Rambut ibarat mahkota bagi seorang wanita.Bukan mudah nak menjaga rambut agar kekal sihat dan cantik bersinar. Sebenarnya untuk memperoleh rambut yang bebas daripada segala masalah rambut seperti uban, rambut bercabang, kasar, kering mahupun kulit kepala kelemumur memerlukan penjagaan rambut yang betul.

Ada wanita yang cuci rambut setiap hari, ada yang dua kali seminggu, dan ada juga yang lebih daripada seminggu dibiarkan tak bercuci. Mungkin ramai wanita yang tak tahu bahawa kekerapan rambut yang dicuci perlu mengikut jenis rambut yang dimiliki.

Pendapat Pakar

Menurut pendandan rambut antarabangsa dan pakar hairstylist Pantene, Barney Martin, berapa kerap anda perlu membasuh rambut dengan syampu sebenarnya bergantung kepada jenis rambut, tetapi secara umum, ramai yang melakukannya dengan kerap.

Salah satu masalah terbesar pelanggannya yang disedari oleh Martin ialah mereka mencucinya secara ‘over’ (berlebihan).Dia mendapati kebanyakan wanita membasuh rambut mereka dengan syampu setiap hari, yang mana ia akan menghilangkan minyak semulajadi dan membuatkan rambut bercabang, kerinting dan licin.

Untuk perlindungan selamat Martin berkata selang sehari adalah kekerapan yang terbaik tanpa mengira berapa panjang rambut seseorang itu. Tetapi ia tetap bergantung kepada jenis rambut mereka.

Tak Perlu Syampu Setiap Hari, Kekerapan Cuci Rambut Kena Ikut Jenisnya!

IKLAN

4 Soalan Sebelum Capai Botol Syampu

Untuk mengelakkan anda daripada ‘terover’ membasuh rambut, apa yang boleh dibuat adalah tanyakan kepada diri sendiri empat soalan ini sebelum mencapai botol syampu.

1. Adakah Mempunyai Kulit Berminyak?

Kulit berminyak yang dimaksudkan adalah kulit muka dan kulit kepala, kerana kemungkinannya adalah, jika mempunyai kulit berminyak di muka, maka helaian rambut anda juga berkemungkinan besar mempunyai lebihan minyak.

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, Martin mengesyorkan anda mencuci rambut dengan syampu dua hari sekali, tetapi hendaklah dibasuh dengan air setiap hari.

IKLAN

2. Adakah Mempunyai Rambut Tebal, Kasar Atau Kerinting?

Jika jawapannya ya, mungkin boleh mencucinya selang dua atau tiga hari sekali.

Ini kerana, jika rambut jenis ini dicuci terlalu kerap, akhirnya ia akan terhidrasi dan menjadi sangat kering kerana rambut mungkin mempunyai lebih liang. Bagaimanapun perlu mencucinya dengan air pada hari-hari lain dan boleh menggunakan perapi untuk memastikan rambut anda tidak terlalu kering.

3. Adakah Mempunyai Rambut Halus?

Martin berkata rambut halus perlu dicuci lebih kerap sedikit untuk mengelakkan kelemumur, tetapi dua hari sekali masih memadai, dengan membilasnya dengan air pada hari yang lain untuk menyingkirkan lebihan minyak.Namun pastikan jangan terus menyikat rambut basah selepas mencuci rambut. Biar kan ia kering secara semulajadi, barulah rambut tersebut disikat.

IKLAN

4. Adakah Bersenam Atau Berenang?

Walaupun bersenam setiap hari, sebenarnya tidak perlu untuk syampu rambut secara harian.Sebaiknya, basuh rambut dengan air dan gunakan syampu kering selepas itu sudah mencukupi.

Jika sering berenang maka anda perlu menggunakan syampu clarifying dan basuh rambut anda selepas anda berada di kolam renang. Adalah penting untuk membuang klorin atau air garam dari rambut anda.

Martin juga mengesyorkan perenang melakukan rawatan menyeluruh kerana syampu clarifying akan mengeringkan rambut lebih daripada syampu lain.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi tak perlulah nak syampu rambut setiap hari, basuh dengan air pun dah memadai bagi elakkan rambut rosak bila kerap kali disyampu.

Sumber: mamamia & mstar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI