Tak Susah Mana Nak Buat Daging Burger Sendiri, Simpan Tempat Beku Boleh Tahan 3 Minggu!

Share

Rupanya tak susah mana nak buat daging burger sendiri. Banyak kelebihannya bila mak-mak  buat sendiri dirumah. Kebersihan terjamin, tanpa bahan pengawet, jimat dan pastinya lebih puas hati. Kalau anak-anak suka jenis makan burger, resipi ini memang wajib dicuba! Menurut perkongsian Zamzuri Abd Malik

, daging burger yang dibuat sendiri ini mampu bertahan sehingga 3 minggu jika disimpan ditempat beku.Jadi senanglah, bila-bila teringin nak makan, keluarkan dari peti sejuk, biarkan seketika dan boleh terus digoreng.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Abang memang suka makan burger. Dulu-dulu bila balik tengah malam mesti singgah tepi jalan dan beli. Sampai satu hari tu terfikir. Daging burger tu mesti boleh buat sendiri.”

“Jadi abang pun cuba. Tak susah mana rupanya. Boleh simpan tempat beku tu tahan 3 minggu.Daging 600 gram tu boleh dapat 6 ketul.”

Bahan-Bahan:

600 gram Daging kisar
2 biji Telur
Serbuk Lada hitam
Bawang besar
Bawang putih
Parsley
Oregano
Paprika
Minyak Zaitun

Cara Membuat:

1.Masukkan daging dalam bekas berkilat. Tak kilat tak best tau.

2.Masukkan bawang-bawangan. Makcik bawang tak payah masuk.

3.Masukkan parsley, mint, oregano dan lada hitam.

4.Pecahkan 2 biji telur. Masukkan juga sedikit minyak zaitun. Kasi gaul rata.

5.Abang gunakan bekas telur yang selalu orang guna buat benjo di gerai burger. Ni kira macam acuan dia. Elok ikut ketebalan daging yang abang nak.

Tadaaaaa!

6.Abang gunakan bekas daging tadi. Lapik dengan aluminium foil. Bila-bila nak makan keluarkan, biar sekejap dan campak dalam kuali.

Bila-bila pun boleh makan. Hoyeaah!

Selamat Mencuba!

Sumber:Zamzuri Abd Malik

IKLAN