
Suspek bunuh ibu terlibat dengan hutang Ah Long, perlu bayar RM700 sebulan selain sewa bilik. Suspek utama pembunuhan ibu kandung, arwah Zahrullail Basir adalah kerana berhutang dengan ceti haram ah long.
Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 29 yang merupakan anak sulung arwah yang juga suspek utama dalam kes kematian ibunya ini dibebani hutang ceti haram ah long sebanyak RM700 sebulan untuk p-hailing selain perlu membayar sewa biliknya.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek juga dibebani masalah hutang bagi melunaskan sewa motosikal RM700 sebulan untuk p-hailing dan membayar sewa biliknya di Pulau Pinang.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain masalah hutang berkenaan.
Selain itu, katanya, polis juga masih meneruskan usaha mengesan barang kes.
“Dalam pada itu, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kesan luka tikaman di bahagian dada (stab wound to the chest).
“Luka tikaman pada paru-paru kiri dan jantung yang menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh masa yang singkat.

“Doktor turut mengesahkan kecederaan luka tikam dan luka hiris pada badan si mati adalah disebabkan oleh objek keras dan tajam seperti pisau dapur, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Zahrullail Basir, 52, yang juga eksekutif operasi sebuah bank ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman di badan yang dipercayai dibunuh anaknya, Isnin lalu.
Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anak sulung si mati pada jam 8.34 malam kelmarin dalam sebuah bas persiaran yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke Selangor.
Suspek berusia 29 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam hingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




