lokasi penggambaran atau sebarang urusan berkaitan kerja. Selalunya saya akan tiba setengah jam lebih awal.
“Mungkin ia didorong pengalaman ketika saya bergelar seorang model dulu, di mana kebanyakan jadual kerja kami selalunya bermula sekitar jam 4 atau 5 pagi.
“Perkara itu menjadi kebiasaan saya sehingga ke hari ini dan saya akui sangat suka keluar bekerja pada awal pagi. Biarpun tidur lewat, namun saya tetap akan cuba untuk bangun awal kerana disiplin itu sudah terbentuk dalam diri
“Saya tidak pasti kenapa masih menjadi pilihan sehingga kini, namun saya sentiasa percaya disiplin diri dan kesungguhan dalam bekerja membuatkan saya masih ada di sini.
“Perkara sama saya pesan kepada adik saya, Elisya Sandha dan pelakon-pelakon baharu agar sentiasa menjaga disiplin diri. Ini kerana ia sangat penting dan akan mendorong kita bekerja lebih keras mengejar impian,” ujarnya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Khilaf Asmara dan kini sibuk di lokasi drama 80 episod, Dendam Seorang Isteri.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.