
Tak makan nasi waktu sahur, boleh pilih menu kenyang lama ini. Kadang ada yang kurang selera nak makan nasi awal pagi, langsung tidak mampu nak telan.
Haaa… jangan risau sebab anda oleh cuba menu sahur sihat yang dikongsikan saudari Afieqah jusoh ini. Jangan sampai skip terus waktu sahur sebab kita nak ambil keberkatan berpuasa.
Apa kata cuba 5 menu ini kalau tidak mampu nak telan makanan berat.
Pahala dapat, kenyang pun dapat!
1. AIR NABEEZ | AIR KEGEMARAN RASULULLAH
Minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya. Rendam kurma dengan air masak. Insyaallah dengan meminun air nabeez ini perut mampu bertahan seharian siang kita berpuasa.
2. KURMA MENTEGA
Kurma Butter Viral, kurma yang dibuang biji kemudian diletakkan butter ditengahnya. Untuk lebih sedap boleh letak Almond, Pistachios ataupun kekacang. Ini juga makanan sunnah. Menurut sumber dari Maktabah Al-Bakri, tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW.
3. SUSU KURMA
Minuman susu kurma ini dipercayai mampu membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi untuk tubuh badan kita.
4. OVERNIGHT OATS
Sahur dengan overnight oats adalah pilihan yang sangat bagus kerana ia mengenyangkan, mudah disediakan, dan penuh dengan khasiat untuk memberikan tenaga sepanjang hari berpuasa.
5. BUBUR TALBINAH
Merupakan makanan sunnah kegemaran Rasulullah. Aisyah berkata, “Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“bubur Talbinah (bubur campuran tepung barli dan gandum) dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi, buat anda yang berniat mahu kenyang lama dan pilih menu sihat, boleh lah cuba beberapa idea sahur di atas. Pastikan bahan-bahan sudah ada di rumah.
Selamat berpuasa, semua!