‘Terima Kasih Tun. Terharu Tengok Kasih Sayang Sehingga Usia Begini’ – Ebit Lew

Share

Sebak rasa hati bila mana melihat pelukan penuh kasih sayang Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kepada suaminya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Situasi menyentuh hati itu berlangsung sebaik selesai sidang media khas dari Tun Mahathir di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur. Biarpun sedikit kekok dipeluk isteri di depan orang yang mengelilinginya, akhirnya akur saja dengan pelukan erat isteri seakan tidak mahu dilepaskan.

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew turut berasa sebak dalam masa yang sama mengungkapkan perasaan terima kasih di atas pengorbanan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir selama beliau menerajui negara ini.

Bak kata ustaz Ebit, di sebalik kejayaan seorang suami, ada seseorang (isteri) yang sentiasa ada menjadi peneman suka dan duka.

Kita Semua Sebuah Keluarga – Ebit Lew

Kongsinya,

“Terima kaseh Tun. Allah sayang. Semoga Allah balasi segala kebaikan dan pengorbanan beliau selama ini.

“Terharu tengok kasih sayang sehingga usia begini. Disebalik orang berjaya ada seseorang yang menjadi peneman suka duka.

“Ya Allah berilah kebaikan, rahmat, bahagia buat Tun, isterinya dan seluruh keluarganya. Kita semua sebuah keluarga. Kita semua sama hanya mengharap Redha Allah.

“Satukanlah hati kami semua dalam rahmatMu. Terus berkati dan rahmati negara kami Malaysia dengan rahmatMu.”

 

 

MW : Memang tak terbalas jasa yang Tun Dr Mahathir berikan untuk negaranya. Semoga kita tak lupa dan ingat pengorbanan itu selamanya. Semoga Malaysia aman, kekal sejahtera.

Baca sini :

64 tahun hidup bersama, Tun M dedah 2 kunci utama rumah tangga kekal bahagia dengan Tun Hasmah

Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin PM ke-8, harapan ini rakyat suarakan

Sumber/Foto : Ebit Lew , chedetofficial

IKLAN