Dalam Negara

Surat Terbuka Buat Syed Saddiq Curi Perhatian Warga Maya

Share

Surat terbuka buat Syed Saddiq curi perhatian warga maya. Sebuah surat terbuka yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi bualan hangat di media sosial apabila gaya penulisan puitisnya menarik perhatian ramai, apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan fenomena BASS, singkatan nama Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Surat Terbuka Buat  Syed Saddiq Curi Perhatian Warga Maya

Surat tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Doc Azhari Zhahir, yang juga seorang doktor, dengan niat untuk menyentuh hati Syed Saddiq agar lebih menghargai kehadiran Bella Astillah, wanita yang dilihat sentiasa berada di sisi beliau memberikan sokongan.

Hantaran itu pantas meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan cara penyampaian yang bersahaja tetapi penuh makna, selain mengaitkan fenomena pasangan popular tersebut yang sering menjadi tajuk perbualan ramai sejak kebelakangan ini.

Berikut hantaran yang dibuat oleh Doktor Azhari Zhahir:

Surat Terbuka Buat YB Syed Saddiq

Assalamualaikum YB Saddiq,

Izinkan saya menulis warkah ini bukan sebagai rakyat marhaen semata-mata, tetapi sebagai saksi diam pada sebuah kisah cinta yang kami semua tumpang harap akhirnya bersulam akad.

YB pasti tahu, dari mula mula lagi Bella selalu ada,
saat dunia politik YB kian menggila, saat mahkamah jadi pentas sabar, saat Gunung Kinabalu hanya satu dari ribuan tangga yang kalian daki berdua.

Bella ada, bukan sekadar bayang di belakang lensa kamera, tetapi nafas kedua yang membisikkan yakin, bahawa perjuangan YB bukan sia-sia.

Sedangkan kami, rakyat yang entah siapa, sanggup membeli baju Jakel dan Primavalet semata-mata mahu merasa secebis aura YB, meneguk kopi, mengunyah protein bar, meniru regim joging YB dalam diam meminjam sedikit sinar hidup kalian.

Tapi YB, jika sampai hari ini mata masih kabur melihat siapa Bella sebenarnya, datanglah ke Klinik Amani – Semenyih atau UNI Klinik Southville City.

Biar saya sorot retina mata YB dengan fundoscopy, mencari apakah silau terlalu kuat hingga pandangan tertutup oleh sorotan flash media dan politik, sedang di hadapan, berdiri seorang Bella yang hanya mahu YB genggam tangannya sampai ke Jannah.

Jika dada YB masih berdebar tak menentu dan pasti, izinkan saya rentangkan sedikit wayar, rakam degupnya melalui ECG, lihat sendiri adakah ritma cinta ini masih normal sinus, atau sudah jatuh pada fibrilasi rindu yang tak berbalas.

Dan jika YB rasa tulang rusuk kiri sudah lama terisi tapi masih belum pasti, biar saya patahkan perlahan, dan ganti dengan yang sungguh-sungguh layak memayungi hati, supaya tak lagi gusar pada takdir yang menanti.

Kalau hati YB masih juga keras membeku, izinkan saya, dengan setulus doa seorang doktor, melakukan exploratory laparotomy, menyelak satu-satu selubung hati YB, mencari nama Bella yang pasti tertulis di situ sejak mula lagi.

Dan usah bimbang YB, semuanya percuma. Kerana cinta kalian lebih mahal dari segala bil rawatan yang pernah saya tulis.

Tetapi YB Saddiq, dengar juga catatan saya ini: jika akhirnya YB memilih untuk mengecewakan Bella, membiarkan dia berdiri terlalu lama menanti akad yang tak kunjung tiba, maka dengan rendah hati tapi tekad membara,
saya sendiri akan bertanding di Parlimen Muar.

Bukan sekadar mahu menguburkan karier politik YB, tetapi agar saya sendiri dapat membela nasib Bella dengan cara paling gentleman seorang rakyat biasa boleh lakukan. Pasti, Akan saya ajak seluruh rakyat sabah, Pindah mengundi di Muar, semata2 untuk jatuhkan YB.

YB Saddiq, pulanglah kepada rasa yang paling jujur. Ajaklah Bella berdiri di sebelah, bukan sekadar dalam gambar,tetapi pada satu akad yang menggema, hingga kami rakyat yang hanya diam di barisan belakang bisa menadah tangan bersama mendoakan bahagia.

Yang benar, Doktor, rakyat, dan penumpang kecil kisah cinta Saddiq Dan Bella, yang sanggup jadi calon bebas Muar demi seorang Bella. 

Apa yang paling mencuri perhatian orang ramai adalah cara penulisan surat terbuka itu yang menggunakan istilah perubatan secara bersahaja, termasuk cadangan melakukan pemeriksaan retina dan prosedur exploratory laparotomy sebagai perumpamaan untuk ‘mengesan’ kewujudan rasa cinta Syed Saddiq terhadap Bella Astillah.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai warga maya terhibur dengan kreativiti penulis surat tersebut. Malah, mereka turut memuji gaya penyampaian yang dianggap unik dan penuh sindiran halus.

Tidak kurang juga yang menyokong ‘ancaman manja’ doktor berkenaan, yang secara berseloroh menyatakan kesanggupan menggerakkan rakyat Sabah berpindah dan mengundi di kawasan Parlimen Muar semata-mata demi ‘memastikan’ hubungan itu dihargai.

Sumber: Facebook Doc Azhari Zhahir Instagram Bella Astillah 

Baca artikel lain juga: Syed Saddiq Mahu Fokus Kehidupan Peribadi Izinkan Saya Ambil Sedikit Masa Bermuhasabah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Published by
Has