Jarang jumpa lelaki menangis kerana perempuan, pemuda jalan kaki tengah malam kecewa ditinggal tunang. Kita selalu membaca ramai wanita patah hati dengan karenah orang lelaki. Ditinggalkan kerana curang, punya skandal lain lepas hidup senang serta pelbagai lagi hal lelaki lakukan kerana ramai bangga bergelar “buaya darat” berbanding menjadi lelaki beriman.
Tapi amat jarang sekali kita terjumpa lelaki yang akan menangis kerana “ego” wanita yang tinggi dalam diri mereka. Sebabnya kita selalu terdengar orang menyebut, satu pergi 10 mari.
Terlalu kecewa Ditinggalkan Tunang
Sesuatu yang tidak harus kita abaikan, di sebalik ramai lelaki suka kecewakan orang perempuan, ada juga orang perempuan yang selalu bertukar-tukar pasangan dan dengan mudah membuang lelaki selepas tidak menyukai hubungan cinta mereka lagi.
Sampaikan barang kali kita terlupaa bahawa lelaki itu juga ada hati dan perasaan. Tahu apa itu erti kecewa kerana di sebalik lelaki buaya, ramai juga lelaki yang setia.
Ads
Di media sosial, di akaun Tik Tok @ jarroo tular seorang pemuda berjalan di tengah malam sambil menangis kerana ditinggalkan tunang dan cuba ditenangkan oleh rakan-rakan yang mengekori dari dalam kenderaan.
Ini kerana mereka bimbang lelaki berkenaan melakukan sesuatu yang buruk dan membahayakan nyawanya sendiri.
Jujurnya amat jarang lelaki menangis kerana seorang perempuan kecuali perempuan itu emaknya atau isterinya yang sah. Ini baru ikatan pertunangan dan pasti dirinya amat menyayangi tunangnya itu seperti dia menjaga nyawanya sendiri.
Dan bila ditinggalkan, ia sesuatu yang amat pedih untuk diterima hingga membawa diri di tengah malam dengan berjalan seorang diri sebelum diekori teman-teman yang memberinya sokongan agar tidak melakukan tindakan luar biasa.
Apa pun, kita doakan agar hubungan mereka kembali terjalin. Kasihan kerana usianya masih muda.
Ads
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayi 4 Bulan KOMA Didera Pengasuh, Kepala Dipukul, Badan Dihempas & Digoncang! Luluhnya hati mak ayah, apabila pengasuh bertindak kejam sanggup melakukan perkara sebegini kepada bayi yang baru berusia 4 bulan.
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok di sini, pada Rabu lalu.
Darah Beku Dalam Kepala
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
CCTV Jadi ‘Saksi’
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
TIGA suspek kes dera bayi lelaki berusia empat bulan direman selama enam hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Zaid Salim
Mingguan Wanita: Aduhai kasihan sungguh pada bayi yang tidak berdosa ini. Tergamak sungguh bertindak kejam sehingga bayi koma sebegini. Ini yang membuatkan mak ayah cukup risau nak hantar anak dibawah jagaan pengasuh di pusat jagaan.
Pakai topeng semasa temuduga. Bunyinya agak lucu dan kelakar sebab bakal pekerja perlu mengenakan topeng semasa temuduga. Bayangkan untuk beberapa jawatan, mereka kena menutup muka semasa hadir temuduga tersebut.
Salah satu sebab bakal pekerja pelu pakai topeng semasa temuduga adalah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap penampilan. Kalau setakat rupa dan penampilan yang baik belum tentu menjamin kebolehan mereka, sudah tentu akan merugikan syarikat itu sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah syarikat di Chengdu, China apabila pemohon kerja perlu pakai topeng untuk negelakkan diskriminasi bersasarkan rupa.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Chengdu Ant Logistics telah tular selepas selepas video yang menunjukkan proses pengambilannya menunjukkan beberapa orang bertopeng menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut yang dilaporkan turut bertopeng.
Syarikat ini yang membuat pengambilan pekerja sebanyak dua kali setahun turut memperkenalkan ‘pakai topeng’ menghapuskan pemilihan berat sebelah berdasarkan rupa.
Walaupun kaedah pengambilan pekerja ini dianggap pelik tapi ia perlu dilaksanakan untuk mengurangkan tahap tekanan calon pekerja dan juga menekankan hakikat bahawa ia menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Selain itu, cara ini turut mendapat maklumbalas positif daripada orang ramai dan mereka tidak kisah untuk memakai topeng semas memhon pekerjaan.
“Saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu,” kata salah seorang pemohon.
“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira,” tambah seorang lagi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak meragui kesahihan penjelasan yang ditawarkan syarikat itu. Dikatakan topeng itu hanya untuk melindungi identiti orang ramai kerana temuduga itu disiarkan secara langsung.
Sementara yang lain pula mendakwa syarikat Chengdu Ant Logistics hanya menjadikan wawancara itu sebagai satu publisiti saja.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah cara mana sekalipun. Tapi cara ini boleh membantu untuk melihat kebolehan seseorang itu, bukannya lihat penampilan tapi kerja tak boleh buat.
Temasya sukan penuh berprestij OLIMPIK yang berlangsung di Tokyo ketika ini, pastinya memberi kenangan manis dan mencatat sejarah buat negara jiran kita Indonesia apabila memenangi pingat emas pertama di Olimpik Tokyo dalam acara Beregu Badminton Wanita. Umumnya ramai mengetahu apabila acara badminton ia selalunya di dominasi oleh negara China.
Ternyata hasil kerja keras, usaha gigih dan pengorbanan yang dilakukan dalam mengharumkan nama negara, pemenang Pingat Emas Beregu Badminton Wanita Indonesia ini bakal memperolehi pelbagai ganjaran yang berbaloi.
Pingat Emas Pertama Indonesia Di Olimpik Tokyo
Lima ekor lembu, restoran bebola daging dan sebuah rumah baharu.Itu antara sebahagian hadiah dijanjikan buat pemenang pingat emas Olimpik dalam acara badminton dari Indonesia, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu apabila mereka pulang dari Tokyo.
Negara terbesar di Asia Tenggara itu amat meminati badminton dan sukan berkenaan sudah menghasilkan semua pingat emas sejak tampil di Olimpik pada 1992.
Pasangan wanita, Greysia dan Apriyani menewaskan wakil China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan 21-19, 21-15 yang memberikan Indonesia pingat emas pertama di temasya Tokyo.
Habuan Wang Tunai, Lembu, Rumah & Restoran
Kerajaan negara itu sebelum ini menjanjikan wang tunai 5 bilion rupiah (RM1.47 juta) dan sejak itu mereka menerima lebih banyak hadiah.
Ketua daerah di bandar kelahiran Apriyani dekat Kepulauan Sulawesi menjanjikan lima ekor lembu dan sebuah rumah manakala rantaian restoran bebola daging berjanji untuk memberikan pasangan itu masing-masing sebuah premis.
Hadiah Menjelang Hari Kemerdekaan
Menerusi mesej di Twitter, Presiden Joko Widodo berkata kejayaan pasangan berkenaan yang “mencabar dan hebat” adalah hadiah menjelang Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos.
Imelda Wigoeno, bekas pemain dan pegawai di kelab pasangan berkenaan, berkata:
“Kejayaan dicipta (Greysia dan Apriyani) akan membawa lebih banyak perhatian terhadap sukan dalam kalangan wanita.”
Greysia, 33, berkata kepada laman sesawangn Persekutuan Badminton Dunia:
“Saya dilahirkan untuk menjadi pemain badminton. Dan saya ada rasa percaya apabila berusia hanya 13 tahun yang saya mahu mencipta sejarah buat Indonesia.”
Mingguan Wanita : Tahniah sekali lagi buat Beregu Badminton Wanita Indonesia diatas kemenangan Pingat Emas. Rezeki betul dengan pelbagai ganjaran yang bakal diperolehi seperti wang tunai, lembu, rumah dan restoran. Memang berbaloi segala usaha gigih dan pengorbanan dalam mengharumkan nama negara.
Kes Syamsul Haris: Bedah Siasat Kedua Kesan Kecederaan Mencurigakan-Peguam Keluarga. Bedah siasat kali kedua terhadap Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, mendedahkan wujud kecederaan mencurigakan yang menuntut siasatan lebih terperinci berkaitan kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 28 Julai lalu.