Ada caranya untuk pastikan pokok kacang botol yang ditanam meriah merimbun hasilnya. Medium tanaman sebaiknya gunakan cocopeat terpakai supaya hasilnya lebih bagus. Kacang botol ni selalunya sedap dijadikan ulam, kerabu, urap mahupun ditumis begitu sahaja.Memang puas hati bila tanam sendiri, lebih jimat, malah bebas daripada sebarang racun serangga.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Izam Ijamini sebagai panduan;
Sedikit tips tanaman kacang botol @ cipir @ kacang kelisa. Gunakan polibeg besar saiz 20×22 atau 20×20 pun boleh.
Cara-Caranya:
1.Isi cocopeat penuh dan padatkan.Gunakan cocopeat terpakai lagi bagus.
2.Semai dulu benih kacang botol dalam tray semaian.
3.Basahkan sabut dengan air baja kemudian tanam anak benih 2 pokok satu polibeg.
4.Siram baja ab BME plus yang cukup unsurnya 2.0 ec 3-4 hari sekali sehingga basah. Hari lain gunakan air kosong sahaja.
Jika terlampau gemuk kurangkan sedikit bajanya
Kawal serangga terutama ulat dengan kawalan organik propester.
Ads
Jika usia pokok sudah mencapai 6 bulan ..semai 2 biji lagi kacang botol di dalam polibeg sebelah pangkal pokok.
Kalau ditanya, rata-rata mesti memilih burger tepi jalan lagi sedap berbanding yang fastfood. Walaupun tak semua sependapat dan ia bergantung pada citarasa masing-masing pun.
Apa sedapnya burger tepi jalan ini. Kalau nak dikatakan harga, rasanya memang berbaloi sebab bahan -bahan yang ada dalam burger tu mewah. Paling penting segar-segar lagi dengn hirisan kobis, timun, bawang dan sebagainya.
Pernah tak mak-mak buat kat rumah? Rasanya mesti tak berapa nak menjadi macam burger tepi jalan kan, walaupun dah guna bahan yang sama. Kali ini abang peniaga burger kongsi tip nak masak burger kat rumah, sama macam beli kat kedai.
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat Daging
Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.
2. Jangan Tekan
Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar. Sebab daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak planta sikit, sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.
3. Letak Perasa
Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Lepas tu, letak la seasoning. Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.
4. Letak Air Bawang Putih
Ayaq bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja. Masukkan dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.
5. Api Sederhana
Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti Sapu Planta
Pastikan roti tu letak planta bagi penuh, tak yah dok sep sangat dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.
7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis
Sayur tu ikut la, selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la. Tapi agak mahal skit.
8. Jenis Sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson. Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Sebab tu kebab depa sedap.
9. Mayonis
Mayo pulak paling best pakai nelly. Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.
10. Keju
Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa. Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap sikit. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasaq, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.
12. Susunan Lapisan Burger
Akhir sekali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan. Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Kita jual macam mana kita suka makan, baru prang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap. Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.
Semoga bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.
Mingguan Wanita : Baru tahu, patutlah berbeza rasa dengan kita buat kat rumah. Lepas ni, ikut tip ini barulah macam beli kat kedai.
Rupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.
Rupanya ada cara dan tip untuk buat kuih ‘Cek Mek Molek’ yang jelita, cantik kulitnya dan tak pecah keluar air gula. Bukan apa jika salah teknik dan caranya, kuih ni mudah pecah dalam kuali dan air gulanya terkeluar.
Kuih Cek Mek Molek ini sangat popular di negeri-negeri pantai timur. Diperbuat daripada keledek, tepung dan gula. Memang sedap makan panas-panas lepas digoreng, lagi-lagi bila buat sendiri.
Tips rahsia kejelitaan Cek Mek.
Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(*bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).
Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.
*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.
*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.
**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sabab manis sangat.
Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak buat Kuih ‘Cek Mek Molek’ yang jelita, cantik tak pecah keluar air gula.Boleh lah cuba buat sendiri ‘Cek Mek Molek’ nanti di rumah.