Susahnya Cari AIR KELAPA Kelapa Tengah Malam, Isteri Mengidam Minum Satu Sedutan Sahaja. Ibu yang sedang hamil memang tak terjangka emosinya. Adakalanya mengidam perkara yang diluar kawalannya. Ia menjadi cabaran pada suami dalam memenuhi keinginan isteri yang mengidam. Bahkah bila telah dipenuhi, bukan banyak mana pun diingini, cukup sekadar lepas tekak yang mengidam.
Buat para suami, bertabah dan bersabarlah dalam melayan setiap kerenah isteri hamil yang mengidam ini. Semoga dikurniakan ganjaran pahala yang besar dalam membahagiakan isteri tersayang.
Isteri saya adalah orang yang sangat “independent”. Jenis seboleh mungkin tak bergantung harap pada sesiapa. Selagi dia urus dan kendalikan sendiri, maka dia akan buat sendiri.
Dia juga seorang yang tak pernah minta saya sesuatu yang sukar untuk didapatkan. Malah dia jarang meminta-minta. Hampir tak pernah minta apa-apa. Kalau dia nak, dia buat/beli sendiri.
Mengidam Air Kelapa Tengah Malam
Cumanya masa dia hamil anak pertama saya, tiba-tiba dia minta saya carikan air kelapa. Waktu dah lewat malam. Nak air kelapa yang datang dari buah kelapa, tak mahu yang dari botol atau tin.
Jadi saya keluar jugalah malam-malam tu nak cari air kelapa. Kalau siang, mudah jugalah nak cari air kelapa. Ni dah hampir tengah malam. Hanya ada satu tempat yang saya tahu jual air kelapa sampai malam.
Di restoran mamak!
Saya pergi satu restoran mamak, tak ada. Pergi lagi satu, tak ada. 4 restoran saya pergi, tak ada juga. Saya pergi entah berapa banyak mamak, entah berapa taman perumahan saya ronda.
Nak balik tangan kosong, tak sampai hati.
Hilang dah rasa malu nak bertanya. Semua orang saya jumpa saya tanya
“Bang, dekat mana ada jual air kelapa yang dalam buah punya? Isteri saya mengandung, dia mengidam.”
Semua orang yang saya tanya, semuanya layan saya dengan baik. Mereka tunjuk kedai itu, kedai ini, siap ada yang telefon kawan yang peniaga air kelapa di pasar malam. Malangnya, tak ada berita gembira.
Akhir sekali, saya sampai ke kawasan berhampiran hospital tempat saya kerja dahulu. Saya letak kereta di hadapan deretan kedai. Kedai semua dah tutup, saya keluar kereta dan duduk di kaki lima.
Sambil tu tengah Google dekat mana ada jual air kelapa tengah malam buta. Tiba-tiba bahu saya disentuh dan disapa “Doktor, apa you buat sini? You doktor hospital situ, kan?”
Saya pun toleh. Saya tak kenal orang yang sapa saya tu, tapi saya iyakan yang saya doktor yang kerja di hospital yang dimaksudkan. Setelah berbual sedikit, saya beritahu kenapa yang ada disitu.
“Owh! Itu kedai mamak, ada air kelapa!” kata dia sambil tunjuk restoran di hujung deretan kedai tu. “Saya dah pergi situ. Mamak tu kata tak ada.” jawab saya. “Mana boleh tak ada? Mesti ada!” kata dia lalu berjalan ke arah restoran yang dimaksudkan tu, “Doktor, you kasi ikut saya.”
Aku pun menonong ikutlah dia. Sampai sana, dia pergi jumpa pelayan, dia cakap Tamil(agaknyalah, saya tak faham). Panjang juga dia cakap, lepas tu dia dengan pelayan tu pergi masuk dapur.
Saya tak ikutlah masuk dapur, sebab tak berani. Sekali mereka keluar dapur bawa sebiji buah kelapa. Entah mana dia dapat buah kelapa tu pun saya tak tahu, tapi nampak buah segar. Hijau, belum potong.
“Saya suruh dia orang kasi bukak” kata lelaki tu.
Sap sap soi, dia orang pun uruskan kelapa tu. Bungkus air dalam bekas cawan plastik. Saya minta tak campur ais, sebab isteri tak sebut nak sejuk. Risau pula nanti bawa balik yang sejuk, dia nak yang suam.
Rupanya laki yang beriya tolong saya ni dulu, masa anak dia dilahirkan saya yang sambut. Sejujurnya, selepas dia beritahu cerita ni, saya masih tak ingat dia. Saya tanya kenapa dia boleh ingat saya.
“Saya mesti ingat. Itu masa, isteri saya pegang tangan you kuat-kuat, sebab dia ingat tu tangan saya,” kata dia disusuli dengan gelak kecil.
Hahaha! Baru saya ingat perihal tu. Kami pun borak sedikit kemudian saya pun minta diri. Sebelum balik, saya siap minta sekali buah kelapa yang kosong tu, takut isteri saya nak buah sekali.
Sampai rumah, saya dengan bangga bawa balik air kelapa dan beri pada isteri untuk minum(buah kelapa tu saya biar dalam kereta, hanya akan keluarkan kalau isteri minta sahaja).
Minum Satu Sedutan
Isteri nak yang sejuk, saya tambahlah air. Kemudian isteri saya sedut air kelapa dengan straw. Satu sedutan sahaja dia cicip dan kemudian berkata “You habiskanlah.”
Hahaha! Laaaaaa bukan main susah kita cari, dah macam pengembaraan “Lord Of The Ring” cabarannya, siap ada jejak kasih dengan suami pesakit, sekali isteri minum satu sedutan sahaja.
Apapun, saya tahu isteri saya bukan sengaja nak susahkan saya. Saya kenal dia, seorang yang berdikari, seorang yang tak suka susahkan orang lain. Kalau tak kerana hamil, tak mungkin dia minta macam tu.
Wanita hamil ni, ada masa mual, ada masa selera yang pelik-pelik. Situ sakit, sini sakit. Sekejap sedih, sekejap marah. Mereka jadi tidak menentu kerana perubahan hormon dalam tubuhnya.
Bertabahlah wahai para isteri yang hamil, dan bersabarlah wahai para suami yang melayan kerenah isteri yang mengidam. Moga jadi kenang-kenangan di kemudian hari. Kenangan manis.
Akhir sekali, terima kasih pada semua yang membantu saya mencari air kelapa pada malam tersebut. Ramai yang tolong tu brader-brader(tua daripada saya). Mungkin sebab mereka memahami. Hehe.
Mingguan Wanita: Begitulah kerenah wanita hamil, kadang tak dapat dijangka rasa mengidamnya.Sebagai suami, layankan sahajalah dan banyakkan bersabar melayan isteri yang mengidam ni.
Ibu letak syarat jadi isteri Shuib, selepas pemergian menantunya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ibu kepada Shuib Sepahtu, Salamiah Jalani meletakkan beberapa syarat sekiranya ada wanita yang ingin berkahwin dengan anaknya.
Ibu Letak Syarat Jadi Isteri Shuib
Seperti mana hantaran sebuah video yang dimuat naik di Instagram Siti Sarah, Salamiah menyatakan, wanita itu perlu pandai memasak memandangkan arwah menantu seorang yang rajin memasak semasa hayatnya.
Ibu Shuib berkata demikian bagi menjawab hasrat cucunya yang juga anak kedua Shuib dan Arwah Sarah, Dzahira Talita Zahra yang ingin melihat bapanya berkahwin.
“Kalau nak kahwin dengan ‘daddy’, pertama dia mesti kena pandai masak sebab ‘daddy’ kuat makan. Macam ibu ( Arwah Sarah) kena masak pukul 2 ke 3 pagi. Sanggup ke, siapa nak kahwin dengan ‘daddy’?” ungkapnya.
Nak Jaga Hati Suami Kena Jaga Perutnya
Menerusi video yang sama, Salamiah juga menerangkan dia bukanlah ibu mentua yang cerewet.
“Kena hadap mama, (tapi), mama taklah teruk sangat nak hadap. Kena pandai masaklah sebab Shuib kan kuat makan. Nak jaga hati suami, kena jaga perut dia. Itu sajalah kot,” sambungnya.
Agak sukar sebenarnya bagi ibu yang ada anak kecil mahu bersolat sunat tarawih di masjid. Berbeza kes bagi ibu ini, Nurul Uyun Mohd Taher.
Yang mahu dedahkan anak-anak lelakinya dengan solat tarawih di masjid. Bila mana suami tiada di sisi, segala cabaran kena ditempuh sendiri. Dan inilah perkongsian beliau.
Cara Ibu Ini Bawa Anak Lelaki Solat Tarawih Di Masjid
Bukan sekali dua saya balik dari solat tarawih dalam keadaan teresak-esak menangis mengalirkan air mata masa awal-awal Ramadhan tempoh hari.
Mana taknya, belum cukup lagi at least sampai 8 rakaat, sorang dah menangis kena usik dengan abang, yang abang menjerit nak makan(padahal baru je habis makan berpinggan). Belum lagi dia mula berak dan macam-macam lagi kejadian yang ngam-ngam akan berlaku masa solat tarawih.
Bahkan ada yang pesan untuk lebih baik jaga anak dan solat sahaja di rumah. Lebih afdhal dan itu lebih prioriti.
Ikutkan hati mak memang protes sebenarnya. Sebab saya kenal anak-anak lelaki saya. Jenis tidur tak jerap dan saya dah eksperimen masa abangnya dahulu.
Tarawih lewat-lewat pagi nak dekat sahur bila abangnya dah betul-betul tidur.(adik belum lahir). Tak berapa efektif dan saya tak berapa tenang dan Ramadhan masa tu agak tak memberangsangkan.
Jadi tahun ni, saya buat keputusan dan saya tentunya raikan semua pendapat. Kita pun segan sendiri kan bila anak tiba-tiba melalak sama kuat dengan suara imam. Tentu mengganggu jemaah untuk solat.
Pilih Masjid Yang Sesuai Dengan Anak-anak
Saya pilih masjid yang sesuai untuk anak-anak.
Alhamdulillah ada satu yang berhampiran dengan rumah. Kami solat di bahagian wanita yang memang tempat lepak dan main kanak-kanak kecil mahupun besar. (Ni pun sedih juga sebab ramai anak lelaki yang mumayyiz yang tak solat tapi sibuk main game kat luar).
Abbas dan Huzaifah so far menunjukkan prestasi yang agak bagus sepanjang Ummi solat. Walaupun tentunya ada rakaat yang kena extent sebab diorang masih kelaparan. Memang budak laki kuat makan betul!
Alhamdulillah bubur lambuk masjid memang tersedia, dan biasanya Abbas dan Huzaifah akan makan dengan kakak-kakak yang suka main dengan diorang berdua.
Sebenarnya selain part saya nak fokus habiskan tarawih dengan imam adalah kerana ini sebahagian daripada proses melazimkan anak-anak lelaki dari kecil dengan masjid, dengan rumah Allah. Rasanya ni sebab terkuat paling besar kenapa saya tetap degil bawa anak ke masjid solat tarawih.
Saya rasa rugi besar kalau tak manfaatkan bulan Ramadhan ni. Plus, ketiadaan abi sekarang dan abi yang jarang berada di rumah menyebabkan saya perlu bantu ambil peranan untuk biasakan anak lelaki ke masjid, suka ke masjid dan terbiasa dengan suasana Islam.
Kalau nak cerita manfaat lain sebenarnya pun banyak. Tapi taknak cerita banyak. Saya nampak dan boleh observe level of play anak-anak saya dengan orang lain, skil sosial anak-anak, cara anak interaksi dan lots more.
Penting ke? Tak boleh observe waktu lain?
Penting. Sebab saya seorang suri rumah.
Terhad masa anak-anak untuk bersosial dengan orang lain. Eh terbanyak pulak cerita!
4 Tip Pastikan Ibu Sukses Bawa Anak Ke Masjid Ramadan Ini
Jadi kesimpulannya,
1. Know urself and ur kids very well. Orang boleh bagi nasihat yang general which is sangat bagus. Namun kita lebih tahu apa keperluan kita dan anak-anak.
2. Definisi khusyuk bukanlah maksudnya kita kena solat dalam keadaan tak ada siapa yang kacau, boleh habis complete dengan imam, boleh habis tilawah 1 juz masa tarawih dsb. No. Once dah jadi mak (selagi anak tak besar dan terus beranak pinak) itu semua bagai mimpi. Khusyuk maksudnya sedar. Solat dan buat dengan sesungguhnya mohon Allah Bantu hadirkan hati walaupun anak merengek bergayut kat kain semayang.
3. Lazimkan anak lelaki dari kecil (sekecil yang mampu) ke masjid. Biar dia main dan buat bising sekarang daripada dia buat bising, main game dan tak solat masa dah besar. Itu lagi menyedihkan!
4. Terakhir, ibu mesti bijak, kuat hati dan uruskan keperluan anak secukup yang mungkin. Saya memang bawa bekal ke masjid (sejak ada bubur lambuk, lega sikit tak perlu prep buah dan snack dah). Bawa buku, lori mainan etc(no gadget pliz) yang boleh anak-anak attached sepanjang kita solat. Anak-anak saya jenis kuat sosial, jadi tak perlu barang mainan sangat nak dibawa.
Saya doakan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik buat semua ibu.
Memang tak sama masa bujang dan setelah beranak pinak. Tambahan bila kita terpaksa all alone. Tapi, inilah sepatutnya penguat azam untuk kita menjadi ibu yang lebih baik, insyaAllah
Tya Arifin kongsi alahan pada debu punca anak sulung sukar bernafas dan sering bersin. Selebriti Indonesia yang kini popular di Malaysia yang juga menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin, 27, berkongsi punca anaknya sebelum ini mengalami masalah susah bernafas dan sering bersin.
Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid dan ibu kepada dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa Asyraf ini sememangnya seorang yang gemar berkongsi perihal anak-anak menerusi akaun Instagramnya.
Kali ini Tya berkongsi sesuatu yang cukup bermanfaat terutama pada ibu yang anak mereka mempunyai alahan.
Tya Arifin Kongsi Alahan Pada Debu Punca Anak Sulung Sukar Bernafas Sering Bersin
Pengacara dan pelakon jelita ini menerangkan, sebelum ini dia beranggapan anak sulungnya Arif Jiwa mempunyai alahan pada makanan. Justeru itu dia menahan dari memberi anaknya makan coklat, keju dan beberapa makanan lain.
Namun tanggapan itu meleset dan setelah melakuka rawatan alahan di sebuah klinik anaknya rupa-rupanya mempunyai alahan terhadap debu.
“Sebelum ini arif memang suka ada masalah susah nafas, bersin bersin.
“Suka datang suka pergi dan datang lagi,” tulis Tya.
“Ingatkan Batuk Atau Selsema”
Bukan itu saja malah menerusi sebuah hantaran video dia telah membawa Arif ke sebuah klinik bagi menjalani ujian alahan.
“Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selsema. Minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
“Karna tak puas lagi, so datanglah ke dokter allergic untuk test.
“Jadi buat test allergic pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai haiwan peliharaan pun di test, tu yang kenapa belakang Arif titik titik.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.