Tak mudah dan bukan semua lelaki rajin buat tetapi realitinya ini adalah tanda suami sayang pada isteri, jadi adakah anda sudah merasa situasi ini?
Kalau belum, mari baca sedikit nota kecil istimewa dari Puan Intan Dzulkefli, pastinya anda mampu berubah perlahan-lahan untuk jaga hubungan suami isteri dan Pencipta. Ingat, bahagia itu Allah bagi! Jom semak…
Suami kena jadi penasihat utama penampilan isteri. Sebelum keluar rumah, pastikan scan dulu penampilan isteri.
Tudung yang dipakai pastikan tidak jarang seperti pelapik langsir, wajib menutup dada & paling baik sekali tutup juga punggung.
Ads
Baju pastikan tidak jarang, longgar tidak menampakkan susuk tubuh & seeloknya melepasi paras punggung. Seluar juga jangan sampai menampakkan bentuk kaki ya.
Di samping itu, pastikan isteri pakai stokin, pakai handsock. Jika isteri jenis bermekap pastikan jangan berlebihan sangat, cukuplah sekadar kemas & bersih tanpa berwangian yang terlalu menonjol.
Ads
Sebaik-baik penampilan seorang wanita, pakaian yang dia pakai ketika keluar dari rumah boleh terus dipakai untuk menunaikan solat.. sebenarnya tak perlu telekung pun kalau betul-betul dah menutup aurat dengan sempurna.
Ads
Isteri hanya patut cantik di mata suaminya.. bukan di mata suami kawan-kawannya atau kawan-kawan suaminya.
Jadi tak perlu jeles kalau isteri orang lain bukan main vouge bila diluar, cukuplah kita berusaha untuk berhias diri untuk suami di rumah. Yang penting suami & Tuhan redha dengan kita.
Sila fahamkan & praktikkanlah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cabaran dunia tanpa sempadan kini, ramai yang gemar berkongsi segala segala perasaan, emosi, sedih, gembira, bahagia, marah di media sosial, baik Facebook, Instagram, Tweeter atau apa sahaja. Termasuklah apa sahaja yang berlaku disekeliling, bahkan tentang kehidupan termasuk rumah tangga turut akan di luahkan di ‘diari’ moden ini. Hari ini masak apa, makan bersama pasangan, bercuti, shopping, hadiah, malah sekadar gambar kaki bersama suami pun dimuat naik untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.
Tujuannya? Hanya anda yang tahu.
Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan.
Kenapa? Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka:
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.Jika ada pun foto yang diambil ia untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ia sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain. Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.
Perlu ingat tak semua orang suka dan bahagia dengan ‘kebahagiaan’ yang kita kongsikan. Lebih buruk lagi, kebahagiaan tersebut boleh ‘dicuri’, atas sebab perasaan hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan yang kita miliki. Oleh itu, tak perlu menunjuk- nunjuk kebahagiaan kita ada.
Bahkan, pernah tak lihat pasangan yang sering menunjukkan ‘kebahagiaan’ dilaman sosial, kelihatan sangat ‘sweet’ & sempurna. Memang kita rasa cemburu lah bila melihatnya! Tapi hakikatnya, dialam realiti ia sebaliknya, tidaklah ‘semanis’ yang dipamerkan. Media sosial hanya dijadikan sebagai ‘lakonan’ untuk menunjukkan persepsi sisi bahagia, bagi menutup kekurangan didalam rumahtangga!
Setuju?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila perasaan marah kuasai diri, macam-macam boleh jadi. Tetapi yang silapnya ada sesetengah orang suka marah tak bersemuka dan melepaskan amarahnya di tempat yang salah! Sengaja tulis di mesej di phone atau lagi teruk memuat naikkan kenyataan marah di laman sosial. Silap cara, ini bukan selesaikan masalah ya, tetapi boleh jadi keruhkan keadaan semakin buruk.
Bukan itu saja, ada 6 perkara buruk yang mungkin anda akan hadap disebabkan sikap suka menulis daripada terus memberitahu depan-depan. Jom semak!
Kalau bergaduh menerusi mesej, anda tidak tahu reaksi mereka. Walaupun mesej anda tu bunyi macam tengah marah gila, entah-entah mereka anggap mesej tu macam biasa je.
Bila tengah marah memang tinggi suara je. Tapi kalau gaduh menerusi mesej, macam mana nak tahu orang tu tengah marah ke tak? Buat penat tangan je anda menaip dalam keadaan tengah marah.
Hati orang siapa yang tahu. Mana lah tahu jika anda bergaduh dengan pasangan anda dan mengeluarkan kata-kata kurang enak, lepas tu tersebar di media sosial. Tak ke malu!
Bila tengah marah, kadang-kadang kita tak faham maksud sebenar mesej tersebut. Lagi parah jika anda menyalah erti maksud mesej tersebut dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Ketika anda meluahkan rasa marah menerusi mesej, anda tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan. Kadang-kadang mesej anda tidak akan dilayan mungkin kerana si dia sedang sibuk. Jadi, sia-sia je la anda hantar berpuluh-puluh mesej.
Bagi pasangan yang selalu bergaduh menerusi mesej, mesti setuju dengan kenyataan ini. Bila bergaduh menerusi mesej, rasa marah tu tak boleh di kawal. Mesti akan keep on hantar mesej untuk serang balas. Memang tak akan habis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Al-Quran bukan sekadar dibaca ketika sukar ataupun senang. Setiap surah yang terkandung di dalamnya perlu dilazimi bermula dari rumah lagi. Ini antara perkongsian istimewa ibu Tahfiz Muda Aqil atau nama penuhnya, Mohamad Aqil Khair Mohd Fairos, 12.
Tahfiz Muda Aqil, salah seorang tokoh muda yang dipilih membacakan 24 surah bersama-sama 24 tokoh lain antaranya Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Emeretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor, Qari Junior Harith, Munif Ahmad, PU Amin dan vokalis kumpulan Caliph Bukers, Azmi Saat.
“Sejuk perut ibu yang mengandung” Inilah perumpamaan yang dapat digambarkan pada ibu berwajah lembut yang berjaya mendidik setiap anak-anak dengan jiwa Al-Quran. Beliau dan keluarga ditemui selepas program program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di ruang Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.
Kesempatan bertemu Puan Norizah Hj Hashim, ibu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Kunda yang juga Ikon Rakan Muda Masjid Negeri Perak ini menyingkap ruang ilmu buat ibu-ibu muda yang mahu melatih, melazimi, memahami malah menjiwai al-Quran sebagai satu pegangan hidup di hati anak-anak.
Sebaik saja disahkan hamil, Puan Norizah sudah memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran kepada bayi sejak dalam kandungan lagi. Setiap bulan, beliau akan memastikan dirinya khatam al-Quran.
Ketika di rumah, anak-anak sudah terbiasa dan melazimi ayat-ayat Al Quran. Baik ketika di dalam kenderaan, Aqil sudah terbiasa mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran daripada syeikh-syeikh terkenal dari pelbagai negara.
Sejak kecil saya mengharamkan makanan ringan untuk anak-anak. Ketika usia, Aqil 5 tahun dia sudah khatam Al-Quran. Usianya 6 tahun, dia sudah menghafal Al-Quran. Aqil bersekolah di sekolah biasa saja. Jadual membaca Al-Qurannya akan bermula Subuh dan selepas waktu Maghrib.
Bagi memantapkan lagi persediaan, ibu ini melatih agar Aqil menguasai surah pilihan antaranya Al Mulk, As-Sajdah. Setiap hari Aqil akan mengikut ayahnya, Mohd Fairos Ashaari ke masjid. Di sana, dia akan belajar Al-Quran dengan ayahnya. Apabila di rumah, tugas mendidik diambil alih oleh ibu. ketika ini, Aqil belum lagi belajar taranum dengan guru dari luar.
Bukan mudah nak mengajar anak-anak mengaji. Ibu ini menggunakan pendekatan bercerita sepanjang mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Tentang apa yang terkandung di dalamnya. Jika surah berkaitan hari kiamat, akan digambarkan kisah-kisah dan bagaimana kiamat itu.
Bukankah anak-anak ini lebih dekat dengan pendekatan bercerita? Jadi semasa membacanya, anak-anak akan membaca dengan jiwa. Kerana mereka boleh menggambarkannya.
Ketika mengajar anak-anak mengaji, ibu ini takkan sekali memarahi anak-anak di depan Al-Quran. Dalam Al-Quran itu sendiri ada kisah teladan yang boleh dipelajari. Jika anak-anak dididik dengan keras di depan Al-Quran, jiwanya akan menjadi keras. Mereka akan dapat mengaji.. tapi ianya takkan kekal lama. Kerana ada tekanan dan mereka tak seronok.
Al-Quran di dalam rumah ibu ini disantuni dalam jiwa anak-anak dengan suasana yang cukup santai. Jika perlu berbaring, ibu ini akan berbaring bersama anak-anak. Jika sedang memasak, Al-Quran juga akan dibawa sekali sampai ke dapur. Anak perempuan yang kecil juga sudah menghafal Al-Quran ketika umurnya 6 tahun. Sebelum masuk tidur, dia wajib membaca surah Al Mulk sampai habis. Sebabnya ‘bimbang, kuburnya kelak tidak terang’.
Betapa dekatnya Al-Quran dalam jiwa, Puan Norizah dapat dilihat jelas tanda-tandanya ketika dirinya berada dalam bilik bersalin. ketika itu, mahu melahirkan anak perempuannya yang kini berusia 6 tahun.
Dirinya berada dalam keadaan koma dan alami pendarahan yang banyak. Ternyata kuasa Allah mengatasi batas pemikiran manusia.
Doktor yang mengendalikan kesnya memaklumkan, pendarahan itu menyebabkan dia tak mungkin dapat diselamatkan lagi. Namun bibir Puan Norizah terus membaca ayat suci Al-Quran ketika dalam keadaan koma. Sampailah selesai membaca surah Yasin, pendarahan berhenti dengan sendirinya.
“Inilah antara kebesaranNya yang berlaku dalam diri saya dan betapa besarnya mukjizat Al-Quran yang saya terima“.
Sebelum mengakhiri temu bual, ibu ini memaklumkan Aqil bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Pintanya, mohon agar didoakan anaknya itu dapat menghadapi ujian peperiksaan itu dengan lancar dan dipermudahkanNya.