Siapa sangka… di sebalik nama “Aminah Mahmood” yang tertera di senarai peserta Pertandingan Masakan Acar Buah, rupanya ia milik Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pertandingan yang diadakan sempena Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran itu menyaksikan 11 hidangan acar buah dinilai oleh barisan juri. Salah seorang juri utama, Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang juga bekas guru masakan KEMAS berkongsi rasa terkejut dan bangga saat mengetahui bahawa juara pertandingan itu adalah air tangan diraja.
“Saya terkesima. Masa nama diumumkan, kami semua sangka beliau hanyalah peserta biasa. Tapi bila Baginda sendiri bangun ambil hadiah… terus semua terpaku. Kami memang tak tahu langsung itu air tangan Baginda,” katanya.
Menurut Hajah Siti Rokiah, juri tertarik bukan hanya pada rasa semata-mata, tetapi juga keseimbangan bahan, teknik penyediaan dan sentuhan tradisi yang terserlah dalam setiap suapan.
“Kuah dia tak berminyak, rasa buah dan rempah ratus seimbang. Ini acar buah yang betul-betul cukup syarat — bukan sahaja sedap, tapi sempurna. Jarang sangat saya jumpa acar buah dengan rasa begini sepanjang 39 tahun saya jadi juri pertandingan,” katanya lagi.
Baginda yang menggunakan nama samaran “Aminah Mahmood” dilihat rendah diri dan tidak mahu meraih kelebihan sebagai Tengku Ampuan. Semua peserta diberi syarat sama, perlu menyediakan hidangan siap dari rumah tanpa bantuan profesional, dan tiada sesi masakan langsung di lokasi.
Ads
Baginda hadir mencemar duli ke karnival selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak, sambil turut ditemani YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Wanita hari ini memikul pelbagai tanggungjawab — isteri, ibu, anak, pekerja, dan masih mahu tampil segar dan yakin. EE Clinic hadir untuk memenuhi keperluan ini dengan pendekatan peribadi dan profesional, menjadikan rawatan estetik sebagai pengalaman menyenangkan dan menyentuh keperluan sebenar wanita.
Menurut Dr. Ee Care Ling, pengasas EE Clinic, pembukaan di Ampang adalah langkah yang tepat untuk memberikan akses lebih mudah kepada wanita-wanita bandar yang mahukan penjagaan estetik berkualiti tinggi, tanpa kompromi dari segi keselamatan dan hasil.
“Dengan setiap usaha besar datang kepakaran yang lebih besar.” Itulah prinsip yang dipegang teguh oleh Dr. Ee Care Ling, pengasas EE Clinic, sebuah nama yang semakin gah dalam dunia estetik di Malaysia.
Di sebalik jenama yang dipercayai ramai wanita hari ini, berdiri seorang wanita hebat, berkarisma dan penuh dedikasi dalam memastikan setiap individu yang melangkah masuk ke kliniknya, keluar dengan keyakinan yang baharu.
Berasal dari latar belakang perubatan yang kukuh, Dr. Ee memperoleh Ijazah Kedoktoran (M.D) dari KSMU, Russia, dan melanjutkan pengkhususan dalam bidang estetik di American Academy of Aesthetic Medicine (USA).
Beliau turut memegang Diploma Profesional dalam Dermatologi Am dari Bond University, Australia, serta diiktiraf sepenuhnya sebagai doktor bertauliah LCP (Letter of Credentialing and Privileging) dalam bidang estetik.
Lebih mengagumkan, beliau merupakan Ahli Persatuan Perubatan Estetik Malaysia dan Ahli Sepanjang Hayat Persatuan Anti-Penuaan dan Estetik Malaysia, bukti bahawa penglibatan beliau dalam dunia estetik bukan sekadar minat, tetapi satu panggilan jiwa.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang estetik, Dr. Ee tidak hanya memberikan rawatan, tetapi membina hubungan kepercayaan bersama setiap pelanggan. Beliau dikenali dengan sikap perhatian terhadap perincian, sentuhan yang lembut namun tegas, serta keyakinan dalam menyerlahkan keindahan semula jadi setiap individu.
Beliau percaya bahawa estetik bukan tentang mengubah, tetapi menyempurnakan apa yang sudah sedia ada dalam diri wanita untuk mereka merasa yakin, cantik dan lebih mencintai diri sendiri.
Di EE Clinic Ampang, anda boleh memilih rawatan mengikut keperluan dan fasa kehidupan — sama ada anda mahu tampil segar selepas bersalin, kekal muda di usia 40-an, atau bersedia untuk majlis istimewa:
✨ Ellansé – “Biar awet muda dari dalam.” Rawatan kolagen biostimulator ini sangat sesuai untuk wanita yang ingin kelihatan segar dan berwajah ‘angkat’ semula jadi tanpa pembedahan.
✨ PicoSure Laser – “Untuk wanita aktif yang inginkan kulit cerah tanpa ‘down time’.” Menghilangkan pigmentasi, melicinkan kulit dan mencerahkan wajah dengan pantas.
✨ HydraFacial – “Rawatan ekspres tapi berkesan.” Sesuai untuk wanita sibuk, rawatan ini melembapkan dan membersihkan kulit secara mendalam — menjadikan wajah berseri bagaikan kulit kaca.
✨ ONDA – “Bentuk badan impian tanpa perlu berkorban rasa sakit.” Alternatif mesra wanita untuk menghilangkan lemak dan selulit — tanpa pembedahan atau waktu pemulihan.
Dr. Ee Care Ling ialah simbol wanita moden yang bukan sahaja berjaya membina empayar perubatan estetik berprestij, malah kekal membumi dan memahami keperluan wanita hari ini, dari remaja hingga ke wanita matang. Beliau percaya bahawa setiap wanita berhak untuk kelihatan dan merasa cantik, tanpa rasa bersalah atau takut dihakimi.
Setiap rawatan di EE Clinic dimulakan dengan sesi konsultasi yang teliti. Mendengar keperluan anda, meneliti jenis kulit dan mencadangkan pelan rawatan yang paling sesuai. Ini bukan sekadar rawatan luaran, tetapi satu pendekatan holistik dan menyeluruh untuk membantu wanita berasa cantik dari luar dan dalam.
Dengan pasukan doktor bertauliah LCP dan pakar estetik berpengalaman, anda boleh menjalani rawatan dengan tenang dan yakin — sesuatu yang sangat penting untuk wanita, lebih-lebih lagi bila melibatkan wajah dan badan.
Seorang suri rumah yang sepatutnya menjadi pelindung rumahtangga bertukar menjadi duri dalam daging apabila didapati berpakat merompak rumahnya sendiri, semata-mata untuk melunaskan hutang. Lebih menyayat hati, barangan yang dicuri adalah milik ibu mentuanya sendiri!
Kejadian berlaku di Felda Chini Timur 1, Pahang, pada malam 20 Mac lalu, namun ‘lakonan’ mangsa terbongkar apabila polis mendedahkan bahawa insiden samun itu sebenarnya dirancang rapi oleh menantu sendiri bersama sekumpulan empat individu lain.
Lakonan Mangsa, Sebenarnya Dalang
Memetik laporan Berita Harian, Pada awalnya, wanita berusia 30-an itu tampil membuat laporan mendakwa rumahnya dipecah masuk oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau ketika dia sedang tidur bersama dua anak dan ibu mentuanya. Katanya, kerugian mencecah RM12,000 termasuk dua telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangan milik mentuanya.
Namun, siasatan mendalam oleh pihak polis menemui petunjuk mencurigakan. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin memaklumkan bahawa lakonan si menantu ini terbongkar apabila siasatan mendapati dia sendiri merancang rompakan itu bersama suspek lain.
Apa yang lebih mengejutkan, barangan kemas yang ‘disamun’ itu telah dijual oleh suspek untuk membayar hutang along. Polis turut menahan lima lagi individu berusia 27 hingga 36 tahun yang terlibat dalam rancangan tersebut. Empat daripada mereka dikesan positif syabu dan memiliki rekod jenayah lampau.
Lebih memilukan, kejadian itu berlaku di depan dua anak kecil serta ibu mentuanya yang dipercayai turut trauma dengan kejadian itu. Wanita itu bukan sahaja menggadaikan kepercayaan keluarga, malah membahayakan nyawa anak-anak dan orang tuanya sendiri, hanya kerana mahu melunaskan hutang dengan cara mudah.
Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan — iaitu melakukan samun berkumpulan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Bertemakan “Nang Champiyen, Nang Legend”, konsert MeleTOP TVS berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya, pentas mega itu dibawa keluar dari Lembah Klang dan Miri, Sarawak dipilih sebagai lokasi pertama!
Dalam sambutan penuh warna, emosi dan kebanggaan, ribuan penonton membanjiri Stadium Tertutup Miri untuk menyaksikan persembahan artis-artis tersohor tanah air termasuk Dayang Nurfaizah, Stacy, Mimifly, Dolla dan ramai lagi, dalam acara yang menjadi bukti kehebatan anak seni wanita Borneo di persada hiburan nasional.
Konsert yang disiarkan secara langsung oleh gabungan gergasi hiburan Astro dan TVS itu benar-benar meraikan wanita. Antara momen paling menyentuh ialah apabila Dayang Nurfaizah ikon Sarawak yang sentiasa membanggakan dianugerahkan “Anugerah Khas Borneo MeleTOP”, sebagai penghargaan terhadap pencapaiannya mengharumkan nama negeri dan tanah kelahirannya.
“Anugerah ini bukan hanya untuk saya. Ia milik semua wanita Borneo yang bangkit dan berjuang dalam dunia mereka sendiri,” ujar Dayang dengan nada rendah diri namun sarat makna.
Antara persembahan paling bertenaga malam itu termasuk gandingan Mimifly dan Stacy dengan lagu-lagu ‘panas’ seperti Abracadabra, Menyala dan Angkat. Penonton berdiri dan menari bersama, meraikan kuasa wanita dalam muzik yang membakar semangat.
Tidak ketinggalan, Wani Kayrie, bintang muda penuh pesona, mencuri tumpuan bersama Noki menerusi Original Sabahan dan Not Like Us lagu-lagu yang mencerminkan identiti dan kebanggaan anak jati Borneo.
Turut menghangatkan malam ialah kemunculan Marsha Milan, Nadeera dan Hairee Francis yang terus mengangkat bakat tempatan Sabah dan Sarawak ke pentas utama.
Kolaborasi Dayang dan Hael Husaini menerusi lagu Haram menjadi kemuncak malam. Lagu balada penuh emosi itu menggetarkan jiwa ribuan penonton yang menyanyi bersama, satu simbol betapa muzik mampu menyatukan tanpa batas geografi atau budaya.
Konsert yang ditutup dengan persembahan penuh glam dan koreografi memukau daripada Dolla menjadi pernyataan akhir bahawa wanita dalam muzik bukan lagi bayang-bayang, tetapi barisan depan industri.
Tak cukup dengan itu, TVS bakal kembali dengan Konsert Berkat Gawai-Kaamatan pada 21 Mei 2025, juga di Stadium Tertutup Miri. Turut dinanti-nanti ialah Ella, ratu rock negara, bersama barisan artis hebat seperti Bob Yusof, Velvet Aduk, Marina Jara (Kalimantan) dan ramai lagi.
Tiket percuma habis dalam masa singkat, tetapi masih boleh diperoleh di tvsarawak.my atau di pintu masuk satu acara wajib hadir bagi warga Miri dan pencinta budaya Borneo.
Menurut Pemangku CEO TVS, Mohamad Sardon Zainal, Miri adalah lokasi strategik bukan hanya untuk pelancongan, tetapi sebagai hab sambutan seni dan budaya yang inklusif dan meriah.
“Miri adalah pintu masuk ke utara Sarawak. Lokasinya dekat dengan Brunei dan Kalimantan. Ulang tahun ke-20 Miri sebagai bandaraya adalah masa terbaik untuk kita meraikan rakyat dan budaya kita secara besar-besaran,” katanya.