Di sebalik tragedi kemalangan membabitkan seorang jururawat desa, Hajarul Aswad Mat Kar, 34 yang menaiki kenderaan Perodua Kancil dengan dua orang anak Nur Alya Nisrina, 12 tahun dan Muhammad Azam Tamim, 6 bulan ada cerita yang menyayat hati.
Biarpun ibu itu kini dilaporkan dalam keadaan semakin stabil. Kepedihan kehilangan dua permata hati serentak akibat pertembungan dengan sebuah pacuan empat roda tidak dapat menyembuhkan luka di dada.
Keadaan kenderaan Perodua Kancil akibat kemalangan.
Jalani Pembedahan Buang Darah Beku
MW cuba menghubungi suami mangsa, Azamin Setapa, 39 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemalangan yang berlaku di Kilometer 57, Jalan Kota Bharu Gua Musang, di hadapan masjid Keroh, Kelantan yang berlaku pada 24 Oktober lalu.
Namun, ketika ini Azamin masih masih dalam kehibaan dan tidak mampu berkongsi apa-apa yang berkaitan kemalangan, memandangkan dia sendiri masih sukar mengawal emosinya.
Bapa saudaranya, Mohd Syukri Said, 57 tampil membantu kami, mewakili Azamin untuk menceritakan apa yang berlaku.
Ketika ini, Hajarul telah menunjukkan kesan positif apabila mula menggerakkan kaki dan tangan sejak 31 Oktober lalu.
Sebelum itu dia telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku pada 28hb Oktober. Kemudiannya pada 30hb Oktober, sekali lagi Hajarul menjalani pembedahan untuk pemasangan besi pada rahang bahagian atas mulutnya kerana terdapat kecederaan.
“Manakala pada 31hb Oktober lalu, Hajarul menjalani dialisis bagi mencuci buah pinggang yang turut mengalami kecederaan. Ekoran daripada perkembangan yang positif, Hajarul telah dipindahkan daripada ICU (Unit Rawatan Rapi) Trauma ke wad ICU biasa.
Ads
“Tiub yang dipasang di kepala untuk mengeluarkan darah beku juga telah dicabut pada 2hb November lalu.
“Dia juga telah membuka mata biar pun tidak sedar sepenuhnya. Nampaknya keadaan Hajarul makin positif. Cuma baru-baru ini, dia demam disebabkan bengkak susu.”
Tentulah kehilangan ini amat memberi kesan pada suami isteri ini. Puas pasangan ini berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Sebenarnya, anak sulung pasangan ini, anak lelaki meninggal dunia selepas dilahirkan.
Kemudian, lahirlah anak kedua iaitu arwah Nur Alya Nisrini. Dan mereka menanti dekat 12 tahun untuk dapatkan arwah Azam Tamim pula.
Sungguh besar ujian Allah buat Azamin sekeluarga. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.
Minta Azamin Redha Dan Ikhlas
Menurut sumber terdekat, pada hari kejadian, Hajarul keluar bersama dua orang anak untuk membeli barang keperluan. Sambil membeli barang, barangkali hendak bawa anak-anak meronda.
Ads
“Siapa sangka, berlaku kemalangan. Iyalah, benda nak jadi,” cerita Mohd Syukri sedih.
Mohd Syukri, bapa saudara yang rapat dengan Azamin. Sejak hari pertama kejadian Azamin banyak berkongsi perasaan dengannya.
Tatkala berada di atas ambulans ketika membawa Hajarul dan anak-anak ke hospital, Azamin menghubungi bapa saudaranya itu.
Dia seperti hilang arah ketika itu dan memerlukan sokongan terutamanya daripada bapa saudaranya yang telah dianggap seperti bapanya sendiri.
Sebagai orang terdekat, dia banyak memberi sokongan pada Azamin dan meminta anak saudaranya itu redha dan ikhlas dengan segala yang berlaku.
Ads
Pihak hospital juga banyak membantu Azamin dengan memberi kaunseling untuk membantunya mengawal emosi seterusnya positif untuk meneruskan hidup demi isteri tercinta.
Ketika ini Hajarul masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kelantan.
Sebelum itu, Hajarul dirawat di Hospital Kuala Krai, dan dipindahkan ke HUSM pada 28 Oktober untuk rawatan dan pembedahan susulan.
Jalan Itu Kawasan ‘Panas’
Jarak Lokasi Kejadian dengan tempat tinggal mereka cuma 500 meter. Kata Mohd Syukri, jalan itu memang kawasan ‘panas’ kerana sering berlaku kemalangan.
Menurut penduduk setempat, lebih sepuluh kemalangan dah berlaku di situ sepanjang tahun ini. Laluan itu merupakan jalan besar atau jalan utama untuk pengguna yang berulang alik dari Kuala Krai ke Kota Bahru.
Foto : Koleksi Azamin Setapa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ingat lagi tak kisah seorang Pak Cik Foat Bin Mulim (58 tahun) yang mengalami strok di masjid Rooty Hills dan dia telah dimasukkan ke Hospital Blacktown. Pada ketika itu dia memerlukan $ 2135 (dolar australian) sehari untuk membayar kos rawatannya ketika di sana. Hasil daripada keprihatinan rakyat Malaysia dan izin Allah, kita dah berjaya membantu ringankan beban Wak Foat sepanjang dia sakit. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi dan banyak membantu sama ada dari segi tolong viralkan mahu pun turut bersedekah. Untuk perkembangan terkini, baca perkongsian dari Ashraf Rohanim Asari ini..
Salam,
Ini susulan kisah Wak Foat yang sakit di Sydney.
Mungkin anda terlepas baca artikel ini: Perlukan Derma Kilat! Kalau Tak Mampu Menghulur, Mohon Viralkan Untuk Bantu Pak Cik Ini
Untuk pengetahuan semua, memandangkan saya dah berada di Malaysia, kak Norhani Yunus telah mewakili saya untuk membayar balance hospital bills wak Foat (yes, masih ada saki baki).
Dalam gambar menjelaskan jumlah keseluruhan yang telah saya gunakan untuk tujuan ini, dan jumlah kutipan derma yang berjaya saya kutip sehingga 25/2 (saya stop kutipan dana dalam 10/2, tapi masih terima sampai ke hari ini) hanya disebabkan kuasa viral dan sifat prihatin rakyat Malaysia.
Di sini saya jelaskan, segala lebihan duit yang saya terima sehingga ke hari ini, akan saya dermakan pula kepada insan lain yang memerlukan. Jangan risau, duit penderma tak lari. Saya jadikan diri saya sebagai medium untuk salurkan kepada yang memerlukan.
Ingin dijelaskan lagi, kempen ‘derma wak Foat’ dah lama saya hentikan.
*Terpaksa explain in details since ramai yang masih bertanya.*
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wow,bertuahnya gadis ini dilamar lebih 100 lelaki sehari, dijanjikan kesenangan, hantaran mahal, malah ada yang mahu hadiahkan sebuah gimnasium! Semuanya gara-gara gadis ini pernah menjadi tular di media sosial selepas aksinya menjalani latihan beban di gimnasium dirakam dan menjadi tumpuan netizen di Instagram.
“Lebih 100 lelaki melamar saya pada setiap hari. Ada yang menjanjikan kesenangan, hantaran mahal, malah menghadiahkan sebuah gimnasium kepada saya,” kata Fatin Suhaida.
Tidak seperti gadis lain, Fatin Suhaida Razali, 23, dari Kampung Durian Guling, Marang Terengganu jatuh cinta dengan melakukan kegiatan lasak terutama mengangkat beban di gimnasium.
Aksi Angkat Beban Tular Di Media Sosial
Selepas dua tahun aksinya menjalani latihan angkat beban di gimnasium tular di media sosial, dia bukan saja diburu peminat lelaki yang ingin memperisterikannya, malah turut dilamar pelbagai pengeluar produk kesihatan tempatan yang mahu menjadikannya jurucakap.
“Sebelum ini ramai yang kecam tindakan saya memuat naik aksi bersenam di gimnasium sambil bertudung di Instagram, tetapi sekarang tindakan itu mengubah kehidupan saya menjadi seorang yang lebih berani, berkeyakinan, selain dapat menjana pendapatan sampingan.
“Dua tahun lalu saya hanya mempunyai 72,400 pengikut di Instagram, tetapi sekarang pengikut saya meningkat hingga 196,000 orang dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura.
“Pada mulanya hasrat saya memuat naik setiap aktiviti di gimnasium hanya sekadar suka-suka dan pada masa sama memberi pendedahan kepada wanita bertudung supaya mengubah persepsi mengenai latihan angkat beban yang sebelum ini hanya terhad untuk lelaki,” katanya yang tinggal di Kampung Durian Guling, di sini.
Jana Pendapatan Tambahan
Dia berkata, objektifnya itu tercapai apabila sudah ramai wanita bertudung menjalankan latihan angkat beban di gimnasium sekarang, terutama membabitkan wanita bertudung di sekitar Kuala Terengganu.
“Setiap video yang dimuat naik di laman Instagram itu bukan bertujuan menunjuk, malah bukan juga untuk menjadi bahan kecaman netizen dan ia hanya untuk tatapan wanita yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti lasak itu.
“Berbaloi apabila aktif di Instagram sejak dua tahun lalu yang akhirnya mendatangkan manfaat kepada ramai wanita.
“Pada masa sama ia memberi peluang saya menjana pendapatan tambahan melalui tawaran sebagai jurucakap produk kesihatan. Alhamdulillah dapatlah saya menambah pendapatan sehingga RM2,000 sebulan,” katanya.
Tidak Rancang Berkahwin Tempoh Terdekat
Berhubung lamaran yang diterima daripada lelaki sejak menjadi tular di media sosial, Fatin Suhaida berkata, dia tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat dan mahu memberi fokus kepada cita-citanya menjadi model sukan dan jurulatih peribadi yang berjaya.
“Saya tidak ambil serius sangat mengenai tawaran kahwin atau hasrat lelaki yang tidak henti-henti menghantar pesanan ringkas untuk berkenalan itu kerana menganggap ia sudah menjadi asam garam apabila terkenal di Instagram.
“Jika mereka menghantar pesanan ringkas yang berbaur luahan perasaan, saya mengabaikannya dan sekiranya mereka terlalu melampau, saya akan menyekat mereka daripada terus mengganggu saya,” katanya.
Tinggal sehelai sepinggang, tangisan kanak-kanak tiga tahun telah selamatkan nyawa lima beranak daripada kebakaran.
Panjang umur lima beranak ini apabila rumah mereka musnah terbakar hampir 70 peratus semalam.
Tangisan Kanak-Kanak Tiga Tahun
Suara tangisan kanak-kanak berusia tiga tahun menyelamatkan nyawa lima beranak termasuk seorang bayi lima bulan dalam kejadian kebakaran di Kampung Darat Sungai Ular, Pahang, semalam.
Ketika kejadian, yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, Fatimah Abdullah, 71, berada di dalam rumah bersama empat cucunya berusia lima bulan hingga enam tahun.
Manakala menurut menantunya, Nurul Syahira Mat Rahim, 25, bersama suaminya Suhainizan Saman, 31, tiada di rumah kerana ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Amal di Kemaman, Terengganu ketika kebakaran itu berlaku.
Tinggal sehelai sepinggang.
Selamatkan Nyawa Lima Beranak
“Kami menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua di PPV terbabit.
“Susulan itu, kami bergegas pulang dan sebaik sahaja tiba-tiba, hampir keseluruhan rumah sudah terbakar,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Tambah Nurul Syahira, ketika kejadian, ibu mentuanya berada di dapur sebelum anak keduanya, Muhammad Waif Rayyan, 3 tahun secara tiba-tiba datang dan menangis.
Jelasnya, Muhammad Waif memberitahu ada melihat api dan ibu mertuanya terus memeriksa bilik serta mendapati api sudah marak.
Mujur kesemuanya selamat dan tiada kemalangan jiwa.
“Ibu mertua terus membawa membawa empat cucunya itu keluar dari rumah. Api merebak dengan cepat sehingga tiada apa yang sempat diselamatkan menyebabkan kami kini tinggal sehelai sepinggang,” ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, dua jentera bersama tujuh anggota termasuk dua pegawai diarahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
Katanya, sebaik sahaja anggota tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran rumah jenis kekal dan kebakaran telah memusnahkan kira-kira 70 peratus namun tidak melibatkan mangsa.
“Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos dan dua hose reel dari tangki pam jentera,” katanya.
Mingguan Wanita : Malang tidak berbau, biarpun mereka kehilangan harta benda, namun alhamdulillah mereka semua selamat. Semoga keluarga ini bangkit untuk meneruskan hidup.
Doa ibu dan jaga hati isteri, rahsia lelaki menang 3 biji kereta dalam setahun. Dalam dunia peraduan, ramai percaya kemenangan ditentukan oleh nasib dan...