Telefon awam asrama ditutup dua hari selepas Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri. Mahkamah Koroner diberitahu bahawa semua telefon awam di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Kinarut ditutup selama 48 jam selepas insiden penemuan Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

Telefon Awam Asrama Ditutup Dua Hari Selepas Zara Qairina Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Perkara itu didedahkan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Linah Mansoding @ Jaliha, 64, ketika menjawab soalan peguam keluarga mangsa, Shahlan Jufri, pada hari kelima prosiding inkues hari ini.

Telefon Awam Asrama Ditutup Dua Hari Selepas Zara Qairina Ditemui Tidak Sedarkan Diri
Kredit foto: Harian Metro

Shahlan bertanya: “Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai 2025 adakah pelajar-pelajar sekolah boleh menghubungi ibu bapa mereka?”

Linah menjawab: “Macam ‘public phone’ (telefon awam) pun sana ada kena tutup selama dua hari dua malam.”

Shahlan: “Public phone di sana ditutup selama dua hari dua malam?”

Linah: “Sebab budak-budak banyak ‘call’ ibu bapa.”

Shahlan: “Sebelum itu puan ada berapa ‘public phone’ di sana?”

Linah: “Blok A ada tiga, blok B ada tiga.”

Ads

Shahlan: “Macam mana public phone ditutup?”

Linah: “Matikan suiz.”

Shahlan: “Siapa tutup suiz?”

Linah: “Ketua warden suruh tutup.”

Ads

Telefon Awam Asrama Ditutup Dua Hari Selepas Zara Qairina Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Bagaimanapun, mahkamah tidak diberitahu tujuan sebenar telefon awam tersebut diputuskan bekalannya serta sama ada ia merupakan amalan biasa setiap kali tiba hari Khamis dan Jumaat.

Terdahulu dalam keterangannya, Linah menyatakan bahawa sebaik dimaklumkan seorang pelajar pengsan, beliau terus bergegas ke Blok Rabiatul Adawiyah dan melihat remaja terbabit, yang dikenali sebagai Zara, terbaring di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, beliau yang bertugas dari jam 8 malam 15 Julai hingga 8 pagi keesokan hari, sempat membuat rondaan sekitar jam 2 pagi di blok berkenaan dan mendapati keadaan terkawal sebelum dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira sejam kemudian ketika berada di Blok Sumayyah.

Ads

Sementara itu, Linah tidak kelihatan melalui pintu masuk utama Kompleks Mahkamah, sebaliknya difahamkan dibawa masuk melalui laluan khas atas faktor keselamatan.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Zara Qairina Ditemukan Dalam Longkang, Tengkuk Berdarah Pengawal Keselamatan

Dr Janefer Tiada Kesan Lebam, Tanda Penderaan Pada Tubuh Zara Qairina

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI