Terkena sihir pemisah rumahtangga, suami isteri bahagia & punya anak ramai bercerai tanpa sebab.
Setiap kali cuba rujuk jadi benci. Dalam hidup, adakala kita tidak kenal seteru. Tambah seteru dalam diam yang tidak pernah berpuas hati dan menyimpan dendam dalam diam.
Apa dimahukannya, kenakan sihir agar hatinya puas. Puas melihat rumahtangga bahagia tiba-tiba bercerai berai. Dikongsikan di fb Khairul Hakimin Muhammad, penulis yang juga usahawan ini berkongsi kisah kawannya yang terkena sihir pemisah rumahtangga.
Asal cuba berbaik dan mahu rujuk, perasaan benci itu datang semula hingga keduanya “kekal sebagai kawan” walau dalam hati masih saling menyintai dan berharap akan rujuk semula.
Ini perkongsiannya :-
Di sebalik kita bergurau, kecam dan bermain hal soal orang kahwin dua, saya dalam beberapa hari ini termenung juga dengar kawan-kawan yang diuji dengan sihir pemisah.
Kahwin sekian lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci sebenci bencinya kepada isteri.
Isteri tak ada buat apa. Tiba-tiba kena cerai. Asal elok ja sikit, jadi benci balik.
Sampai tak boleh tengok muka, sampai tak boleh sebut nama, jadi marah, jadi hilang akal, buat perangai gila terjerit-jerit sampai histeria bagai si suaminya.
Suami isteri bergaduh tanpa sebab hingga bercerai selepas terkena sihir pemisah rumahtangga. Gambar hiasan.
Akhirnya terpaksa lafaz cerai. Dah bercerai semua jadi elok. Dua-dua tak berkahwin lain. Saling duduk dekat membesarkan anak-anak.
Bekas Suami masih jaga semua kelengkapan bekas isteri. Bekas isteri masih masak makanan untuk suami hantar bekal hari-hari.
Suami Isteri Bercerai Tanpa Sebab
Ads
Baru plan nak rujuk, jadi semula. Benci semula, jadi gila semula si suami. Lalu keluarga nasihat teruskan berubat sampai betul-betul sihat. Mereka tak mahu tahu siapa yang buat, mereka hanya nak bersatu semula dan kembali sihat.
Sekarang dah masuk tahun ke-4 berpisah dan saling tidak berkahwin baru dan sangat yakin akan bertemu jodoh semula.
Ada orang tak percaya hal begini. Saya pilih untuk percaya. Sihir memang ada. Orang pernah hadap akan tahu bagaimana sukarnya nak melawan hal syirik ini.
Orang yang guna hal syirik ini dia tak perasan yang Allah benci dia. Dia lupa hal tersebut.
Ya Rabb, lindungi kami semua dari kejahatan orang. Amin. Sumber :- FB Khairul Hakimin Muhammad.
Bukan semua lelaki itu sama, ramai suami baik. Dalam Islam, setiap isteri wajib taat pada suaminya dengan baik dan setiap suami juga wajib melayani isteri dengan sebaiknya.
Dalam konteks menjaga keharmonian hidup berkeluarga, Allah menjaga hidup suami, isteri dan anak-anak.
Allah menjaga kebahagiaan suami dengan memerintahkan isteri melayani suami serta menjaga mulutnya untuk mensyukuri kebaikan suami.
Allah juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.
Bukannya semua suami bersikap curang dan mengabaikan isteri. Ramai lagi lelaki di luar sana yang bekerja keras bagi membahagiakan keluarga tercinta. Benarlah seperti mana huraian dari Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi akaun Facebooknya, ramai suami yang sanggup berhujan berpanas demi mencari rezeki buat keluarga.
“Ada suami yang keluar kerja, pergi pagi balik malam, kena hujan kena panas demi mencari sesuap nasi…
Suami yang baik tahu erti tanggungjawab dan ikhlas nak sara anak isteri di rumah. Seorang suami, ia akan pastikan anak isterinya tak lapar di rumah.
Seorang suami, ia akan cuba yang terbaik untuk pastikan keselamatan keluarganya di rumah. Seorang suami akan ikhtiar bagi duit belanja untuk anaknya ke sekolah.
Seorang suami akan cuba penuhi semua permintaan anak dan isterinya. Dan seorang suami akan sanggup untuk buat apa saja untuk keluarganya sempurna !!!
Pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap. Mencari rezeki demi memastikan keluarga dapat hidup dengan aman dan selesa.
Keluar rumah anak masih tidur, balik rumah anak sudah pun lelapkan mata. Kadang kami rasa rindu nak main dengan anak-anak, tapi apakan daya…
Waktu di tempat kerja kadangkala kami diherdik dan dimarahi, tapi kami sabar sebab ada mulut yang perlu disuapkan dengan nasi.
Ya Allah sempena hari jumaat ini, kau kuatkanlah semangat kepada semua para pencari rezeki di muka bumi Mu ini Ya Allah.
Semoga kalian semua akan terus diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat,” kongsi Mohd Ezairol.
Saya rindu ibu. Anak-anak kalau sehari tak nampak mak, mesti akan mencari-cari. Sementelah yang dah besar, rindu pada pelukan, masakan dan paling penting bebelan mak-mak.
Inilah menjadi penguat semangat dan pengubat rindu anak-anak pada mak. Syurga kan di tapak kaki ibu.
Namun, ada tak mak yang tak sayang anak. Tak mustahil. Mungkin ada sebab tertentu yang seorang mak itu sanggup buat begitu. Luaran tidak suka tapi dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa sayang dan kasih anak yang dikandung dan dilahirkan itu.
Bagi anak pula, mak garang, marah sekalipun, dia tetap akan mencari maknya. Apatah lagi kalau anak jauh di mata, bersekolah di asrama dan sebagainya.
Kisah yang cukup membuatkan mak-mak di luar sana menahan sebak bila mendengar luahan seorang anak, ‘saya rindu ibu’. Sebaliknya orang yang dirindui itu tidak mampu menjaganya. Allahuakbar.
Anak ini dibenarkan cuti bermula Khamis lepas. Dari siang hingga malam, tak ada yg jemput. Penjaganya maklumkan, ada masalah tak dapat datang. Tunda hari Jumaat.
Pagi Jumaat, anak ini tanya lagi. Setelah kami tanya penjaga, jawabnya lepas Solat Jumaat. Lepas solat Jumaat, tak ada. Menjelang maghrib, pun tak ada. Lepas solat isya’, tersengih-sengih anak ini datang tanya lagi minta kepastian.
Saya sendiri sebenarnya tak ada jawapan yg pasti. Saya hanya jawab seperti apa yg penjaganya sampaikan. Alasan-alasan yg dimaklumkan pada saya, itulah yang saya sampaikan.
Sekadar bergurau, saya tanya dia “Yang nak balik sangat ni kenapa, tak best ke duduk sini. Macam-macam benda boleh main..
Dia tersengih sambil menjawab “Sini best, tapi nak balik kejap je, SAYA RINDU IBU..”
Jawapan dia buatkan saya tersentap. Jawapan yang membuatkan saya ambil keputusan untuk hantar sendiri sampai pintu rumah.
Saya tak buang masa lagi untuk tanya penjaganya samaada jadi datang atau tidak. Terus saya minta anak ini siap-siap untuk berangkat. Saya cuma sempat bungkuskan sedikit barang keperluan dapur dan makanan untuk dia bawa bersama.
Kita faham, mungkin penjaganya berat nak jemput anak ini pulang kerana terbeban dengan makan minumnya nanti di rumah.
Perjalanan lebih kurang 100km. Macam-macam perihal keluarga dia yg sempat saya tanyakan. Memang sulit jalan ceritanya dan amat menyedihkan.
Setibanya dihadapan rumah, hal yg tak disangka berlaku. Rumahnya kosong tak berpenghuni. Dan ketika sudah didepan rumah itulah, baru kami dimaklumkan, yg sebenarnya.. IBU YANG DIRINDUI ITU, SUDAH TIDAK MAMPU MENJAGANYA LAGI.
‘Ibu’ yang diceritakan sejak tadi, bukanlah ibu kandung. Ibu kandung anak ini masih ada, namun lebih jauh lagi. Jauh jasmani dan rohani. Sudah berpisah dengan ayah kandung anak ini dan tinggal dengan suami di luar negeri.
Kedua-dua ‘Ibu’ ini pula pasti ada kisah dan cerita mereka sendiri. Kita pun tak tahu pasti apa yang mereka hadapi.
Iktibar buat kita yang masih punya keluarga. Berkasih sayanglah! Sementara semuanya masih ada. Apapun, sekarang kami sudah kembali ke Baitul Jannah.
Semoga anak ini kuat menghadapi hari-hari mendatang..
Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang
#kisahanakbaituljannah
Mingguan Wanita : Hargailah anugerah dan rezeki yang Allah berikan. Ada sebab tentu mak-mak sanggup lakukan sedemikian. Kita tak tahu. Tapi, jauh di sudut hati, mestilah seorang mak sangat menyayangi anak-anaknya. Pervayalah.
Lelaki belasah anak OKU teman wanita, mayat kanak-kanak 6 tahun ditemui dalam semak. Tindakan gila seorang lelaki membelasah seorang kanak-kanak kurang upaya berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada kekasihnya berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui maut.
Menakutkan, mayat kanak-kanak malang itu dicampak di kawasan semak sebelum mayatnya ditemui di Kampung Kranji, di sini.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian menyedihkan ini dipercayai berlaku kira-kira lima hari sebelum ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada 21 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang menjalankan siasatan membuat tangkapan terhadap lelaki berusia 35 tahun kira-kira 3 petang semalam.
“Pihak polis dipandu suspek kemudian dibawa ke tempat kanak-kanak itu dibuang pada 6.45 petang semalam, dan ibu mangsa mengesahkan identiti anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, ibu kanak-kanak itu berusia 34 tahun juga ditahan untuk siasatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis akan menjalankan siasatan secara rapi dan profesional,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini kisah lucu pelakon wanita, Ramona Zamzam mengenai rumah tangganya selama berkongsi hidup dengan suaminya yang berasal dari Timur Tengah sepanjang 11 tahun perkahwinan.