
Ungkapan “syurga di bawah tapak kaki suami” sering dianggap lambang ketaatan isteri dan jalan mudah menuju kebahagiaan rumah tangga. Seolah-olah dengan taat sepenuhnya, segala masalah akan selesai dan syurga menanti di hujung perkahwinan.
Dalam satu hadis, daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” – hadis riwayat Ahmad.
Menerusi Pak Su Ammara, penonton dibawa melihat bagaimana konsep kepimpinan dan ketaatan dalam rumah tangga tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab seorang lelaki sebagai qawwam. Namun apa yang dipaparkan dalam drama ini sebenarnya mencerminkan realiti yang lebih dekat daripada disangka, apabila semakin ramai wanita berdepan situasi sama dalam kehidupan sebenar. Taat yang diminta tetapi tanggungjawab dari lelaki sering terabai.
Menurut peguam syarie, Siti Hajar Aisyah, sepanjang mengelolakan kes-kes di mahkamah Syariah, boleh dikatakan lelaki gagal memahami maksud “lelaki qawwam” terutama berkaitan dengan bab nafkah.
“Saya pernah mewakili seorang client yang diperintahkan kembali taat kepada suami berkaitan permohonan nusyuz yang dibuat oleh suaminya. Menyedihkan, lelaki yang memerintahkan isterinya kembali taat adalah lelaki yang kaki clubbing, tidur dengan ramai perempuan, kaki pukul isteri, tak pernah solat sepanjang perkahwinan, suka pukul dan cederakan isteri.
Tapi menuntut isteri kembali taat selepas isteri keluar dari rumah selepas tak tahan dipukul setiap hari. Nafkah tak pernah bagi sepanjang perkahwinan sebaliknya isteri yang menyara keluarga.
“Ya isteri boleh taat jika suami itu tadi suami yang baik. Suami yang sama-sama nak menjaga rumahtangga, tahu membezakan dosa pahala tapi suami ini tadi ada banyak ciri-ciri lelaki fasik. Tiada konsep syurga di bawah tapak kaki suami begini kerana ia lebih banyak memudaratkan isteri jika terus bertahan.
“Bila masuk kes ke mahkamah, si suami ini banyak buka aib isteri termasuk hubungan di atas katil dan sebagainya. Saya sampai kata pada client agar failkan permohonan fasakh sahaja selepas melihat lebih banyak aibnya dibuka di mahkamah syariah oleh suami. Ambil masa juga kesnya nak diselesaikan, sebab suami tak bagi kerjasama. Tergantung tak bertali sampai lima tahun,”katanya ketika dihubungi.

Kisah yang dikongsikan peguam syarie ini menggambarkan realiti pahit yang semakin kerap berlaku dalam rumah tangga hari ini. Isteri dituntut taat namun dibiarkan menanggung penderitaan tanpa perlindungan dan nafkah. Situasi ini turut dipaparkan dalam drama Pak Su Ammara menerusi watak Miza, seorang isteri yang memilih keluar dari rumah demi menyelamatkan diri namun terus digantung tanpa talak apabila suami enggan melepaskan malah meletakkan syarat wang sebagai harga kebebasannya.
Melalui konflik ini, Pak Su Ammara menyorot bagaimana konsep ketaatan boleh disalah guna apabila tidak disertai tanggungjawab seorang lelaki sebagai qawwam. Watak Wafi digambarkan sebagai suami yang menuntut hak tetapi gagal memikul Amanah satu gambaran yang selari dengan kes-kes sebenar di Mahkamah Syariah apabila penceraian dijadikan alat tekanan emosi dan kewangan terhadap isteri.

Dalam kekusutan itu, kehadiran watak Firdaus atau Pak Su Ammara pula memberi kontras yang jelas tentang makna kepimpinan sebenar. Tanpa menuntut ketaatan atau melangkaui batas, beliau membantu Miza bangkit dengan ihsan dan tanggungjawab, memperlihatkan bahawa qawwam bukan soal kuasa, tetapi amanah dan akhlak.
Perkataan “syurga di bawah tapak kaki suami” itu ada jika mendapat lelaki yang memahami semua tanggungjawabnya. Lelaki yang bersedia menjadi suami akan hadir bersama amanah, tanggungjawab dan ihsan yang perlu dipikul dan bukan berpaksi pada nafsu semata-mata sehingga tidak memahami maksud akad dan nikah yang dilafazkkan di hari perkahwinan. Tanpa semua itu, ketaatan yang dituntut bukan lagi jalan ke syurga, sebaliknya menjadi beban yang memudaratkan isteri. Seperti kita semua tahu, perkahwinan adalah ibadah dan asbab untuk mengumpul pahala termasuk dalam hubungan kelamin.
Drama yang dekat dengan realiti hidup dan jiwa wanita, Pak Su Ammara menemui penonton Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di Astro Ria.
Tak sempat menonton di TV episod yang dah tayang? Sekarang semua di hujung jari, tinggal nak tonton je drama menarik ni.
Jom usha “Pak Su Ammara” setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di saluran Astro Ria, yang juga boleh distrim melalui Astro GO serta sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan terbaik seisi keluarga dengan Astro One — kini dengan akses ke Saluran Kanak-Kanak dan Disney+ dari RM69.99/bulan untuk momen bersama yang lebih bermakna.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




