Budaya viral ini kalau salah bawa memang menakutkan dan beri kesan yang tak kurang negatif pada individu yang diviralkan. Kadangkala ia juga melumpuhkan emosi seseorang dengan kronik.
Kata Prof Madya Dr. Haji Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), sebenarnya budaya viral mula sejak dulu lagi, namanya bawa mulut.
“Akan ada watak mulut murai atau sinonim dengan nama ‘joyah’ yang jadi tukang bawa cerita ke merata ceruk kampung untuk tujuan viral.
“Hari ini, viral menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi yang pantas dan terbuka tanpa sempadan.”
Viral ini boleh jadi bawa cerita jahat, fitnah ataupun perkara baik.
Promosi sesuatu perkara ataupun perniagaan kita juga adalah termasuk budaya viral.
“Pada saya, agak sukar untuk menghentikan budaya viral sebab fitrah manusia sukakan berita atau cerita yang menarik perhatian dan barangkali menghiburkan.
“Apa yang boleh dibuat ialah, gunakan fitrah manusia yang sukakan viral itu dengan menyediakan berita dan cerita yang baik-baik dalam bentuk yang menarik supaya mudah diviralkan untuk manfaat ramai.”
Kategori Orang Yang Suka Viral, Kena Tahu Ini
1. Dengan niat untuk tujuan jahat. Mereka jadikan viral untuk tujuan kepentingan peribadi dan tidak mengambil kira kesan negatif yang timbul.
Ads
2. Mereka bertujuan baik tetapi tidak bijak mengurus maklumat yang benar-benar betul dan bermanfaat.
3. Seseorang yang menjadikan kerja-kerja viral untuk mencari publisiti dan perhatian orang ramai. Mereka tidak kisah sama ada maklumat yang diviralkan betul atau salah, tetapi tujuan utamanya adalah untuk menonjolkan dirinya.
Anda tentu tahu mahu berada dalam kategori mana jika mahu berkongsi cerita-cerita di media sosial. Paling penting adalah setiap individu itu bertanggungjawab terhadap maklumat yang kita cari ataupun yang diberikan.
Dalam buku tulisan beliau bertajuk Perspektif Sains Komunikasi dan Teknologi Maklumat menjelaskan penting untuk seseorang individu itu beretika dalam pencarian maklumat.
“Misalnya murid yang mencari maklumat dan sebagai guru yang mursyid dalam menyediakan maklumat.”
Ads
Ajaran Islam menjelaskan agar individu hanya mencari dan menyebarkan ilmu atau maklumat yang sahih dari sumbernya. Dan bermandaat saja serta sumbernya diiktiraf (autoritatif)
Belajar Tahan Diri, Jangan Cepat Sangat Nak Viralkan Satu Satu Berita
Walaupun teknologi, media dan instrumen dalam kehidupan manusia semakin berubah tetapi falsafah hukum dalam Islam adalah tetap.
Menyebarkan perkara keaiban orang untuk diketahui oleh orang lain, adalah salah.
Apatah lagi, menyebarkan fitnah tetap salah walaupun dengan penggunaan media ataupun tulisan.
Begitu juga menyebarkan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah dan perpecahan juga adalah salah dan dilarang dalam Islam.
Tidak ada orang lain yang boleh mengubah kita, kecuali kita sendiri.
Mulakan dengan diri sendiri supaya tidak menyebarkan viral dan tidak menggunakan berita viral secara membuta tuli.
Kalaulah setiap rakyat Malaysia memulakan, barangkali media sosial akan hanya tinggal berkongsi perkara atau berita yang baik-baik sahaja.
Ads
“Pada saya, viralkan promosi perniagaan adalah sesuatu yang sangat baik. Setiap perniagaan memerlukan hebahan berita kepada pelanggan atau orang ramai tentang produk yang dijual dan viral adalah salah satu kaedah yang efektif.”
Persoalan yang timbul adalah apabila promosi yang menipu dan keterlaluan mengganggu orang ramai, ini akan menjadi viral yang negatif.
“Budaya viral akan berterusan kerana ia adalah keperluan dan fitrah dalam kehidupan manusia.
Namun trend aplikasi dan instrumen teknologi mungkin akan berubah. Evolusi aplikasi media sosial juga sudahpun melalui peralihan dan berubah dari masa ke semasa.
Viral dulu menerusi van dengan pembesar suara, akhbar, poster, flyer, televisyen, website, blog sehinggalah kepada Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain yang lebih pantas.
Budaya viral akan terus relevan tetapi tugas kita adalah menjadi generasi manusia yang semakin berperadaban dan menguruskan teknologi untuk kebaikan semua.
Kupasan Isu : Norhayati Suboh & Shahrina Azlin Abdullah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
[ Video] Hati abam bomba viral sudah dimiliki, di rumah auto jadi bapak-bapak. Saham anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia meningkat tinggi selepas aksi mereka menayangkan otot sasa ketika perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 yang lalu.
Bahkan cerita mengenai abang-abang bomba ini terus menarik minat ramai gadis untuk mengetahuinya siapa mereka ini.
Satu perkongsian dari @tyqaheykaa aksi suaminya mendukung anak menarik perhatian ramai hingga videonya mencatat jumlah tontonan 3.4 juta sejak dimuat naik sejak semalam. Tambah pula, suaminya antara anggota bomba yang menarik perhatian ramai kerana menayangkan otot bisep mereka.
Jelas tyqahaykaa, di rumah suaminya auto sama seperti bapak-bapak lain yang akan bersama-sama menolong mengasuh anak. Bahkan katanya aksi posing di atas kenderaan bomba itu adalah atas arahan. Di rumah tak ada posing-posing begini,” katanya sambil meletakkan emoji ketawa.
Dalam pada itu dirinya memaklumkan, dirinya suka menonton perarakan melibatkan anggota tentera tapi sebaliknya anggota bomba yang menjadi viral.”Aghh ghisau”, tulisnya sambil ketawa.
Tapi apa yang menariknya, walau menyedari wajah-wajah anggota kacak bomba ini menjadi carian, dirinya masih cool.
Ramai menyifatkan dirinya pemenang kerana tidak terasa hati apabila ramai gadis-gadis membuat carian siapa angggota terlibat perarakan kerana terpesona dengan tubuh sasa anggota keselamatan ini.
Kata mereka, walau ramai crush pada suaminya tapi dirinya tetap cool.
Bahkan dirinya sporting melayan komen sambil membuat jenaka agar tidak bosan.
Apa pun pekerjaan kita, seorang suami yang baik juga akan sentiasa meringankan beban tugasan rumah seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membantu tugasan isteri kesayanga nnya, Saidatina Aisyah.
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada al-Aswad RA, beliau bertanya kepada Saidatina Aishah RA: “Apakah yang Nabi SAW lakukan ketika berada bersama keluarganya?” Aishah menjawab: “Rasulullah SAW biasa membantu pekerjaan keluarganya di rumah. Jika tiba waktu solat, beliau berdiri dan segera menuju solat.” (HR Bukhari).
Apa pun, alam rumahtangga banyak ujian tapi paling penting ialah kesetiaan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pandangan umum bagi wanita untuk menjadi supermodel, haruslah memiliki pakej lengkap iaitu sempurna keadaan fizikalnya, memiliki ketinggian yang sewajarnya serta bertubuh badan langsing.
Namun siapa sangka, ketidaksempurnaan fizikal iaitu dilahirkan dengan kudung tangan kiri merupakan satu kelebihan buat Kelly Knox, 38, apabila mampu menjadi model rebutan jenama antarabangsa.Wanita ini mampu menjadi cantik dengan cara tersendiri.
Knox yang dilahirkan tanpa lengan kiri menjadi popular selepas menjuarai program Badan Penyiaran British (BBC) iaitu Britain’s Missing Top Model pada tahun 2008.Pada mulanya Knox tidak mahu menjadi seorang model. Dia menyertai pertandingan tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi pada orang-orang yang memiliki kekurangan seperti dirinya.Namun akhirnya jatuh cinta dengan dunia modelling ini.
Knox kini telah hampir 14 tahun melibatkan diri dalam bidang modelling dan sebaris dengan supermodel antarabangsa lain seperti Kate Moss, Gisele Bundchen, Adriana Lima, dan lain-lain.
Kehadiran model berstatus orang kelainan upaya (OKU) ini, kian mampu membuka mata jenama antarabangsa dalam menggayakan produk mereka. Antara projek terbaru Kelly Knox adalah menggayakan pakaian dari gedung peruncit fesyen mampu milik, Primark. Lantaran memilih Knox menjadi modelnya, Primark menerima beratus-ratus komen positif dan pujian berhubung kempen terbaharunya yang memaparkan seorang model berstatus orang kelainan upaya (OKU).
Kempen menerusi laman Instagram itu memaparkan model Knox memakai baju sejuk berwarna kuning dan skirt cetakan corak harimau bintang. Paparan menerusi laman media sosial gedung berkenaan menerima hampir 97,000 ‘Likes’ dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Primark mempunyai seramai 5.9 juta pengikut.
“Terima kasih kerana menunjukkan kepelbagaian model. Jenama-jenama lain harus mencontohi anda,” kata seorang pengguna Instagram.
Seorang OKU meninggalkan komen: “Terima kasih Primark. Saya juga model OKU dengan kerusi roda yang cuba membawa kepelbagaian kerana ia satu misi penting.
“Ini adalah cara sebenar yang harus dilakukan semua jenama pakaian lain. Setiap insan berbeza bentuk (anggota badan) dan saiz. Teruskan usaha terbaik ini,” kata netizen lain.
Jadi buat wanita lain yang merasakan diri tidak sempurna dari segi fizikal, jangan mudah rasa rendah diri.Setiap wanita adalah cantik dan ‘sempurna’ dengan cara yang tersendiri. Jadikan kisah Kelly Knox ini sebagai satu kisah inspirasi. Siapa sangka kekurangan yang ada merupakan satu kelebihan dalam diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita penting buat bakal-bakal jemaah haji dan ahli keluarga yang akan menghantar para jemaah ke tanah suci, penerbangan pertama jemaah haji 1439H/2018 dijadual berlepas dari tanah air ke tanah suci pada 14 Julai ini, manakala penerbangan terakhir pada 14 Ogos.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata ia membabitkan lapan lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Katanya, kuota haji bagi tahun ini masih kekal seperti tahun lalu iaitu 30,200 jemaah.
Beliau menjelaskan bagi operasi haji tahun ini sebanyak 81 penerbangan sewa khas digunakan membabitkan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad dan 41 pesawat Flynas.
“Penerbangan balik bermula 29 Ogos sehingga 25 September ini,” katanya pada Sesi Taklimat Operasi Haji 1439H/2018 di Movenpick Hotel and Convention Center, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH merangkap Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Selain itu, katanya buat pertama kalinya bagi tahun ini, jemaah haji dari Lembah Klang dan kawasan sekitarnya akan berlepas dari Kompleks TH Sepang yang sebelum ini dilakukan dari Kompleks TH Kelana Jaya.
Semoga para bakal jemaah haji, mengambil tahu setiap perkembangan yang dilaporkan, bagi memudahkan segala urusan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...