Tak Tahan Bertengkar Dengan Isteri, Anggota Polis Cabut Nyawa Sendiri

Share

Bila seseorang dihimpit masalah kewangan, penderitaannya bukan main-main. Boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Itulah yang berlaku ada seorang anggota polis yang nekad mencabut nyawanya sendiri dengan senjata api.

Seksanya masalah kewangan yang dihadapi hingga terjadinya pertengkaran dengan isteri. Dan akibat gagal mengawal tekanan emosi pertengkaran, tragedi berdarah terpaksa disaksikan sendiri oleh rakan.

Anggota polis berusia 48 tahun, berpangkat Lans Koperal ini dikatakan bertengkar dengan isteri kira-kira jam 11 malam. Ianya berkait dengan masalah kewangan yang dihadapinya.

Mangsa yang bertugas dari syif 1 hingga 8 pagi kemudiannya pergi ke stor senjata api dan mengambil selaras senjata api jenis HK MP5.

Mangsa yang membawa senjata api itu tiba di pintu Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada tengah malamnya.

Anggota Polis Ini Pernah Digantung Tugas

Sebaik tiba di pintu pejabat itulah, dia telah mengacukan senjata api tersebut kepada seorang rakan.

Mangsa kemudiannya meletakkan senjata api di bawah dagunya dan melepaskan tembakan kepada diri sendiri. Tragisnya mangsa rebah, tidak sedarkan diri dan tubuhnya berlumuran darah. Riwayatnya tamat di situ.

Khabarnya juga, lelaki terbabit pernah dikenakan tindakan tatatertib dan digantung bertugas sejak 9 Ogos tahun lalu dan berakhir pada 27 Januari yang lepas. Sebelum kembali semula bertugas pada 28 Januari 2019.

Mayatnya sudahpun dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Rentetan daripada kejadian ini juga, ada sesetengah netizen mencadangkan agar kerajaan menaikkan gaji anggota polis agar gejala rasuah dapat dikurangkan.

Begitulah dahsyatnya tekanan emosi yang dicampur dengan masalah kewangan. Ia bukan perkara main-main. Jika tidak kuat untuk menghadapinya, boleh Berakhir dengan kehilangan nyawa.

Dahsyatnya Tekanan Emosi Yang Dicampur Beban Kewangan

Pesan MW, sekiranya anda ada tanda-tanda tekanan yang tak dapat dibendung segeralah minta bantuan. Cari dulu orang terdekat dengan anda yang boleh anda percayai. Mak ayah, adik-beradik, saudara mara mahupun teman baik.

Bila dah tak boleh juga dibendung, dapatkanlah rawatan daripada pakar. Baik kaunselor mahupun psikiatris. Tentunya mereka tak lokek mahu membantu anda. Kerana nyawa kita ini cuma satu saja, tiada dua apatah lagi lapan.

Sumber/Foto : Harian Metro

IKLAN