Wahai mak-mak, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada usia 93 tahun. Usia yang kalau dibandingkan dengan mereka yang seumpamanya sudah tak perlu lagi bekerja, malah menghabiskan sisa hidup berehat.. bermanja dengan keluarga.
Seandainya berehat itu pilihan Tun Mahathir, maka tiadalah Malaysia baru untuk rakyat Malaysia. Ya, bapa kesayangan Malaysia ini mengorbankan sebahagian hayatnya untuk rakyatnya. Tun cekal kuat malah tidak lelah. Dan sebak sekali membaca catatan Muhammad Yusof. Tentang lelaki yang begitu disayangi rakyat Malaysia ketika ini.
Dapat Tak Dibayangkan Tangan Yang Sudah Dimamah Usia Ini..
Cuba hangpa tengok tangan yang berkedut ni. Ini adalah gambar kandid yang diambil ketika Tun memakai kemeja lengan pendek. Dapat tak hangpa bayangkan tangan yang sudah dimamah usia ini masih kuat menulis dan membelek fail sehingga jam 2-3 pagi. Disaat ramai dikalangan kita yang lena diulik mimpi, Tun sanggup mengorbankan masa tidurnya untuk kita, ya untuk kita dan negara kita yang tercinta.
Kita nampak depan mata kita Tun tidak setegap dahulu. Kita nampak tangan Tun terketar semasa menadah tangan berdoa masa majlis angkat sumpah. Percakapan Tun pun tidaklah sejelas masa Tun muda. Kita nampak depan mata kita Tun agak kepenatan, namun peduli apa Tun semua itu. Yang penting negara dapat dikembalikan ke landasannya.
Pada aku, Tun bukan jenis manusia yang suka goyang kaki. Tun seorang yang kuat bekerja. Sebelum pilihanraya satu Malaysia Tun jelajah berceramah pagi, petang, siang, malam, hujan, panas, ribut untuk tarik rakyat Malaysia mengundi PH.
Ads
Then, bila dah menang dan dilantik jadi PM, Tun bukan duduk diam. Tun tak tunggu lama, start daripada majlis pelatikan PM, Tun terus bekerja, bekerja dan bekerja. Tun bukan jenis manusia yang suruh orang lain setelkan kerja, setelkan hutang negara, then baru nak ambil alih kerajaan. Tun bukan jenis manusia macam tu.
Ingat Kerja Perdana Menteri Ini Mudah Ke?
Pagi, petang, siang, malam Tun dan teamnya bertungkus lumus nak memulihkan negara ke arah yang lebih baik. Sampai ke malam Tun meneliti fail yang menimbun di atas meja beliau. Ingat kerja Perdana Menteri ni mudah ke?
So, pada yang dah tak sabar-sabar tu, aku yakin dan percaya sampai masanya Tun akan lepaskan jawatan Perdana Menteri kepada orang lain.
Masa Tun letak jawatan pada tahun 2002, sorang pun tak tahu yang Tun akan meletakan jawatan pada masa itu. Bahkan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah pun terkedu bila Tun umum nak letak jawatan.
Ads
Ingat tak kita time tu Tan Sri Rafidah Aziz dok tanya Tun ‘why, why, why?’. Punyalah terperanjatnya Tan Sri Rafidah sampai kasut dia tercabut sebab nak cepat naik pentas nak mintak Tun jangan resign.
So, nanti sampai masa Tun akan serahkan jawatan PM ni kepada penggantinya. Dan, Tun bukan jenis kecoh-kecoh nak habaq satu dunia dia nak letak jawatan.
Doakan Yang Baik-Baik Untuk Tun Mahathir
Pada aku, bagilah Tun masa. Selesaikan apa yang patut Tun selesaikan. Bukan kutuk belakang Tun ‘tak cukup ke 21 tahun jadi PM?’ atau ‘Tun ni nak jadi Perdana Menteri selama-lamanya ke?’.
Ads
Tun sanggup korbankan masa tidur dia, masa rehat dia, masa bermain dengan cucu, masa bersama keluarga semata-mata nak selamatkan negara yang beliau dah bangunkan selama ini.
Daripada hangpa share status mengarut pasal Tun Mahathir, ada baiknya hangpa sama-sama doakan yang baik-baik sahaja buat diri Tun.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau permudahkanlah segala urusan Tun, murahkanlah rezeki Tun dan panjangkanlah usia Tun dalam kebaikan.
“Luth pula ikut jejak abang,” kanak-kanak termakan keropok racun meninggal dunia. Dua beradik yang termakan keropok beracun diambil di kebun jiran akhirnya meninggal dunia. Selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang, tengahari tadi Muhammad Luth Syauqi mengikut jejak abangnya.
Luth Pula Ikut Jejak Abang
Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 1.24 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi Buletin TV3.
Kanak-Kanak Termakan Keropok Racun Meninggal Dunia
Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.
Berita kematian itu bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim setakat ini.
Rabu lepas, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya. Kredit :- Buletin TV3.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Ashraf nasihatkan isteri-isterinya “cerita keluarga simpan dalam selimut, jangan buka aib”. Benarlah apa yang dipesan oleh pelakon kacak Ashraf Muslim kepada dua orang isterinya ini.
Sejak akhir-akhir ini kemelut rumahtangga selebriti menjadi antara topik hangat. Malah ada beberapa pasang keluarga selebriti yang turun naik mahkamah dan kisah mereka menjadi tatapan umum.
Malah ada yang menjadikan platform media sosial luahan rasa apabila berlakunya masalah dalam rumah tangga.
Ashraf Nasihatkan Isteri-Isterinya
Ramai yang menjadikan idola dalam kehidupan berpoligami. Pada kebiasaanya kita mendengar kisah isteri hidup bermadu kebanyakkannya alami pengalaman yang buruk. Isteri-isteri biasanya tidak sebulu, asyik bergaduh. Namun kehidupan Ashraf berbeza dan dia bijak mengatur hidup agar wanita-wanita yang dikahwini itu mendapat kasih sayang sama rata.
Meyentuh tentang isu kemelut rumah tangga beberapa artis yang mendapat perhatian umum sejak kebelakangan ini, Ashraf menyatakan dia sudah menasihati kedua-dua isterinya untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.
“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib.
“Kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri,” luah Ashraf.
Suami kepada Dr Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi ini turut menjelaskan seperti mana dipetik menerusi mStar Online agar kedua isterinya tidak samakan masalah orang lain dengan kehidupan mereka.
“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya. biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.
“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” kongsinya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Personaliti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar, 39 berkongsi di instagramnya yang dirinya sudahpun menjadi isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H iaitu jatuh pada hari Nisfu Syaaban.
Beliau yang juga bekas pembaca berita TV3 dan pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini turut memaklumkan yang suaminya, Fairos adalah sahabat yang dikenali sejak 20 tahun yang lalu. Cuma setahun yang lalu, hubungan antara mereka mula menjadi rapat.
“”Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’. Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan.
Maklum beliau lagi majlis pernikahannya diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa beliau.
“Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.”
Takkan Sesaat Melupakan 2 Orang Anaknya
“Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan. “
Akui Azrinaz jujur, “Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.
“Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan2 media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.”
Memilih Untuk Lebih Privacy
“Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.
“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan.”
“Akhir kata, tiada siapa yang lebih pakar, lebih pintar, lebih arif, lebih mahir dalam masa depan seseorang. Terimalah ketentuan jodoh seperti yang telah ditentukan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui. Assalammualaikum.”
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...