Tawan gunung Kinabalu, usia 41 tahun bukan halangan Sherry Ibrahim cipta kenangan manis. Ternyata umur bukanlah halangan buat pelakon, Sherry Ibrahim mengukir kenangan manis selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 7 Julai lalu.
Tawan Gunung Kinabalu, Usia 41 Tahun Bukan Halangan Sherry Ibrahim Cipta Kenangan Manis
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memuat naik beberapa keping gambar kenangan perjalanan sepanjang pendakian.
“7 Julai 2024, syukur alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya.
“Sampai (puncak) sebelum matahari terbit dan berpeluang melihat pelangi yang indah selepas hujan,” tulisnya.
Sherry sempat merakam keindahan pelangi. Panorama tersebut turut dipaparkan dalam salah satu gambar yang dimuat naik.
Menurut Sherry, pendakian gunung tersebut bukan hanya sekadar menguji ketahanan fizikal namun ia juga menguji mentalnya.
“Perjalanan ke puncak lebih dari sekadar pendakian fizikal, ia juga adalah ujian ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong saya mengatasi had fizikal dan mental,” luah Sherry berkenaan pengalamannya mendaki gunung tertinggi antara Himalaya dan New Guinea itu.
Ads
Selain menguji ketahanan mentalnya, Sherry juga berkongsi perjalanan selama dua hari satu malam itu memberikan peluang untuknya mengenali kenalan baharu.
Jual nasi lemak dianggap pesaing, tular video makcik marahkan peniaga gerai sebelah. Allah sudah menetapkan rezeki setiap hamba-Nya. Ada beberapa jenis rezeki disebut dalam Al-Quran iaitu rezeki yang telah dijamin, rezeki atas asbab kita berusaha mencarinya. Ketiga ialah asbab bersyukur. Keempat rezeki tak terduga diikuti rezeki asbab kita sering beristigfar. Keenam ialah asbab berkahwin, rezeki kerana suka bersedekah, rezeki dapat anak dan lain-lain lagi.
Allah SWT tidak akan menutup rezeki bagi umatnya yang telah bersungguh-sungguh berusaha serta berdoa demi mendapatkan rezeki dari-Nya. Dan Allah akan memberikan yang setimpal dengan a apa yang telah diusahakan. Firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 39 maksudnya: “Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”
Jual Nasi Lemak Dianggap Pesaing
Jadi kenapa kita harus takut dengan setiap rezeki yang datangnya dari Allah? Adakah kerana kita tidak yakin tentang hal satu ini atau bagaimana? Percayalah, kalau nasi lemak sedap, sambal meletup, kacang bilis dan telur lengkap, siap berbungkus daun pisang dan sebagainya, jangan pernah takut pada rezeki Allah. Ada yang datang membeli.
Melihat kepada satu video yang mula viral di media sosial ketika ini kedengaran makcik dan seorang pemuda memarahi dan memberi amaran agar tidak menjual nasi lemak yang sama kerana beranggapan ia seolah-olah cuba menghalang mereka mencari rezeki.
Dalam satu video dikongsi oleh @skyrullah kejadian ini dipercayai berlaku di depan Vads di Taman Tun Dr Ismail.
@skyeskey007 Member aku bukak kdai nasik lemak baru sebulan, tetiba dtg acik ni ngan sorg laki ni serang kedai dia, maki2 sbb jual bnda sama. Korang bleh dengar weh dia siap warning lagi dia ckp “aku taknak tgok sini ada jual nsik lemak”. Rezeki masing2 la bodoe. Menyirap dengar cara dia cakap tu mmg nampak bebetul punya dengki la. Sbb org jual bnda sama ngan kedai kau je pun kau nak dtg serang org. Bodoe ke nyah? #malaysiatiktok#fyp#foryou#foryoupage#fypシ#malaysia#fyppppppppppppppppppppppp♬ original sound – Skyrullah
Tulis Skyrullah di tik toknya, member aku bukak kedai nasik lemak baru sebulan, tetiba datang acik ni ngan sorg laki ni serang kedai dia. Maki-maki sebab jual benda sama. Korang boleh dengar weh dia siap warning lagi dia cakap “aku tak nak tgok sini ada jual nasik lemak”. Rezeki masing-masing la bodoe. Menyirap dengar cara dia cakap tu memaneg nampak bebetul punya dengki la. Sebab orang jual benda sama ngan kedai kau je pun kau nak datang serang org. Bodoe ke nyah?
Apa yang membuatkan ramai mempertahankan kawannya ialah kata mereka, rezeki datang dari Allah.Bila kawannya melafazkan istigfar kerana diserang, terus makcik bersuara jangan nak mengucaplah. Bahkan ramai yang mahu datang memberikan sokongan kerana tak tahan melihat kawannya “diserang” sebegitu rupa.
Dari video dinyatakan kawannya baru berniaga di lokasi berhampiran gerai makcik ini dan atas permintaan pelanggan, dirinya menambah jualan nasi lemak yang mana sebelum ini dirinya berniaga nasi campur.
Katanya, ada pelanggan minta dan kerana itulah dia berniaga nasi lemak.
Korang nilailah sendiri video nie. Kita biasa je tengok orang cina berniaga benda sama tanpa dengki-dengki. Sama juga di food court, banyak je berniaga yang sama. Janganlah kita terlupa setiap rezeki itu datangnya dari Allah. Semua orang tengah struggle cari rezeki. Anggaplah siapa yang membeli di gerai kita itulah rezeki kita dapat hari itu.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, turut sama mengikuti team produksi drama Demi ke Inverness, Scotland adalah pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan.
Dia yang disapa sebagai Rayqa ke Scotland ditemani ibunya, Norinsyira Muhamad yang juga merupakan pengurusnya.
MW menghubungi ibu Puteri Rayyana, Norinsyira atau Syira bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkhabaran ini.
“Semalam kami melakukan ujian saringan Covid-19, dan pagi tadi kami dimaklumkan keputusan kami berdua positif.
“Sekembalinya dari Scotland, saya dan Rayqa menjalani tempoh kuarantin di rumah berdua sahaja. Dalam tempoh itu saya minta suami ke rumah ibu saya.
“Setakat ini kami berdua tidak mengalami simptom batuk, demam dan juga selsema. Cuma semasa di sana, Rayqa demam dua hari dan kembali pulih selepas itu,” jelasnya. Ketika dihubungi MW Syira sedang mengemas pakaian untuk bersiap-siap ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Rayqa ketika melakukan ujian saringan Covid-19 semalam
Tolong doakan kami
Syira juga memohon orang ramai mendoakan dia dan anak tunggalnya itu diberi kesembuhan. Tambahnya lagi, mungkin ada sebab mengapa Allah memberinya ujian sebegini.
“Mungkin Allah ada sebab memberi ujian sebegini buat kami. Saya mohon orang ramai doakan kami berdua kembali pulih seperti sedia kala. Suami juga meminta kami jangan panik dan bertenang. Patuhi arahan seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sebagai ibu saya mahu ditempatkan bersama anak kami, maklumlah dia satu-satunya anak kami,”luahnya.
MW doakan Syira dan puteri tunggalnya itu segera sembuh dan kembali sihat seperti selalu hendaknya. Kami yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti segala kaedah dan rawatan terbaik bagi memulihkan semua pesakit Covid-19 negara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita cantik ini sudah menghampiri usia 50 tahun namun itu tidak pernah menjadi penghalang buat Rozita Che Wan membuktikan dia masih relevan sebagai heroin.
Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.
Usia Hampiri 50 Tahun Che Ta Berpijak Di Bumi Nyata
Bagaimanapun, pelakon dan ahli perniagaan yang mesra disapa dengan nama Che Ta itu sentiasa berpijak di bumi nyata dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.
Selepas kembali aktif sejak memperlahankan rentak lakonan kerana memberi tumpuan bisnes, dia diberi watak pembantu termasuk menjadi ibu atau kakak.
Sentiasa berpijak di bumi nyata dalam mempertimbangkan tawaran lakonan.
Beberapa bulan lalu, Che Ta diberi peranan utama dalam drama Family Spy bergandingan dengan Alif Satar. Baru baru ini dia membintangi telefilem Kuba Guling Karipap Pusing terbitan Pena Creative sebagai heroin di sisi Azlee Khairi untuk siaran Awesome TV.
Ketika ini dia menjalani penggambaran memegang watak utama menerusi drama 13 episod, Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa untuk TV Al Hijrah.
“Kalau penyanyi sendiri mempertaruhkan kepada lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.
“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.
“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimiliki. Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi watak penting,” katanya.
Sibuk Dengan Komitmen Kerja
Wanita yang kuat bekerja.
Sejak beberapa bulan lalu, rezeki Che Ta terus murah kerana sibuk dengan komitmen kerja.
“Selain drama saya juga terbabit sebagai hos seperti program Ujian Menantu menampilkan anak sulung, Ammar Effendy mencari bakal isteri. Saya juga menjadi panel program fesyen Glamketengglam dihoskan Zizan Razak.
“Untuk drama Dia Isteriku nanti, selepas berpisah dengan bekas suami lakonan Datuk Fizz Fairuz, watak saya sebagai Aisyah dalam cerita itu berkahwin dengan lelaki muda lakonan Hafidz Roshdi.
“Shalma Eliana jadi anak saya. Dalam tempoh sama, saya sibuk membahagi masa dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya.
Tanggal 11 Disember lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.
“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.