
‘Tertipu’ dengan video AI, warga emas percaya ada ‘kereta kabel’ di Pengkalan Hulu. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan video palsu semakin menjadi-jadi hingga menimbulkan kebimbangan ramai.
‘Tertipu’ Dengan Video AI, Warga Emas Percaya Ada ‘Kereta Kabel’ Di Pengkalan Hulu
Apa yang lebih membimbangkan, visual yang dihasilkan kelihatan begitu meyakinkan dan sukar dibezakan dengan rakaman sebenar. Kesan daripada penyebaran video sedemikian bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah ada yang sanggup berbelanja besar kerana mempercayai kandungan palsu itu.
Tular di media sosial, khususnya di platform Threads, mengenai kisah sepasang warga emas yang dipercayai tertipu dengan video AI yang mendakwa wujudnya laluan kereta kabel baharu dari Pengkalan Hulu, Perak ke Baling, Kedah.
Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita yang bekerja dalam sektor perhotelan. Pada mulanya, beliau menyangka pasangan warga emas itu hanya bergurau, namun rupa-rupanya mereka benar-benar datang ke Pengkalan Hulu dengan harapan untuk menaiki kereta kabel tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan, video palsu berkenaan turut memaparkan ‘liputan media’ dan kehadiran ‘wartawan’ bagi menambah elemen kepercayaan, sedangkan semuanya adalah hasil manipulasi AI. Difahamkan, video tersebut telah dipadamkan selepas menerima kecaman dan laporan daripada pengguna lain di TikTok.
@ybda02♬ original sound – D.A
Ramai juga berkongsi pengalaman sama apabila ibu bapa mereka terpedaya dengan kandungan video tersebut, malah ada yang telah pun membayar sehingga RM9,000 untuk menyewa tiga buah van semata-mata mahu ke lokasi berkenaan.
Berikut antara komen-komen warga maya:

Kejadian ini wajar dijadikan pengajaran kepada semua, terutamanya golongan warga emas, agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang maklumat yang diterima di media sosial.
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan daripada sumber rasmi terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu berita, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perbelanjaan atau perjalanan jauh. Teknologi AI memang semakin canggih, namun jangan sampai ia memperdayakan kita.
Baca artikel lain juga: Remaja OKU Didakwa, Sebabkan Kematian Warga Emas Kerana Tegur Main Motosikal
Warga Emas Tegur Remaja Main Motosikal Maut Dipukul Besi Cota
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI