
Isi Kandungan
ToggleMudah rupanya nak tanam Timun Jepun sendiri di laman rumah. Sebulan sahaja je tempohnya dan boleh dapat hasil untuk makan sendiri. Memang menjimatkan belanja dapur, tak perlu beli lagi Timun Jepun di kedai. Sedap di buat ulam makan begitu sahaja dan pastinya memamg segar.
Ikut cara dan tip tanam Timun Jepun yang dikongsikan oleh Kebun Tani boleh dijadikan panduan;
Hobi masa lapang tanam Timun Jepun.Start tanam 5/12, petik 6/1. Sebulan je ye.
Tip Tanaman:
- Saya menggunakan tanah hitam sawit.
- Polybag 24×24.
- 3 pokok satu polybag. Seeloknya 2 pokok dah cukup. Sebab daun terlalu rimbun.
- Awal tanam pakai baja organik. Boleh pakai baja tahi ayam atau baja kopi.
- Dah besar sikit pakai baja kimia 151515 or 161616.
- Dah start bunga pakai baja buah 121217 or 131321.
- Brand apa pon tak pa.Pokok lain pon boleh follow step di atas.
Progres Tanaman Timun Jepun:
Mula tanam 5/12. Menggunakan Polybag size 24×24, 3 pokok. Seeloknya 2 pokok.Time ni boleh letak baja organik. Tahi ayam atau pon baja kopi. Proses tumbesaran.
13/12 teruskan pakai baja organik atau boleh pakai baja kimia 151515 atau 161616. Letak sikit je jangan lebih. Nanti daun terbakar kalau lebih. Pakai seminggu sekali.
18/12. Pokok dah start naik. Boleh lilit ke atas.
30/12 pokok start keluar bunga terus pakai baja buah. Seeloknya seminggu sebelum tu dah tukar pakai baja buah. Baja buah 121217 or 131321. Brand apa pun tak apa.
30/12 Dah mula keluar buah.
5/1. Teruskan lagi pakai baja buah. Cuma jangan letak lebih. Buah dah besar boleh petik.
6/1 Dah petik. Alhamdulillah buah rangup. Memang sedap di makan dari timun biasa.
Total berat 1.3kg. Oklaa untuk makan sendiri. Masih banyak lagi buah kat pokok yang masih kecik.
Semoga Bermanfaat, Selamat mencuba!
Mesti Baca:Cara Mudah, Tip Lengkap Tanam TIMUN JEPUN Dalam Pasu!
Baca Lagi Di Sini:‘Oi Muchim’ Salad Timun Korea, Sedap Rangup Berjus Rasa Segar Mulut!
Artikel Menarik:Cara Alami Hilangkan Eye Bag, Guna Madu, Timun Dan Minyak Zaitun
Mingguan Wanita: Memang tak rugi berbudi pada tanah dan dijadikan hobi masa terluang. Boleh dapat hasilnya malah jimat belanja dapur bila tanam sendiri dan tak perlu beli.
Sumber: Kebun Tani
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Bila Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Ini Sebabnya!

Isi Kandungan
ToggleBagi mak-mak yang suka berkebun, perasan ada ketika pokok yang kita tanam dah berbunga namun putiknya gugur dan menjadi sebab ia tak jadi berbuah. Walaupun kita dah letak baja, cahaya matahari dan siram air secukupnya.
Sebenarnya cuba perhatikan dua faktor yang menjadi punca buah tak lekat seperti yang dikongsikan oleh Sepang FarmVil ini.
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/Bekas yang Kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
2. Semut Hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.
Boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Baca lagi disini:
Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!
Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!
MW: semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah pokok berbunga namun buah payah nak lekat, boleh pertimbangkan dua faktor ni.
Sumber: Sepang FarmVill
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senangnya Nak Transfer Duit Secara Percuma, Tak Ada Nombor Akaun Pun Lepas

Isi Kandungan
ToggleAsalkan ada nombor telefon individu yang bakal terima duit kita, sebenarnya sudah boleh buat transfer duit di bank. Tak perlu pun ada nombor akaun individu tu. Dan ianya percuma.
Ikut saja langkah demi langkah yang Bisnes Speaker, Nur Aliah Mohd Nor ini kongsikan. Cuma dengan menggunakan pemindahan wang, DuitNow dah boleh transfer duit dengan mudah.
Cara Transfer Duit Secara Percuma, Tak Perlu Nombor Akaun Bank
Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu ada cara paling mudah nak transfer duit ni iaitu menggunakan #DuitNow!
Sini Lia kongsikan apa itu DuitNow supaya kita semua boleh faham dan boleh mula guna dari sekarang.
DuitNow ni merupakan cara baru untuk membuat bayaran melalui NOMBOR TELEFON.
Proses pemindahan duit ini cepat, selamat dan percuma je.

Dan sebanyak 14 bank di Malaysia sokong dengan penggunaan DuitNow ni! Jadi boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia (rujuk pada gambar).
Kerajaan sekarang tengah usaha untuk ke arah ‘cashless’ dengan adanya DuitNow ni. Seperti dompet elektronik, e-wallet, boost.
Lepas ni tak perlu dah kita tanya nombor akaun bank orang sebab dengan nombor telefon je dah boleh transfer.
Ini Kelebihan DuitNow
+ Boleh transfer bila-bila masa
+ Tak perlu lagi reveal nombor akaun bank
+ Mudah transfer guna nombor telefon
+ Tak ada caj tersembunyi
+ Boleh transfer sehingga 100K untuk personal dan 100 juta untuk bisnes
“Jadi Lia nak kongsikan cara untuk kita transfer guna DuitNow ini di Maybank2u. Boleh lihat gambar-gambar di bawah ya.”
Panduan Transfer Duit Guna DuitNow

1. Log masuk ke Perbankan Internet bank anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia perkhidmatan yang terlibat.












Info Tambahan
√ Selain nombor telefon, nombor IC pon boleh guna juga untuk transfer. Tapi Lia tak galakkan guna nombor IC sebab private & confidential.
√ Penerima dapat duit di akaun bank mana? Macam mana nak tahu? Penerima akan dapat dekat bank yang dia register DuitNow. Biasanya CIMB dah tolong register kan.
MW : Haa.. senang sangat kan caranya. Lepas ini tak perlulah gigih nak tunggu nombor akaun baru nak transfer duit. Guna nombor telefon pun dah boleh lepas.
Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor, Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 25,000 orang dalam tu. https://t.me/nuraliahmohdnor
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mahathir Pantang Tengok Rambut Saya ‘Bulat’ Di Dahi, Mesti Dia Betul-Betulkan!” Allahu, Inilah #RelationshipGoals Sebenar!

Isi Kandungan
ToggleMalam tadi kita semua menjadi saksi peristiwa terpenting dalam sejarah negara. Kemenangan Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 menandakan ‘ayahanda dan bonda’ bakal kembali, sekaligus membuatkan ramai mak mak menarik nafas lega secara tiba-tiba.
Saya pun merasa excitement yang sama. Agak panjang doa saya menjelang Subuh tadi. Tak lupa saya kirimkan ummul kitab Al-Fatihah buat dua warga emas ini, kerna sayang pada mereka serasa macam ibu bapa kandung pula. Apabila melihat wajah Tun di kaca TV, rasa macam nak ‘throwback’ kenangan manis ni sebagai iktibar bersama.
Angin Putrajaya tiba-tiba sejuk walaupun matahari terik menggigit ubun-ubun. Hari tu saya tiba di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana dengan satu perasaan aneh. Entah bangga, atau berdebar, demi Allah saya tak tahu.
Itu perasaan paling indah untuk saya. Tanggal 14 Mac, dua tahun lepas. Sewaktu saya belum ditugaskan menerajui Mingguan Wanita dan masih berkhidmat untuk majalah Nona bagi melahirkan cover depan eksklusif bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sempena edisi Ramadan 2016.
Tugasan saya adalah menemu bual bonda Tun Siti, sementara Editor Nona iaitu Kiffy Razak bersama Tun Mahathir. Kesempatan hari kemenangan ini, izinkan saya mengimbau terowong memori, mengenang kembali kenangan bersemut itu dengan semua pembaca Mingguan Wanita yang disayangi.
Mereka Adalah #RelationshipGoals Kita
Kesempatan mendekati Tun Dr. Siti Hasmah secara one to one, sampai ke hujung nyawa pun akan terakam sebagai momen paling manis dalam kerjaya saya. Sifat keibuannya, jenaka spontannya serta ruang memori yang dikongsi secara peribadi benar-benar mencambah rasa kagum terhadap doktor wanita Melayu kedua di Malaysia itu.
62 tahun mendirikan rumah tangga di sisi Tun Dr. Mahathir Mohamad, bukan satu tempoh singkat. Ibarat irama biola yang digesek indah, lagu cinta mereka melayang sampai ke langit!
Sambil membetulkan duduk, pantas soalan tentang sikap suami tersayang diajukan kepada beliau. Tun Dr. Siti Hasmah kelihatan berfikir sejenak, barangkali jenuh mengenangkan pelbagai karakter lelaki yang didampinginya semenjak muda.
“Bagi saya, dia macam orang biasa jer. Seorang manusia yang ada perasaan sama macam kita semua. Ada masa-masanya dia tak mahu diganggu dan ada masa-masa juga, dia mahukan teman untuk berbual,” ujar wanita bijak itu yang kini menginjak usia 92 tahun.
“Nanti Orang Tak Faham Kita Melawak”
Sambung beliau lagi, sebenarnya Tun M akan berubah menjadi pendiam ketika dia ‘tenggelam’ dalam pemikiran. Khususnya tatkala mencari penyelesaian berkaitan sesuatu perkara. Tapi pada satu waktu yang lain pula, dia boleh berubah menjadi seorang yang penuh humor dan melucukan.
“Saya selalu pesan pada dia, janganlah lucu-lucu sangat takut orang tak faham kita sedang melawak. Bimbang nanti, orang salah tafsir kata-katanya.”
Ramai juga yang tidak tahu bahawa Tun M sebenarnya seorang suami yang sangat cerewet tentang penampilan si isteri. “Ya, bayangkan setiap kali kami keluar bersama, dari depan pintu rumah lagi dia akan tengok penampilan saya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Rambut palsu saya ni, dialah yang suka betul-betulkan dan dia pantang kalau nampak ‘bulat’ sangat di dahi. Mesti akan dirapikan supaya nampak natural,” akui Tun Dr. Siti Hasmah sambil tertawa kecil.
Tun M juga seorang yang sangat teliti tentang soal pakaian. Jarang sekali Tun Dr. Siti Hasmah dapat menata rias penampilan si suami biarpun pernah mencubanya berkali-kali.
“Bukan saya tak mahu tolong dia! Tapi selalu yang saya pilih, tak kena di matanya. Pernah beberapa kali saya cuba suai padankan baju untuk dipakai tapi setiap kali itu jugalah dia tak setuju. Akhirnya, dia pilih sendiri baju yang dimahukan,” akui Tun Dr. Siti Hasmah terhadap imej Tun M yang gemar bersut nehru atau bush jacket itu.
“Orang Tak Tanya Harga Perhiasan Mutiara”
Gaya klasik Tun Dr. Siti Hasmah dalam busana kurung dan perhiasan kalung mutiara tidak dapat dipisahkan. Sambil tertawa, beliau mengakui senang bersederhana dalam penampilannya.
“Saya suka pakai mutiara kerana orang tak berani tanya berapa harganya. It is the most classic piece of jewelry that a woman can own. Zaman dulu-dulu pernah juga pakai perhiasan emas berlian yang Mak bagi, tapi susah pula nak padankan dengan baju. Semenjak itu cinta saya berkembang pada mutiara.”
Cerita tentang anting-anting ketip Tun Siti juga memecah derai tawa kami. Hampir berlinang air mata penulis menahan gelak. “Dulu semasa memakai anting-anting biasa, seseorang menegur saya kerana anting-anting sebelah kiri nampak nak jatuh.
Mungkin zaman bidan kampung dulu-dulu menindik cara tradisional, maka jadilah lubang tindik itu semakin panjang bila berusia. Sebelum ia jadi semakin panjang, lebih baiklah saya berhenti sekarang dan pakai saja yang ketip,” selorohnya bersahaja.
Jarang Dapat Jenguk Anak-Anak
Bercerita lanjut tentang keakraban pasangan ini, jujurnya ia satu lagi episod paling menarik untuk saya gaulkan dalam penulisan. Namun satu yang pasti, kebahagiaan itu milik mereka. “Kami sekeluarga jarang berkumpul. Anak Marina di London, manakala keempat-empat anak Mirzan di Amerika Syarikat. Ini jam kalau apa-apa terjadi pada anak, ibu bapa mereka terus ke sana walaupun terpaksa mengejar penerbangan di tengah malam.
Berbeza pada zaman saya, kami jarang sekali dapat jenguk anak-anak yang belajar di luar negara. Lebih-lebih lagi suami bertugas sebagai Perdana Menteri pada waktu itu. Kami sekadar berkomunikasi melalui Aerogram.
Saya teringat cerita Mastisa, menantu saya, tentang anaknya yang merayu minta si ibu tulis surat. Katanya dia pelik kenapa kawan-kawan selalu berlari ke ‘suatu tempat’ pada setiap pagi. Rupa-rupanya ke tempat mailbox. Masing-masing menunggu surat daripada keluarga padahal cucu saya ber-Skype dengan keluarganya sepanjang masa. Jadi saya cakap, saya sendiri mahu hantar surat bertulisan tangan pada cucu itu,” cerita beliau sambil tersenyum.
“Dalam keluarga, kami tak amalkan favoritism langsung. Kasih sayang kami sama rata untuk semua anak-anak, menantu dan cucu. Saya selalu berpesan, jagalah silaturahim dengan sebaik-baiknya. Sentiasa pelihara hubungan antara suami isteri dan adik-beradik. Penuhkan hidup ini dengan kasih sayang, insyaAllah terjamin kebahagiaan,” ucap Tun Dr. Siti Hasmah.
“Saya Tahu Orang Sayang Pada Dia”
Sanjungan penulis terhadap Tun Dr. Siti Hasmah tumbuh sejak zaman persekolahan lagi. Beliau mendukung karakter seorang isteri pemimpin yang sebenar, yang sentiasa menyokong jatuh bangun kerjaya suami tanpa jemu. She is beside him, she is with him, not behind him.
“Saya sentiasa memberi sokongan penuh tapi saya tak mahu bersaing dengannya. Apabila kami walkabout ke mana-mana, selalunya orang akan nampak Tun M saja. Tak nampak saya. Saya pasti akan ke belakang bagi memberi peluang rakyat berjumpa dengannya.”
Tun tak cemburu? Soal saya penuh tanda tanya. “Saya tak jealous. Saya tahu orang sayang pada dia dan dia pun tahu bagaimana perasaan orang-orang yang sayangkan dia. Dia pernah bersuara, selagi orang suka dan mahu jumpa kita, kita layanlah dengan mesra. Yang perlu kita risau ialah apabila orang dah tak mahu berjumpa lagi,” akui beliau dengan suara perlahan.
Biarpun jarang mempamerkan kasih sayang di depan masyarakat, namun seluruh rakyat Malaysia tahu betapa dalamnya cinta pasangan merpati dua sejoli itu. Kesetiaan Tun M terhadap Tun Dr. Siti Hasmah adalah bukti bahawa cinta sejati sememangnya wujud, malah mampu bertahan kukuh sehingga ke penghujung hayat.
Saat wanita ini menceritakan karakter Tun M yang amat peribadi, hati penulis bagai tersentuh rasa percaya.
“Dalam motokar, dia pegang tangan saya. Pegangan tangan itu akan dileraikan apabila kami melintasi tol dan jari-jemari akan kembali bertaut selepas itu. Suami juga tak gemar kami berpakaian sedondon seperti pasangan lain. Bukan sahaja sewaktu menghadiri undangan perkahwinan, malah pada hari raya pun pakaian kami berlainan,” ulasnya.
“Saya juga seorang rakyat Malaysia. Istimewanya cuma Allah jumpakan saya dengan Dr. Mahathir yang akhirnya menjadi Perdana Menteri. Saya kagum melihat bakat dia berucap. Dia selalu ada idea tentang apa sahaja. Saya fikir kerana suami sangat suka membaca tentang pelbagai buku. Buku-buku adalah sebahagian daripada dunianya.
Dia membaca buku biografi, sejarah, sains, agama malah macam-macam lagi. Tidak cukup membaca, dia menulis pula. Tentang segala-galanya. Bagi saya, ilham yang Allah selalu beri kepadanya amat mengagumkan. Dia boleh bercakap tentang pelbagai perkara kerana sentiasa mengaktifkan fikiran dengan membaca pada setiap masa,” akhiri Tun Dr. Siti Hasmah berterus-terang.
Begitulah antara intipati perkongsian yang saya tulis dalam majalah Nona edisi Jun 2016 lalu. Sesungguhnya keseluruhan isinya adalah lebih panjang dan menyentuh hati, tapi cukuplah kali ni kita sentuh tentang kisah bonda seorang. Boleh baca versi penuh dalam majalah Nona, ada amanat Tun dan anakanda Datin Paduka Marina Mahathir yang lebih padu. Sehingga kita berjumpa lagi!
Salam sayang dari Editor Mingguan Wanita,
Norzalina Mohd Alias
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI