Banyak anda boleh jumpa cara-cara membuat susu pekat manis homemade. Salah satunya campuran susu lembu atau susu cair dan gula. Tapi resepi susu pekat manis homemade yang dikongsikan Puan Nuryati Yusoff ini sedikit berbeza. Sebabnya dari susu tepung dan marjerin.
“Saya memang such apply free sample susu untuk anak-anak kat Internet. Hasilnya banyak sample susu tepung yang saya dapat. Jadi yang mana anak-anak tak suka minum saya buat susu pekat manis homemade. Boleh jimat dari beli susu pekat.”
Ads
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung
60 ml air suam
Ads
2/3 cawan gula pasir kasar (tapi saya letak 1/2 cawan sebab tak pandai nak sukat)
1 sudu yang membukit marjerin
Ads
Cara Membuat
Masukkan air suam dahulu. Lepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi.
Kisar sampai pekat atau berkrim. Kalau kurang pekat tambah saja susu tepung sampai pekat yang kita nak.
Lepas itu dah siap dah boleh buat air atau simpan dalam peti ais.
Kredit sumber/foto: Nuryati Yusoff (MAHN) via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resepi daging dendeng ini memang panjang stepnya, tapi berbaloi untuk dicuba. Sebabnya resepi ini asalnya resepi turun temurun keluarga Ketua Chef Umi Shida Alias yang dikongsikan semula oleh Puan Ilya Sazuani Radzuan Ahamad ketika beliau” mengikuti kelas masakan bersama Ketua Chef Umi.
Lagi-lagi waktu Raya Haji nanti tentu ada daging korban yang diberikan. Bolehlah suri cuba membuat daging dendeng ini. Kalau ikut satu per satu cara yang ditunjukkan di bawah, insyaAllah resipi daging rendang dendeng anda ini pasti menjadi dan enak rasanya.
“Alhamdulillah, semalam dapat belajar buat secara khusus Daging Rendang Dendeng dari Ketua Chef Umi Shida Alias. Resepi turun temurun dari keluarga Umi di kampung.”
“Kami mula dari pukul 11 pagi, habis masak semua dalam 5 petang. Daging denndeng ni memang menjadi kegemaran kami kalau beraya rumah Umi. Dah banyak lama tunggu masa nak belajar, akhirnya Allah izinkan juga semalam.”
Kelas memasak ini turut dihadiri rakan baik yang sudah dianggap kakak sendiri iaitu kak Norlie Kifle dan kak ita Yusnita Ismail.
“Masakan ini bukan mudah kalau hanya mencatat resepi. Kena di perhatikan cara-cara, selok-belok dan pesanan-pesanan. Barulah betul.
“Resepi yang akan saya sertakan di sini, halal buat semua. Semoga keberkatan perkongsian turun temurun ini dapat memberi manfaat buat kita dari dunia sampai hari mendatang.”
Sukatan bahan-bahan yang tidak dicatatkan dan cara-caranya ada di bawah. Sukatan tidak disertakan kerana Anggaran saja dari Umi.
Nota hakak: Orang lama memang begitu caranya, tak perlukan sukatan tepat bak resepi Mat Salleh. Tapi agak-agak itulah rahsia ‘air tangan’ masakan orang lama yang orang muda kena faham dan praktis sampai banyak kali… sampai menjadi.
Daging segar – 6kg
Bawang kecil
Halia
Bawang putih
Cili kering – 300gram
Kicap manis
Kicap masin
Asam jawa
Gula
Garam
Minyak
Rebus daging selama 30 minit sahaja.
Daging potong saiz macam ni.
Potong dengan ketebalan dan saiz di atas. Ketuk dengan halu lesung sampai menjadi nipis 75 % dari saiz asal dipotong tadi.
Petua: Nak mengetuk daging ni, kena ketuk tepi dulu. Lepas tu baru ke tengah.
Kami kupas semua. Tapi taklah guna semua.
Ini bawang putih dan halia yang siap dikupas.
Bawang kecil muda.
Itu sahaja halia dan bawang putih yang digunakan. Pastikan halia kurang dari bawang putih.
Semasa proses untuk kisar bawang.Pastikan semua bawang, halia di basuh dengan selawat dan toskan. Kisarkan kasar bawang kecil. Jangan terlalu halus. Pastikan ada kasar kasar. Kalau rajin, bolehlah tumbuk dalam lesung batu.
Nanti untuk menumis, bawang ni tak digunakan habis. Ada dalam 1 cawan lebihan bawang kecil kisar. Namun berbeza dengan halia dan bawang putih. Bawang putih dan halia kena kisar halus.
Cili dipotong kecil dan direndam dengan air panas. Bukan rebus. Hanya rendam air panas.
Cili juga kena kisar lebih kasar dari ni. Kalau boleh ada 1 kali yang halus. Lepas tu semua kasar. Kasar lebih sikit dari gambar ni. Jangan kasar sangat pulak. Kang tak jadi.
Daging yang siap dia tumbuk, diperapkan dengan kicap manis dan kicap masin. Perap lama sikit. Tapi semalam kami perap dalam 30 minit jer.
Masa ni juga tiada sukatan. Pastikan semua daging bersalut. Seimbang rasa manis dan masin dari kicap. Siapa yang lebih manis, lebihkan kicap manis dari kicap masin. Siapa yang nak lebih masin, lebihkan kicap masin dari kicap manis.
Panaskan kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging. Semasa goreng daging, kena main-main api. Kena jaga api, jangan tinggal pi main wassap, sat lagi makan daging arang, bukan daging dendeng.
Kami buat dua kuali semasa menggoreng. Supaya cepat.
Ini antara kesalahan yang Ketua Chef jumpa. Daging tak diketuk dengan betul.
Okay, sekarang nak tumis sambal. Pastikan guna minyak yang goreng daging tadi. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bawang putih dan halia dulu. Tunggu dalam 5 minit baru masukkan bawang kecil kisar. Tumis lagi. Sampai naik bau.
Tumis lagi… sabar… jangan kelam kabut nak masuk cili kisar.
Dah pecah minyak tumisan bawang tadi, masukkan cili kisar. Tumiskan sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula, garam dan asam jawa. Asam jawa jangan terlebih, nanti pahit sambal ni. (Asam jawa saya lupa nak snap gambo)
Dah pecah minyak, masa untuk terjunkan segala daging yang siap digoreng. Terujanya kami!
Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar dia mereneh lama sikit sampai kering sikit. Tapi kalau terlalu kering, tambahkan air daging. Kalau tidak, tak perlu.
Nampak tak dalam kuali tu? Hahaa dah nak siap tu. Dalam 30 minit kami reneh. Muka tak sabar nak makan.
Balik rumah, terus makan dengan nasi putih panas panas. Inilah kegemaran saya!
Daging korban waktu raya haji nanti bolehlah dicuba untuk membuat daging rendang dendeng ini. Tentu lebih lembut dan manis sebabnya guna daging baru.
Sumber/Foto: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak-mak yang dalam program diet lebih berhati-hati memilih jenis makanan yang sesuai. Bimbang salah ambil boleh sebabkan kegagalan usaha nak kuruskan badan. Resepi ini sesuai untuk anda, sebabnya ia tak perlu digoreng dengan minyak
Ini perkongsian dari FB Puan Liza Love Emran yang diambilnya dari youtube dan diolah dengan menambah daun bawang agar wangi.
Katanya, “Resepi ini sesuai untuk Diet Atkins, Lowcarb, carb-cycling dan Eat Clean Diet‘
Bahan-bahan (Untuk Seketul Dada Ayam)
Secekak daun baby bayam
Sepokok kecil daun bawang
1 1/2 keping keju cheddar
1/2 sudu kecil mentega
Secubit garam dan lada sulah (sebagai perisa)
Nota: Opps lupa.. seketul dada ayam tanpa kulit
1. Celur daun bayam sekejap. Dah layu cepat-cepat angkat dan bilas dengan air sejuk. Perah airnya. Potong-potong supaya hancur.
2. Hiris kecil daun bawang.
3. Koyakkan keju kecil-kecil.
4. Gaul semua bahan kecuali ayam. Simpan di dalam peti sejuk 20 minit.
5. Dada ayam dibuat poket. Caranya ialah cucuk mata pisau di tepi sisi dada ayam gerakkan mata pisau di dalam isi ayam hingga membentuk poket. Kalau tak tahu boleh belah dada ayam menjadi bentuk butterfly (kena pin dengan chopstick lepas dah letak inti).
6. Ambil inti yang di dalam peti sejuk tadi dan sumbat ke dalam dada ayam.
7. Bahagian luar dada ayam bolehlah diperap sebentar dengan garam, lada sulah, atau serbuk kari, atau rempah cajun atau apa-apa perapan kesukaan anda.
8. Grill sebentar (hingga berwarna perang coklat) kedua-dua bahagian dada ayam di dalam grillpan beroles butter.
9. Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
Penting ‘lady driver’ atau pemandu wanita ambil tahu pasal kereta. Bab enjin, tukar tayar malah pusat servis kereta. Sebabnya bila kereta breakdown di tengah-tengah perjalanan, anda takkan panik. Tahu bagaimana nak selesaikan masalah dalam masa yang singkat.
“Tatkala memegang kunci pertama kereta milik sendiri, memang teruja dan tidak sabar untuk memandu pulang. Saat itu memang dah tidak peduli apa yang di belakang, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda. Inilah silap orang perempuan, hanya tahu guna kereta sahaja dan bila enjin kereta tidak dapat dihidupkan mulalah mengamuk sakan.”
Perkongsian Azbi Centreini memberi panduan kepada pemandu wanita untuk belajar dan ambil info mengenai apa yang patut mereka tahu dan perkara wajib ‘lekat’ dalam kepala tentang kereta:
Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya!
Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.
Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda kemana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalanraya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.
Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.
Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit bewarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.
Siapa tahu anda mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik ditempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pastikan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.
Tular video memaparkan Mona Allen dan Pekin Ibrahim memakai topi Santa serta bertukar hadiah mencetuskan dakwaan sambutan Krismas dan perdebatan hangat netizen.