Terapi Visual Untuk Wanita Stres, Cadangan Doktor China, Tengok Lelaki Sado

Share

Terapi visual untuk wanita stres cadangan doktor China, tengok lelaki sado. Seorang pakar sakit puan di China mencetuskan kontroversi apabila menyarankan agar wanita yang berdepan masalah kekurangan tenaga dalaman atau darah menjadikan tontonan lelaki sado atau berotot sebagai satu bentuk terapi untuk menstabilkan emosi dan mengurangkan tekanan.

Terapi Visual Untuk Wanita Stres Cadangan Doktor China, Tengok Lelaki Sado

Cadangan yang luar biasa ini dikemukakan oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong, menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial. Hospital berkenaan merupakan salah satu institusi kesihatan awam terkemuka di selatan China.

“Wanita disarankan untuk melihat lelaki berotot lebih kerap sebagai cara untuk melegakan stres,” ujar Dr He dalam klip video tersebut yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menurut beliau, kekurangan ‘qi’ atau tenaga dalaman serta darah dalam tubuh sering menyebabkan wanita mengalami gejala seperti keletihan, kemurungan, pucat, pening, dan kesukaran tidur. Dalam keadaan sebegini, beliau menasihatkan agar wanita tidak terlalu aktif dalam hubungan romantik, sebaliknya mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang lebih selamat seperti menikmati keindahan visual lelaki berotot.

Dr He menjelaskan bahawa pemandangan seperti ini mampu merangsang pengeluaran hormon dopamin di otak, yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan perasaan gembira dan mengurangkan tekanan. “Visual yang menyenangkan boleh mengaktifkan sistem ganjaran otak dan membawa kebahagiaan,” tambah beliau.

Cadangan ini disambut dengan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, terutama golongan wanita yang bersetuju bahawa ‘terapi visual’ seperti itu boleh memberikan kesan positif terhadap kesejahteraan mental.

Seorang pengguna media sosial mengulas, “Kita perlukan lebih banyak kegembiraan dan kurang tekanan. Cadangan ini wajar dimasukkan dalam panduan kesihatan moden untuk wanita.”

Selain itu, dalam satu video lain, Dr He turut mencadangkan pemakaian barangan kemas emas oleh wanita, berdasarkan kepercayaan perubatan tradisional China bahawa emas membantu menyihatkan limpa dan menguatkan jantung.

Dr He kini mempunyai lebih 133,000 pengikut di media sosial, di mana beliau sering berkongsi tip-tip kesihatan wanita menggunakan pendekatan yang menggabungkan elemen tradisional dan moden secara santai namun profesional.

Walaupun pandangannya dianggap aneh oleh sesetengah pihak, ramai yang menganggap gaya penyampaian beliau yang ringan dan mudah difahami menjadikan topik kesihatan wanita lebih mudah diakses dan diterima.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Isteri  Provider Memang Wujud, Ramai Wanita Berpendidikan Lebih Tinggi Daripada Lelaki

Suami Provider, Idaman Ramai Wanita Bila Nak Kahwin

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Published by
Has