Tragis sungguh kisah Alia, remaja 13 tahun yang didera kawan ibunya, yang juga seorang pengkid. Anak manis ini bukan saja berparut pada kaki akibat dicucuh besi panas, malah jari kelingkingnya jadi tak boleh lurus. Akibat dikurung terlalu lama dalam bilik air.
Terkini kisah Alia dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh.
“Kurusnya awak. Umur dah 13 tahun, tapi berat 20kg je. Awak makan apa masa mak jaga?”
“Saya makan nasi kosong tanpa lauk cikgu. Tu pun Babah (pengkid) bagi sikit je. Dua tiga suap je sekali makan,” balas Alia.
Aku perhati jarinya kelingkingnya. Agak aneh jari itu kerana tidak lurus. “Kenapa dengan jari awak?”
“Tak boleh lurus cikgu. Lengan pun sama. Agaknya kesan lama duduk dalam bilik air,” pantas neneknya menjawab. Termenung aku mendengar jawapan itu. Apa ke kejam manusia sebegini rupa. Nasi kosong dihidang pada budak sebesar ini dan dikurung dalam bilik air saban hari.
Dia bercerita bagaimana dia mengumpil pintu bilik sedikit demi sedikit setiap hari. Bila ibu dan babahnya perasan, dia dipukul. Dirotan. Dicucuh dengan besi panas membara. Rambutnya dipotong sesuka hati. Tombol pintu ditukar baru. Entah berapa gelen air mata aku telan semasa mendengar kisahnya.
Namun Alia tidak mengalah. Anak kecil ini penuh bersemangat mengumpil pintu lagi sehingga suatu hari usahanya berjaya. Pintu itu terbuka semasa tiada orang di rumah. Terus Alia ambil kesempatan melarikan diri dengan perut kelaparan dan tiada duit dalam poket.
Alia Merayau Keseorangan Cari Nenek Untuk Minta Bantuan
Merayau dia kemudian meminta sedekah dari orang yang lalu lalang. Mujur ada yang kasihan beri dia sedikit wang. Dia gunakan duit itu untuk membeli makanan sebelum terpaksa meminta sedekah lagi untuk pulang mencari neneknya.
Ada insan yang baik hati berinya sedikit duit. Lepas la dia naik lrt menuju ke suatu tempat persinggahan yang tidak jauh dari rumahnya. Berjalan kaki dia menuju ke rumah nenek. Sebaik sampai pintu diketuk, salam diberi. Neneknya membuka pintu dan kehairanan siapa budak kurus di depan rumahnya.
Neneknya gagal mengenalinya kerana sangat ketara perubahan fizikal Alia.
“Nenek. Ini kakak,” katanya lantas memeluk neneknya. Berpelukan mereka berdua dengan juraian air mata umpama air sungai yang mengalir. Ah. Setiap patah perkataan yang Alia ungkap, aku dapat bayangkan umpama aku berada di situasi itu. Sebaknya ya tuhan…
Selepas peluk neneknya, si nenek ini segera sediakan makanan yang sedap-sedap untuk cucu tersayang. Sebaik makan nasi dengan lauk pauk yang banyak, dia terus muntah-muntah. Agaknya kesan bertahun makan nasi kosong sahaja tanpa lauk.
Kepala Masih Sakit Kena Ketuk Rotan Buluh
“Cikgu. Tengok ni,” katanya seraya menunjukkan tangannya.
“Ni kesan apa?”
“Mak dan babah rotan. Kat pinggang ada juga. Kepala saya pun masih sakit lagi kena ketuk dengan rotan buluh,” katanya perlahan.
Aku hilang kata-kata. Tidak tahu nak beri reaksi macamana. Agaknya dia perasan aku tengah menahan sebak, Alia tukar topik perbualan.
Ads
“Cikgu. Alia dah baca sedikit buku cikgu. Best! Tapi ada juga yang sedih. Nenek pun menangis baca,” katanya sambil tersenyum.
“Wah. Alia suka ya?” Kepala diangguk-anggukkan.
“Alia nak sekolah?”
“Nak cikgu.”
“Nanti Alia dah sihat, cikgu belikan Alia baju baru, kasut baru, beg baru, alat tulis dan semua benda. Semua benda cikgu akan tanggung. Semua benda cikgu akan belikan baru. Alia nak tak?”
“Nak, cikgu.” Bersinar sinar matanya memandang aku. Perasaan gembira dan seronok dia tidak mampu disorok lagi. Bahagia betul aku melihat mata yang bersinar-sinar gembira itu.
“Cikgu,” panggilnya perlahan.
“Apa?”
“Cikgu dah tulis banyak buku kan?”
“Tak ada la banyak sangat. Tujuh naskah semuanya. Kenapa? Awak minat menjadi penulis?” Tiada jawapan. Wajahnya malu-malu. Kepala dianggukkan sambil memandang lantai.
Ads
Wah! Seronok betul aku.
Tuhan.. Jagakan Anak Ini Dan Rahmati Dia
“Bagusnya. Alia pasti boleh menjadi penulis yang hebat nanti. Alia lalui pengalaman yang jarang orang ada. Cikgu pasti Alia akan berjaya menjadi penulis yang hebat nanti. Alia belajar rajin-rajin nanti tau. Nanti cikgu ajar Alia menulis ya,” balasku.
Matanya terus memandang tepat ke dalam mataku. Bersinar penuh harapan. Senyuman manis menguntum dibibir dan kepala dianggukkan berkali-kali. Ah anak. Jiwa kau sungguh kuat. Sangat!
Dalam situasi sekarang pun kau masih berfikir untuk belajar, untuk menulis, menanam cita-cita dan untuk terus melangkah.
Sebelum beredar, Alia menghulur tangan untuk bersalam. Tanganku dikucup penuh hormat. Kemudian dia sandarkan kepalanya didada aku. Saat ini memang aku sangat sebak.
Aku gosok kepalanya dan doakan yang baik-baik untuk dia. Saat itu aku lihat kolam matanya pula bertakung. Aku tak hendak melihat hujan di wajah saat langit tidak mendung. Kerana aku sendiri pun menahan diri sepenuh hati, lantas aku pusing dan berlalu pergi.
Tuhan, aku tahu aku banyak dosa. Namun aku ingin bermohon padaMu agar menjaga anak ini dan rahmati dia. Limpahi hidupnya dengan kegembiraan dan kasih sayangMu. Amin.
Ads
Jari Kelingking Yang Tak Boleh Diluruskan
Antara parut dirotan oleh manusia yang tiada hati dan perasaan. Banyak lagi sebenarnya, namun cukuplah satu. Jari kelingkingnya tidak boleh diluruskan. Kedua belah lengan pun tidak boleh diluruskan.
Maknya dah ke dalam juga malam tadi. Ayahnya lah yang mencari adik Alia sampai jumpa dan belasah pengkid tu semalam. Mujur polis cepat sampai sahaja.
Gambar adiknya saya tak boleh sebar atas banyak isu. Saya tak tulis pun pasal adik dia. Dan banyak lagi kisah saya terpaksa peram dan tidak boleh tulis.
Lagi sedih tengok adiknya penuh luka. Berat adiknya 14kg sahaja sedangkan umur 10 tahun.
“Alia, pernah tak mak awak atau babah awak serah awak pada orang lelaki? Pernah tak mana-mana kawan lelaki mak sentuh tubuh awak, suruh buka baju dan sebagainya?” tanya aku dengan debaran di dada.
“Tak pernah cikgu.” Allahu. Rasa nak sujud syukur dengar jawapan itu tadi. Terima kasih Allah kerana menjaga maruah anak ini.
Khas buat adik Alia. Aku tulis kata-kata semangat untuknya dalam buku tulisan aku yang aku hadiahkan padanya, Ragam Budak Sekolah ini.
Semoga naskah ini memberi semangat pada adik Alia untuk menjadi penulis buku.
Kanser menyerang tanpa mengenal usia tua atau muda.Pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa dan potensi untuk sembuh lebih besar. Siapa sangka isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, 93 mendedahkan beliau merupakan bekas pesakit kanser payudara dan pernah membuang ketumbuhan sel kanser tersebut pada Mac tahun lepas.
Beliau berkata doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara ketika usianya 92 tahun. Menurutnya, pemeriksaan rutin Mac tahun lalu mendapati terdapat ketumbuhan kecil pada payudara kiri dan disahkan sel kanser selepas menjalani ujian biopsi.
“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.
“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan),”
“Saya adalah survivor kanser payudara, bersyukur kerana melakukan pemeriksaan awal dan terus menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan seminggu kemudian,” katanya.
Tak Maklum Pada Suami
Bercerita lanjut, Siti Hasmah berkata, ketika keputusan biopsi diperolehnya yang mengesahkan ketumbuhan di payudara kiri adalah kanser, beliau hanya tenang dan tidak memaklumkan kepada suami, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, beliau enggan mengganggu suaminya yang sibuk dengan tugas sebagai Perdana Menteri.
“Doktor lakukan biopsi pada Sabtu, keputusan diperoleh pada Isnin tetapi sepanjang tempoh itu saya tidak langsung memberitahu suami kerana tidak mahu mengganggunya, dia sibuk dan beliau baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.
“Saya hanya maklumkan kepada anak-anak, namun lima hari kemudian doktor pakar datang ke rumah memaklumkan keputusan ujian berkenaan.
“Apabila dia (Dr Mahathir) tahu pada hari keputusan biopsi keluar, Tun terkejut, dia tak bebel cuma dia risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya. Dia sendiri sarankan buat pembedahan secepat mungkin. Syukur saya dapat ceritakan kepada anda mengenai kisah dan pengalaman ini,” katanya.
“Saya masuk wad, empat hari selepas itu iaitu pada Jumaat, (dan) Sabtu saya dibedah untuk keluarkan ketumbuhan kecil berkenaan. Pada Ahad, saya keluar wad,” katanya.
Beliau memaklumkan mengenai kisah itu ketika berucap sebelum merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ‘KL Pink October 2019’ di Auditorium Hospital Kuala Lumpur (HKL),semalam.
Turut hadir sama Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray dan Pengerusi Jawatankuasa KL Pink October, Dr Roz Suzanna Ahmad Bustamam.
Kanser Menyerang Tanpa Mengenal Usia
Tun Siti Hasmah menekankan bahawa kanser payudara boleh menyerang wanita tanpa mengenal usia. Usah sesekali menganggap orang lain saja yang akan terkena penyakit berkenaan dan tidak akan berlaku kepada diri sendiri.
Siti Hasmah berkata, meskipun ketumbuhan itu kecil, baginya yang lebih penting adalah wanita tidak perlu malu atau takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Beliau menegaskan setiap wanita perlu menjalani pemeriksaan payudara menerusi prosedur mamogram seperti disaran pakar bagi mengesan jika ada ketulan kanser.
“Oleh itu, setiap wanita perlu buang rasa malu untuk menjalani pemeriksaan mamogram kerana sudah ramai pakar wanita boleh melakukannya.
“Sebaik dikesan pula jangan melengah-lengahkan masa untuk berbincang terlalu lama, sebaliknya bertindak pantas membuat pembedahan secepat mungkin sekiranya disahkan terdapat ketulan pada payudara. Sokongan keluarga amat penting bagi membolehkan pesakit kuat menjalani rawatan susulan,” ujarnya.
Beliau juga menggalakkan wanita untuk sentiasa peka dengan perubahan diri dengan kempen anjuran HKL itu untuk beri kesedaran mengenai pentingnya saringan awal bagi mengenal pasti potensi kanser payudara.
MW: Kanser Payudara boleh menyerang tanpa mengenal usia. Kesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa. Semoga kisah Tun Dr Siti Hasmah ini boleh dijadikan inspirasi buat wanita agar sentiasa peka dengan perubahan diri, tidak takut melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan segera. Mingguan Wanita mendoakan semoga wanita nombor satu negara ini kekal sihat dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya.
“Allahu, naya anak orang. Tak guna punya lelaki, kau tak ada hak nak pukul anak orang macam tu!” begitulah antara beberapa luahan netizen yang terlalu geram menonton sebuah video tular.
Video yang memaparkan seorang remaja lelaki memukul seorang gadis dengan menggunakan selipar mendapat kecaman ramai. Tindakan remaja lelaki yang ‘menyerang’ dan memukul teman wanitanya turut mendapat perhatian selebriti popular Neelofa.
Sememangnya apa yang dilakukan tidak sepatutnya kerana menggunakan kekasaran ke atas golongan wanita.
Menerusi ciapan di Twitter, Neelofa telah berkongsi rakaman video tersebut. Dalam video berkenaan turut kedengaran gadis tersebut menangis kesakitan.
Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.
Menerusi ruangan komen, tindakan remaja lelaki tersebut mengundang rasa marah netizen.
Pengguna Twiiter @mvazzer “allahu.. naya anak orang”.
Manakala @helmyyelmo turut meluahkan rasa marah, “Allahu, aku shaking betul tengok video macam ni. Tak guna punya lelaki, kau takde hak nak pukul anak orang macam tu”.
Mingguan Wanita : Allahu semoga si pelaku mendapat pengajaran. Janganlah sebarangan memukul anak gadis orang ya!
Sudah tiba ajalnya. Seorang kanak-kanak meninggal dunia tatkala mahu melintas jalan ke rumah ibu saudaranya akibat cedera parah di kepala.
Sebenarnya mangsa niat ke rumah saudara, namun tidak kesampaian kerana kanak-kanak ini meninggal dirempuh kereta ketika melintas jalan.
Meninggal Dirempuh Ketika Melintas Jalan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, dalam kemalangan pada 10.50 pagi itu, mangsa, Sofiya Umairah Ab Rahman disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Niat Ke Rumah Saudara Tidak Kesampaian
Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa cuba melintas jalan dari rumahnya ke rumah ibu saudaranya sebelum dirempuh kenderaan.
“Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux pula dalam perjalanan dari arah Bahau menuju Seremban.
“Sebaik tiba dilokasi mangsa dipercayai berlari melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.