Apakah hukum menindik (piercing) telinga selain earlobe untuk perempuan? Merujuk kepada Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan;

Menindik telinga ulama Al-Syafieyah berbeza pendapat berkenaannya. Sesetengah daripadanya mengharuskannya dan sebahagian melarangnya. Ini berbeza berkenaan bayi lelaki diharamkan menindiknya ini kerana perbuatan itu menyerupai kaum wanita. Imam Ghazali berpendapat bahawa hukumnya “tidak diharuskan ini kerana membawa kepada kesakitan melainkan dengan tujuan perubatan, berbekam dan khitan. Menindik merupakan perhiasan dan itu bukanlah satu perkara yang penting”. (Rujuk: Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah: 39/349).

Berbicara mengenai topik bertindik menerusi program Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran jam 12 tengahari tadi, salah seorang panel jemputan iaitu Pengamal Perubatan Am, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Zubaidi Ahmad menerangkan sebelum bertindik seseorang itu perlu mengambil berat soal kebersihan.

“Menyentuh bab bertindik ini sebenarnya sewaktu saya masih kecil, saya masih ingat ada orang yang datang dari rumah ke rumah menyediakan servis bertindik. Masa tu saya lihat bertindik itu sesuatu yang menakutkan apatah lagi bila mak takut-takutkan dan beritahu siapa nakal akan ditindikkan,” ungkap Dr Zubaidi memulakan bicara sambil tersenyum.

Tak Ada Had Umur

IKLAN

Ditanya dalam menentukan umur berapa tahun yang bersesuaian untuk anak perempuan bertindik di telinga. Dr Zubaidi menerangkan jika bayi lebih mudah bertindik.

“Usia menidik tak ada had umur. Kalau bayi lebih mudah sebab bayi tak banyak ragam dan pergerakan. Cuma bila kanak-kanak tu dah besar sikit mereka akan sedikit lasak.

IKLAN

“Namun dalam menindik perlulah jaga kebersihan. Dimana Orang yang nak menindik pastikan alat yang digunakan adalah bersih. Gunakan alat yang bersih. Alatan yang digunakan juga perlu dibersihkan. Jika tidak akan dibawa kuman dari orang lain atau sekeliling.

“Bila bertindik biasanya kanak-kanak akan trauma dan takut. Jadi ibu bapa perlu beri perhatian lebih kebersihaan di telinga anak-anak yang sudah bertindik.

“Katakan anak anda ada keloid kena hati-hati. Biasanya kanak-kanak yang bertindik di telinga tak beri banyak kesan kecuali dia ada allergic. Biasanya jika ada allergic bahagian yang berlubang akan merah lebih lama dan akan mengundang jangkitan kuman.

IKLAN

“Jadi sebagai ibu bapa lihatlah samaada anak kita dan bersedia ke tidak dan bertindik di tempat yang bersesuaian,” sambung Dr Zubaidi.

Faktor Budaya & Agama

Dr Zubaidi juga menerangkan sewaktu belajar di India dia melihat masyarakat di sana bertindik kerana faktor budaya dan agama.

“Budaya setiap negara, agama dan kaum berbeza-beza. Sewaktu saya belajar ilmu perubatan di India saya lihat kanak-kanak lelaki memang bertindik sebab faktor budaya dan agama. Manakala yang perempuan pula kalau bertindik dapat aura yang lebih baik. Bila membesar naikkan semangat untuk mereka kelihatan lebih cantik,” ungkap Dr Zubaidi.
Bagi anda yang ingin menonton dan mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini bolehlah ikuti ulangan Mingguan Wanitra Talkshow jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.