Ada tak mak-mak yang berdepan dengan masalah anak tak makan sayur? Ok, macam mana mak-mak pujuk anak sampai dia boleh makan sayur tanpa dipaksa?
Kalau ada mak-mak yang tengah menggali tip nak pujuk anak makan sayur, mungkin boleh ikut cara yang dikongsi oleh ibu kepada Aisyah, Puan Ummu Hani Aziz.
Hani rajin share moment bila aisyah makan. Entah lah, mungkin 1 kepuasan.
Kenapa?
Sebab dia bukan macam ni setahun yang lalu. Gila payah nak makan especially macam nasi dan mee. Yang dia suka hanya biskut, roti dan kerepek-kerepek.
Serius risau sangat hani time tu. Tapi sekarang dah 360 darjah berubah!
Alhamdulillah. Bersemangat hani masak setiap hari tengok anak berselera dan laju makan.
Korang yang ada masalah anak-anak kurang selera makan atau terlalu memilih makanan bole cuba 10 tips yang hani nak share ni:
1. Jangan memaksa
Percaya lah. Makin kita paksa dia makan, makin dia cuba untuk protes. Apatah lagi kalau kita marah – marah sebab dia elak untuk makan, lagi anak bad mood nak makan
2. Libatkan anak dalam penyediaan makanan
Minta mereka bantu kita dalam proses menyediakan juadah seperti mencuci sayur, cuci beras, kacau lauk. Yang simple je. Sambil tu boleh cerita sikit-sikit pada anak benda ni sedap tau. Mama suka. Ayah suka. Aisyah pun mesti suka. Cerita dengan penuh emosi
3. Hidangkan makanan yang menarik
Cuba kita fikir, kenapa budak-budak suka dengan “jajan” walau belum pernah rasa pun benda tu?
Ads
Tengok la packaging jajan. Menarik. Warna warni. Mudah nak tangkap tumpuan anak. Kan?
Macam tu juga kita kena serve makanan anak-anak kita. Make sure colourful. Ada warna hijau. Ada warna oren. Ada warna coklat.
Sayur sayuran pun boleh dipotong ikut bentuk-bentuk menarik. Nasi pula ditekap gunakan acuan mangkuk yang pelbagai. Be creative.
4. Kurangkan minum
Bila kita letak air disebelah anak ketika makan, dia akan makan sikit then minum. Makan lagi minum. Lama-lama perut kenyang dengan air je. Makan nya tak seberapa. Minum je banyak.
So biasa kan anak minum hanya sebelum atau selepas makan. Nak minum? Habis kan dulu makanan dalam pinggan
5. Hidangkan makanan yang berlainan
Jangan lah pagi menu nya nasi + sup telur. Tengahari pun nasi + sup telur. Malam pun ulang menu yang sama.
Bukan apa, kadang-kadang parents masak sekali banyak. Nahhh, cukup untuk breakfast, lunch & dinner. Ayyaa, kesian anak-anak. Diaorang pun naik tak selera tengok benda yang sama je kan.
Pelbagaikan menu. Biar simple asal berlainan.
Ads
6. Makan bersama sama
Ada ibu yang sediakan makanan untuk anak. Biarkan anak duduk sorang kat meja makan. Dia pulak duk mengadap citer korea atau duk buat keje lain seperti sambil-sambil basuh pakaian. Last-last tengok anak makan tak habis.
Kita kena tahu suasana pun mainkan peranan yang penting tau untuk tambah selera makan anak-anak.
Duduk la semeja dengan anak ketika mereka makan. Lebih bagus kita pun makan sekali sama-sama.
Anak tengok kita selera makan, in syaa Allah mereka pun turut akan habiskan makanan.
So seminggu buat la 2, 3 kali menu feveret mereka.
Ads
8. Berlakon dengan partner
Apa hani buat bila nak ajar aisyah makan sayur? Hani berlakon dengan shahrul ketika makan.
Contoh amik carrot, hani tunjuk depan-depan anak yang hani makan.
Buat memek muka excited dan teramat sedap. Lepas tu suapkan shahrul carrot yang sama. Shahrul pun buat memek muka excited sedap sambil pejam-pejam mata padahal carrot je.
“At last, anak pun terikut nak cuba sama. Alaa, siapa malas berlakon memang rugi.”
9. Puji anak anak atas sikap mereka
Kita ni kalau anak-anak buat silap laju je suara tarzan kita keluar.
Ni haa anak makan masakan kita, puji la.
Wahh, hebat la aisyah makan. Bagus sangat. Makan carrot nanti mata nya cantik. Makan nasi nanti aisyah bole lari laju-laju. Makan banyak-banyak nanti aisyah jadi kuat bole tolong mama.
Simple je kan? Puji la anak-anak supaya mereka rasa dihargai dan mereka akan rajin untuk makan masakan kita.
10. Banyakkan bersabar
Lakukan lah tip ini dengan konsisten. Anak kita bukan robot, sekali kita buat terus dia ikut
Pesan ibu ini, parents kena banyakkan bersabar, tenang dan senyum. In shaa Allah, lama-lama usaha kita akan jadi rutin mudah dan anak-anak akan terikut sama.
Semoga ada hasilnya ya, mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saya telah mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun. Semuanya atas jodoh yang sama sekali saya tidak menyangka hadir semula selepas 10 tahun hidup sendirian. Sebelum menerima suami, saya meminta pendapat dari ahli keluarga.
Sama ada suami sesuai atau tidak jodohnya dengan saya. Ramai yang meminta saya menerimanya kerana bakal suami nampak baik dan mementingkan solat ketika kami baru berkenalan dahulu.
Memandangkan pernah ada sejarah perkahwinan lalu yang agak menyedihkan, semua itu membuatkan saya menjadi lebih berhati-hati untuk melangkah ke frasa mendirikan rumah tangga semula.
Masih saya ingat, semasa perkahwinan pertama, awalnya saja saya bahagia tetapi selepas itu rumah tangga mulai haru-biru bila suami diberhentikan kerja.
Setahun berlalu dia masih selesa dengan caranya menjaga anak-anak dan hanya saya yang bekerja untuk melunasi semua hutang piutang yang kami buat semasa awal perkahwinan.
Mulanya saya masih boleh bersabar tetapi lama kelamaan saya mulai bosan kerana suami seperti tiada tanda untuk bekerja semula dan saya mulai tebal muka meminjam pada ahli keluarga semata-mata mahu mencukupkan keperluan harian.
Kami bergaduh dan suami yang berang terus melafazkan talak. Biar sedih tetapi sejak itu, hati saya bahagia biarpun tidak sekaya mana. Saya tahu bagaimana untuk mencukupkan keperluan dua orang anak yang bersekolah rendah.
Kebetulan rezeki saya mulai murah selepas saya berjinak-jinak menjadi agen kepada satu produk popular. Bekas suami meminta untuk rujuk kembali tetapi saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Menceburi dunia bisnes membuat saya kenal ramai orang. Dari menjadi agen, saya naik menjadi stokis dan saya mulai dikenali. Tidak saya nafikan ramai yang menunjukkan minat untuk berkenalan, tetapi saya lebih senang membesarkan dua orang anak secara sendiri. Mungkin juga saya takut untuk hidup dengan lelaki lain.
Suami Berubah Bila Isteri Semakin Sibuk
Berbalik kepada perkahwinan kedua, majlis dilangsungkan selepas semuanya mendapat restu keluarga. Majlis kami sederhana saja kerana saya dan dia pernah melalui frasa perkahwinan sebelum ini.
Setahun dua, semuanya nampak elok malah perniagaan saya mulai berkembang. Saya dan suami sepakat untuk mengeluarkan produk kecantikan sendiri kerana saya yakin dengan kemampuan saya dan nampak peluang yang harus saya ceburi itu.
Di peringkat awal, kami lakukan bersama-sama. Sebenarnya bukan mudah untuk memulakan satu perniagaan berbanding mengambil produk orang kerana banyak modal yang harus dikeluarkan.
Enam bulan kemudian, lahirlah produk kecantikan kami. Agak berat awalnya kerana modal kami bukanlah banyak tetapi permintaan mulai ada sedikit demi sedikit. Itulah kata orang, rezeki anak-anak kerana rumah tangga yang kami bina itu dikurniakan seorang anak untuk pengikat kasih.
Bila saya semakin sibuk, entah mengapa perangai suami jadi berubah. Dia mulai marah-marah, katanya saya terlalu sibuk dengan urusan luar dan tidak lagi menguruskan rumah tangga sepenuhnya sedangkan dia juga tahu, kerana dia sentiasa bersama dengan saya.
Pernah suami memberi amaran kerana dia tidak suka ada ramai lelaki mendekati saya dan semua itu membuatkan saya jadi serba salah. Ya Allah, kami jadi berbalah tentang hal ini sedangkan dia tahu saya bekerja keras untuk mencari rezeki buat keluarga, untuk kesenangannya juga.
Sikap cemburu suami semakin menjadi-jadi malah saya pernah ditampar kerana berbual dengan salah seorang stokis yang berjaya membuat jualan terbanyak syarikat suami.
Sekarang saya dan suami telah berpisah rumah dan kami pernah ke pejabat agama untuk sesi kauseling. Saya membuat pengaduan tahap cemburunya antara faktor saya memilih untuk berpisah dan suami juga ego dengan caranya.
Apa yang harus saya lakukan kerana saya tidak pernah menyangka yang perkahwinan kedua ini juga bakal bermasalah. Apa yang harus saya lakukan? Dapatkah perkahwinan saya ini diselamatkan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Geramnya mak ayah bila anak tak duduk diam. Ada saja benda yang nak dibuatnya. Mak ayah marah, sekejap saja dia diam. Lepas tu buat balik.
Ini belum lagi anak-anak bergabung sesama mereka. Boleh huru hara rumah. Lepas tu, mulalah dengar salah seorang daripada mereka menangis. Adalah perkara yang tak puas hati.
Biarlah anak tak duduk diam dan melasak sana sini. Itu tandanya anak bijak dan sel-sel otak mereka berhubung. Seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini
Tak boleh diam walau sekejap, ada je kaki nak merayap, ada saja tangan nak mengisai.
Itulah ciri-ciri budak bijak!
Ingat senang ke nak sentiasa aktif & sentiasa ada je benda yang nak di buat.
Semua ini perlukan otak yang aktif.
Kalau otak pasif badan anak tak bergerak, kaki dia tak nak merayap dan tangan dia memang malas nak mengisai.
Bonus, makin banyak kita bagi anak bergerak makin bijak dia akan jadi. Serius!
a) Setiap kali badan dia bergerak, banyak sel otak baru akan terhasil.
b) Semakin banyak dia cuba benda baru, semakin banyak sel sel otak berhubung.
c) Bahkan jika bahagian badan kanan banyak bergerak, makin cekap otak kiri dia jadi.
d) Jika bahagian badan kiri yang banyak bergerak, otak kanan pula makin cekap.
e) Mana-mana badan gerak pun, tetap otak juga dapat banyak manfaat.
Mana tak bijaknya anak kita tu.
Makin melasak, makin panjang akal jadinya.
Kalau dinding tak kena conteng, sofa tak kena lompat atau mainan tak bersepah, tak cukup bijak lagi la tu. Bagi dia melasak lebih lagi ye.
Wallahu A’lam.
Mingguan Wanita : Betul tu. Bagilah dia melasak, asalkan tidak melukakan badan sudah!
Malang bagi seorang isteri, apabila mati dan menemui ajal ditangan suami sendiri.Lebih kejam, mangsa dipercayai dibunuh dengan parang milik suami, dengan beberapa kesan tetakan dibahagian tubuh badan.
Seorang isteri ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan tangan dipercayai ditetak suaminya dalam satu kejadian di Ladang Pintasan, dekat sini, semalam.Mangsa yang berusia 27 tahun itu dipercayai dibunuh pada kira-kira jam 8 pagi, namun laporan mengenainya hanya dibuat pada jam 8.45 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata laporan dibuat orang awam memaklumkan satu kejadian bunuh berlaku di lokasi berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Pergelangan Tangan Hampir Putus
A Sahak berkata, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala.Selain itu, katanya pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak.
“Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu,” katanya.
Motif Perselisihan Faham
Katanya, selepas kejadian, jiran mangsa melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 8 malam sebelum melarikan diri ke arah sungai.
Beliau berkata, penduduk yang bimbang berlaku kejadian tidak diingini bertindak mengejar suspek namun gagal sebelum mereka memeriksa rumah pasangan itu dan mendapati isterinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
“Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek ketika mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan usaha mengesan suspek berumur 30-an itu masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga suami mangsa dapat diberkas dengan segera dan mendapat hukuman yang setimpal. Buat pasangan suami isteri, perselisihan yang berlaku selesaikanlah secara baik.Jangan sesekali hilang sabar dan menggunakan kekerasan fizikal.Bila amarah menguasai diri,menyebabkan mudahnya bertindak diluar batasan fikiran.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...