
Didik Anak Lelaki
Tak rugi didik anak lelaki buat kerja rumah dari kecil, nanti kahwin mudahkan isteri. Pandangan ini, cukup tepat.
Ada emak, dia biasakan anak lelaki dari kecil buat kerja rumah. Lepas makan, cuci pinggan dan nampak kain selonggok tolong lipat sendiri. Atau bangun tidur, sila kemas katil. Ini bukan kejam tetapi lebih kepada mendidik.
Nak tahu lebih menarik isu ini, jemput baca pekongsian Zainurul Azwa Zakaria ini.
Andai nak tinggal di asrama pun, boleh biaskan tiap kali balik, kena gotog -royong cuci tandas, dan kemas rumah. Nak cuci longkang pun boleh.
Dari remaja dah dipesan. Kena faham perasaan wanita, jangan ikutkan ego. Jangan hambakan isteri, jangan makan duit perempuan.
Hari ini, saya lihat sendiri hasilnya. Lima anak lelaki nya, semua santun melayan isteri, menghormati wanita. Tak kekok langsung menolong di dapur, bantu urus anak. Ringan tangan dan ringan mulut minta maaf.
Bukan nak memuji ke langit. Tapi untuk dijadikan warisan nilai. Tanggungjawab kami pula anak dan menantu untuk teruskan ajaran ini kepada anak-anak lelaki kami.
Ini 5 perkara yang kita ibu bapa selalu terlepas pandang dalam mendidik anak lelaki.
1. Anak lelaki jangan dibiar buat sesuka hati sebab dia akan ulang buat benda yang sama apabila dah bekeluarga nanti. Kalau daripada kecik dia tak biasa mendengar perkataan tidak, apabila ditegur oleh isteri nanti dia akan rasa tercabar.
2. Anak lelaki jangan dibesarkan dengan marah, tapi besarkan dengan maruah. Jangan dibesarkan dengan ego tapi dibesarkan dengan tauladan dan doa.
3. Anak lelaki jangan dipaksa tahan air mata. Tapi tahan lah diri dari berkata-kata perkataan nista dan dusta.
4. Anak lelaki bila lihat ayahnya solat awal waktu, dia akan belajar erti kepimpinan.
5. Bila dia lihat ibu nya sabar, dia akan belajar erti kasih dan tanggungjawab.
Apa yang kita buat hari ni akan menjadi skrip kehidupan pada anak lelaki ini suatu hari nanti. Jangan tunggu anak dah besar baru nak bentuk. Tapi dari mereka kecil dan remaja kita kena ajarkan mereka 4 perkara:
– Tanggungjawab kepada diri
– Tanggungjawab kepada agama
– Hormat ibu, wanita dan orang tua
– Kawal hawa nafsu sebab ramai lelaki jatuh sebab nafsu
Anak lelaki bukan dilahir untuk dibanggakan. Tetapi untuk menjadi imam, pemimpin atas apa yang dipimpin menuju syurga Allah.n Bentuklah dia hari ini sebelum dunia membentuknya.
Lelaki perlu diperkasakan daripada kecil. Kelak besar menjadi RIJAL yang QAWWAM insya Allah.