Syed Saddiq & Bella Astillah Bersama 4,000 Anak Sabah: Suntik Semangat Hadapi SPM

Share

Pusat tuisyen terkemuka, PTTI, terus komited membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 pelajar dalam program PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah yang berlangsung di ITCC Penampang, Sabah pada 16 Ogos lalu.

Suasana dewan bertukar meriah apabila bukan sahaja dipenuhi dengan ilmu dan strategi pembelajaran, malah diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta usahawan dan figura inspirasi, Asyraf Khalid. Kehadiran mereka membawa mesej jelas: generasi muda perlu dibimbing, dimotivasikan, dan diyakinkan bahawa masa depan boleh digenggam dengan usaha gigih.

Tidak sekadar bicara akademik, program ini turut mencuit hati para pelajar dengan persembahan khas oleh MK K-Clique dan selebriti kelahiran Sabah, Bella Astillah. Kehadiran ikon hiburan yang dekat di hati anak muda ini memberi warna baharu kepada pengisian program, menjadikan pembelajaran bukan sesuatu yang membosankan, tetapi penuh inspirasi.

Cikgu Fana: “Setiap Anak Berhak Cemerlang”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Fana, program ini adalah sebahagian daripada misi berterusan PTTI dalam memastikan pelajar di seluruh negara mendapat bimbingan terbaik menjelang peperiksaan penting mereka.

“Kami percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk cemerlang. Kehadiran lebih 4,000 pelajar di Sabah membuktikan anak-anak kita dahagakan ilmu dan motivasi. Dengan sokongan semua pihak, kami mahu mereka sedar bahawa masa depan cerah menanti jika berusaha bersungguh-sungguh,” ujar beliau.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/rezeki-calon-spm-pusat-tuisyen-ptti-dapat-kereta-bernilai-rm40000-jadi-pembakar-semangat-terus-cemerlang/

Pesan Tokoh & Idola Anak Muda

Dalam ucapannya, Syed Saddiq menekankan betapa pentingnya disiplin dan konsistensi.

“Kejayaan bukan tentang siapa paling bijak, tetapi siapa yang paling konsisten berusaha. Anda semua adalah harapan besar negara, dan saya yakin Sabah mampu melahirkan ramai pelajar cemerlang,” katanya penuh keyakinan.

Sementara itu, Bella Astillah yang pulang ke tanah kelahirannya, nyata terharu melihat lautan pelajar.

“Sebagai anak Sabah, saya tahu betapa pendidikan boleh mengubah nasib. Saya bangga dapat bersama adik-adik di sini dan berdoa agar kejayaan yang dicapai nanti menjadi hadiah untuk diri sendiri dan keluarga,” ujarnya.

Tatkala membuat persembahan di hadapan para pelajar ini, Bella turut menyuarakan sokongan terhadap kes Allahyarhamah Zara Qairina di mana Bella kelihatan mengenakan pakaian dengan tulisan “Justice For Zara”di pakaian tersebut.Simbolik melambangkan sokongan untuk mendapatkan kebenaran disebalik peristiwa yang memberi kesan yang mendalam terhadap para pelajar terutamanya di Sabah.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/rm100000-untuk-pendidikan-anak-anak-muar-ptti-syed-saddiq-bantu-realisasikan-impian-pelajar-kurang-mampu/

Teruskan Misi Dengan Seminar Percuma

Tidak terhenti di Sabah, PTTI bakal meneruskan misi mereka dengan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma yang akan diadakan dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos ini. Program ini terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia, memberi peluang kepada pelajar untuk menimba strategi pembelajaran intensif dari tenaga pengajar berpengalaman.

Dengan pendekatan inovatif berasaskan teknologi, sokongan tokoh masyarakat, serta inspirasi dari ikon hiburan, PTTI sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai institusi pendidikan yang berwibawa dalam membentuk generasi muda berilmu, berkeyakinan, dan berdaya saing.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu