Sup Tepung Sedap Lagi Berkhasiat, Lembut & Mengenyangkan, Nak Buat Pun Senang!

Share

Sup Tepung ni dikatakan hidangan popular bagi orang disebelah Pantai Timur. Ia cukup sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik untuk sarapan pagi, minum petang mahupun makan malam. Tekstur tepungnya yang lembut, rasanya yang sedap,berkhasiat malah cukup mengenyangkan! Nak buat pun senang sangat hanya guna 5 bahan!

Berikut perkongsian resipi Sup Tepung oleh Puan Joriah Jue sebagi rujukan;

Dulu masa kecil-kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini SUP TEPUNG.

Alhamdulillah jadi favorite family. Hari ni buat sarapan, boleh juga buat makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak.Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker.

Cubalah sendiri!

Resipi Sup Tepung

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Cara Membuat:

1. Uli tepung + sedikit garam + air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.


3. Masukkan air 1 liter. Biarkan rendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikkan guna dua-dua tangan, hingga jadi sekeping nipis.

5.Masukkankan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak.

6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.


7. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Joriah Jue

IKLAN